Mak Rindu Rayyan Sangat Sangat Luahan Sayu Ibu Kanak Kanak Lemas Di Taska


“SIAPA lagi yang nak peluk, cium mak sebelum tidur? Mak rindu Rayyan sangat-sangat.”
Itu luahan Royani Masda, 37, yang menanggung beban rindu terhadap anak tunggalnya Abdul Rayyan Mijan, sembilan bulan yang meninggal dunia dipercayai lemas dalam baldi berisi air di sebuah pusat jagaan (taska) di Seksyen 32, Shah Alam, kelmarin.
Menurut Royani, dia tidak menyangka anak ditatang bagai minyak penuh itu meninggalkannya dalam keadaan menyayat hati hanya kira-kira 30 minit sebelum dia menjemput anaknya pulang.
“Semasa saya terima panggilan daripada pemilik taska menyatakan Rayyan berada di unit kecemasan Klinik Desa Jalan Kebun, saya sedang bersiap dari tempat kerja untuk mengambilnya pulang.
“Hati saya luluh apabila dapat panggilan itu dan naluri kuat mengatakan anak sudah meninggal dunia, namun saya cuba kuatkan hati kerana ini semua ketentuan Allah SWT.
“Sebaik tiba di klinik berkenaan, memang benar naluri saya apabila doktor tidak membenarkan saya melihat anak dan jururawat menenangkan saya sebelum ambulans membawa anak ke hospital,” katanya yang menetap di Jalan Kebun, Shah Alam.
Royani yang juga ibu tunggal terkilan bagaimana Rayyan boleh terlepas daripada pandangan pengasuh yang sepatutnya memantau pergerakan anaknya itu.
“Saya reda anak pergi kerana ini semua aturan Allah SWT. Namun, cara pemergiannya saya tidak boleh terima. Di mana pengasuh semasa anak saya merangkak ke bilik air seperti diceritakan itu?
“Saya tiada apa lagi dalam dunia ini, hanya Rayyan semangat saya untuk teruskan hidup. Saya tidak tahu bila saya boleh lupakan perkara ini,” katanya yang sudah menetap di Malaysia sejak lapan tahun lalu dan bekerja sebagai kedi di kelab golf berhampiran.
Menceritakan kejadian, semasa dalam perjalanan untuk menghantar Rayyan ke taska berkenaan, minyak motornya habis di tengah jalan seolah-olah petanda supaya tidak menghantar anaknya ke taska pada hari kejadian itu.
“Saya tidak pernah kehabisan minyak motosikal kerana sudah menjadi rutin saya menghantar Rayyan ke taska sejak dua minggu lalu setiap pagi.
“Namun, saya tidak endahkan perasaan ketika itu kerana saya sudah lambat ke tempat kerja yang terletak berhampiran dengan taska itu.
“Rupa-rupanya Rayyan hendak tinggalkan saya pada hari tu,” katanya.

Royani yang berasal dari Medan, Indonesia berkata, dia menghantar anaknya ke taska berkenaan pada kadar RM350 sebulan untuk memberi pendedahan kepada anaknya bergaul dengan bayi lain.
Katanya, Rayyan sangat ceria dan aktif dan tidak pernah mendatangkan masalah kepadanya.
“Sebab itulah saya buat keputusan untuk hantar dia ke taska untuk bergaul dengan bayi sebayanya.
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya anak akan mengalami nasib sebegini. Kini, tiada apa yang saya boleh lakukan untuk mengembalikan Rayyan di sisi saya,” katanya.
Katanya, dia mahu pihak yang bertanggungjawab ke atas kematian anaknya menerima hukuman setimpal supaya perkara sama tidak berulang.
“Hari ini anak saya jadi mangsa atas kecuaian orang lain. Esok, lusa kita tidak tahu apa akan terjadi jika tiada tindakan tegas dikenakan.
“Pihak taska perlu lebih berhati-hati apabila mengendalikan anak asuhan lebih-lebih lagi bayi yang baru pandai merangkak. Ini semua pengajaran yang sangat mahal untuk semua.
“Biarlah pihak polis menjalankan siasatan terlebih dahulu dan saya akan tunggu keputusannya,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan bayi sembilan bulan meninggal dunia dipercayai lemas selepas aktiviti ‘memancing’ di sebuah pusat jagaan (taska) di Seksyen 32, Shah Alam.
Nasib menimpa Rayyan itu turut tersebar selepas kisahnya dimuat naik dalam akaun Facebook Unit Khas Van Jenazah, berikutan ibu mangsa kurang berkemampuan untuk menguruskan jenazahnya.


