Bermain Di Taman Syurga Ya Nak 5 Kali Keguguran Luahan Wanita Ini Sangat Meruntun Hati


Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran zuriat yang bakal mengukuhkan lagi kebahagiaan berumahtangga. Namun sayangnya tidak semua manusia yang memiliki kurnian tersebut, ada yang masih menunggu dan terus sabar berdoa, berharap agar diberi peluang diangugerahkan cahaya mata.
Sesungguhnya dugaan setiap orang itu berbeza-beza, apa yang pasti Allah SWT senantiasa menjanjikan ganjaran mahupun kebaikan bagi mereka yang bersabar, itulah yang dipegang oleh Nooradila Azuddin yang telah keguguran, bukan kali pertama tetapi kelima!
Dia percaya bahawa setiap ujian itu ada asbabnya, lalu dia terpanggil untuk berkongsikan kisahnya di laman Facebook, berharap agar mereka yang pernah atau sedang berada di situasi ini supaya jangan putus asa.
My fifth pregnancy loss 1st baby- twin miscarriage ( no heartbeat at 9 weeks)
2nd baby- complete abortion at 6 weeks
3rd baby- complete abortion at 6 weeks
4th baby- ectopic pregnancy (right salpingectomy done)
5th baby- subchorionic hematoma, no amniotic fluid, cord prolapse. We lost him at exactly 17 weeks.
Allah, Allah, Allah. Berat nak menulis. Bukan tujuan aku nak minta simpati sapa-sapa. Tapi rasa ingin berkongsi supaya insan-insan yang senasib dengan kami yang perjalanannya tak mudah tahu, masih ada yang diuji dengan ujian yang serupa. Hari ni hari kedua kehilangan anak syurga kami yang ke 5. Hanya sempat aku kandungkan selama 4 bulan 1 minggu which is yang paling lama duduk dalam rahim aku. He is such a fighter. Our baby Muhammad.
Since the very beginning tau aku pregnant of course ada rasa happy. Tapi rasa risau tu lebih lagi dari segala-galanya. Mula dari tau pregnant memang dah terus follow up. Scan placement sebab takut terjadi ectopic pregnancy lagi (orang yang pernah mengandung luar rahim berisiko untuk terjadi lagi kandungan luar rahim).
Gambar: Nooradila Azuddin So lepas dr scan, Doktor cakap everything okay. Memang sac (kantung) nampak dalam rahim. Cantik ja. So sis ada sedikit lega.
Start 6 weeks dah ada spotting ( tompok darah) setiap hari. So selepas berbincang dengan matron dan sister, alhamdulillah. Diorang bagi aku gunakan cuti rehat. Sampailah minggu ke 8, start bleeding, banyak sangat. Terus ajak husband pergi hospital. Masa tu dalam hati dah redha, maybe baby ni akan gugur jugak.
Tapi lepas scan doktor cakap heartbeat ada dan kuat, jalan pun tak buka. Takda langsung tanda-tanda nak gugur kecuali darah turun dengan banyak. So threatened miscarriage. Doktor bagi balik dan rest kat rumah with MC. Dah balik rumah pun still ada bleeding selepas beberapa hari. So kami decide nak try scan kat luar pulak. So kami pergi klinik putra n scan. Doktor ckp memang ada blood clot (hematoma) dekat cervix.
So tu yang menyebabkan aku sentiasa bleeding. Doktor nasihatkan jangan banyak berjalan dan kena banyak rehat supaya bleeding tak jadi semakin teruk. So hari-hari memang aku stay kat rumah, rehat dan rehat. So keja rumah semua berpindah ke tangan husband aku.
Gambar: Nooradila Azuddin 10th weeks, active bleeding lagi. So aku ke hospital lagi dgn husband. Masa ni memang dalam sehari 6 pad soaked (penuh). Tapi masa scan doktor cakap heartbeat ada dan baby nampak okay.
Cuma kalau bleed tak berhenti maybe baby akan turun jugak. So diorang bagi chance 50/50 kat aku. Aku pon redha dah masa tu. Admit seminggu, sampai bleeding dah kurang, aku mintak balik. Sambung rest n stress kat rumah.
12th weeks, pergi klinik pakar sebab ada follow up. Masa scan muka doktor pun dah lain. Ada masalah baru pulak iaitu air ketuban takda. Allahu. Dalam hati, dugaan apa pula kali ni.
Then doktor bgtau, bila air ketuban takda, susah untuk baby survive. Kemungkinan baby meninggal dalam perut, dan macam-macam lagi boleh terjadi. Balik dari follow up mmg emosi aku terganggu. Tapi aku cuba kuatkan diri sbb taknak stresskan diri aku n baby.
15th weeks- follow up pakar lagi. Scan keadaan tetap sama. Even baby still kuat heartbeatnya. Masa ni aku serah segalanya pada Allah.
Dan dah redha. Kalau anak ni rezeki aku, dia mampu bertahan, dia akan bertahan. Kalau dia tak mampu, hati aku redha sbb aku percaya perancangan Allah lebih baik dari aku. 17th weeks- Ikutkan esok ada follow up pakar lagi. Tapi malam tu selepas Maghrib, bila aku pergi toilet, terasa ada something keluar. Bila tengok, Allahu, cord dah keluar sikit.
Bagitau husband. Terus kami ke hospital. Dalam kereta aku sempat bgtau husband. Baby kita kemungkinan besar tak ada. Supaya husband pun bersedia. Actually kami dah bersedia dari awal pregnant lagi macam-macam kemungkinan yang akan jadi. So kami tetap tenang dan terima.
Gambar: Nooradila Azuddin Sampai hospital, dari check bukaan, dah sedikit terbuka. Scan heartbeat pun dah takda. Muka doktor berubah bila tgk buku aku. Yala, kehilangan baby ni means kehilangan aku yg kelima. Doktor tanya aku, puan okay tak? Baby mmg dah takda, kita tunggu baby keluar sendiri.
Kalau tak, kita masuk ubat. Masa ni aku pun dah datang dengan redha. So aku tenang dan jawab okay ja kat doktor. Walaupun dalam hati sedih bila terbayang muka husband, muka family, muka family in law yg mmg tunggu baby kami almost 8 tahun kan.
Tapi aku pujuk hati aku redha. Allah ada perancangan lebih baik untuk aku. 25/7/19 -Start 3 pagi dah rasa sakit sikit-sikit. Since aku memang seorang yang selalu sakit senggugut, aku memang boleh bertahan lagi. Sampai pukul 7 pagi masa round, aku bagitau staff nurse dan doktor aku dah start sakit. So doktor kata takpa, nanti kalau tak keluar juga kita akan masuk ubat.
Aku doa banyak-banyak dalam hati mntak Allah permudahkan. Sakitnya contraction Allah saja yg tahu. Dalam 10.30 terasa satu contraction yang sangat kuat dan rasa ada something keluar, aku panggil staff nurse. Doktor pun datang, bagitau aku baby dah keluar, doktor bagi aku tgk baby, Allahuakbar, anak aku cukup sifat lengkap semuanya. Baby boy. Sbb tu aku namakan dia Muhammad.
Aku dah tak sanggup nak tengok lama-lama Terus call husband datang uruskan baby. Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan kami. Husband bawa balik baby uruskan, mandikan sendiri dan selesaikan urusan kebumi.
Alhamdulillah dipermudahkan, jenazah dikebumikan bersebelahan dgn arwah adik aku yang meninggal pada bulan ramadhan yang lepas. Semoga tenang insan-insan kesayangan aku di sana.
Gambar: Nooradila Azuddin Terlalu banyak dugaan yang aku rasa sejak mula mengandung sehingga selesai urusan pengkebumian semalam. Tapi aku sentiasa pujuk hati, ada orang yang dugaan lebih besar dari aku. Husband aku yang sentiasa di sisi selalu cakap benda ni kat aku. Allah uji kita sebab kita yang mampu hadapi. Mungkin kalau org lain alami, depa tak mampu. So kita kena terima dugaan ni. Sungguh, apa yang husband aku cakap.