Sumber: myterengganu.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/mak-rindu-rayyan-sangat-sangat-luahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Lemas Di Shah Alam Ibu Terkilan Kecuaian Pihak Taska

Bayi Lemas Di Shah Alam Ibu Terkilan Kecuaian Pihak Taska

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 393 hits
SHAH ALAM Ibu kepada Abdul Rayyan Mijan sembilan bulan yang lemas di dalam baldi di Taman Asuhan Kanak kanak di Seksyen 32 di sini meluahkan rasa terkilan kepada pihak taska itu sehingga menyebabkan kematian anaknya Royani Masda 37 berkata ...
Ibu Terbangun Dengar Jeritan Mak Buat Pertama Kali Di Izinkan Nya Dapat Mendengar Suara

Ibu Terbangun Dengar Jeritan Mak Buat Pertama Kali Di Izinkan Nya Dapat Mendengar Suara

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 368 hits
Ibu terbangun dengar jeritan mak Buat pertama kali di Izinkan Nya dapat mendengar suaraIbu terbangun dengar jeritan mak Buat pertama kali di Izinkan Nya dapat mendengar suara
Bermain Di Taman Syurga Ya Nak 5 Kali Keguguran Luahan Wanita Ini Sangat Meruntun Hati

Bermain Di Taman Syurga Ya Nak 5 Kali Keguguran Luahan Wanita Ini Sangat Meruntun Hati

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 522 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran zuriat yang bakal mengukuhkan lagi kebahagiaan berumahtangga Namun sayangnya tidak semua manusia yang memiliki kurnian tersebut ada yang masih menunggu dan terus sabar berdoa berhar...
Tidak Dapat Dikesan Sejak Jumaat Lalu Ini Luahan Ibu Tentera Darat Yang Kehilangan Anaknya Di Pulau Perak

Tidak Dapat Dikesan Sejak Jumaat Lalu Ini Luahan Ibu Tentera Darat Yang Kehilangan Anaknya Di Pulau Perak

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 482 hits
Jumaat lalu kita dikejutkan dengan berita kehilangan dua anggota Tentera Darat Malaysia dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja ketika melaksanakan tugas operasi di Pulau Perak Kedah Sehingga hari ini mereka masih belum ditemui namun us...
Genap 2 Tahun Zulfarhan Pergi Ibu Terbangun Dengar Jeritan Mak

Genap 2 Tahun Zulfarhan Pergi Ibu Terbangun Dengar Jeritan Mak

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 653 hits
Genap dua tahun penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain pergi menghadap Ilahi pada tarikh 1 Jun lalu Bagi ahli keluarga mangsa kejadian tersebut umpama mimpi ngeri apatah lagi kerinduan yang...
Pengasuh Taska Didakwa Dera Kanak Kanak Di Bahagian Kepala

Pengasuh Taska Didakwa Dera Kanak Kanak Di Bahagian Kepala

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR Seorang pengasuh di sebuah taska mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera seorang kanak kanak lelaki berumur 1 tahun sehingga meninggalkan kesan calar di bahagian kepala
Abdul Rayyan Lemas Sebab 039 Memancing 039

Abdul Rayyan Lemas Sebab 039 Memancing 039

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 225 hits
BAYI sembilan bulan yang meninggal dunia dipercayai lemas petang kelmarin ditemui di dalam baldi berisi air selepas aktiviti memancing di sebuah pusat jagaan di Seksyen 32 Shah Alam Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin ...
Kulit Bayi Sangat Lembut Dan Sensitif Sebab Itu Pentingnya Ibu Memilih Produk Bebas Paraben

Kulit Bayi Sangat Lembut Dan Sensitif Sebab Itu Pentingnya Ibu Memilih Produk Bebas Paraben

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 426 hits
Seronok bergelar ibu membuatkan ramai teruja untuk membeli pelbagai produk untuk si manja mereka Dalam keterujaan tersebut ibu kena tahu memilih produk yang sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit lembut dan sensitif Jangan mudah terpengaruh...
Selepas Pemergian Ibu Bapa Tersayang Ini Yg Dilakukan Oleh Kedua Dua Anak Aarwah Untuk Hilangkan Rindu

Selepas Pemergian Ibu Bapa Tersayang Ini Yg Dilakukan Oleh Kedua Dua Anak Aarwah Untuk Hilangkan Rindu

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 370 hits
ALHAMDULLILAH kedua dua anak a rwah tenang dan reda menerima takdir ibu bapa mereka sudah tiada lagi Selepas pemergian ibu bapa tersayang Ini yg dilakukan oleh Kedua dua anak aarwah untuk hilangkan rindu
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Kuih Raya Homemade By Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri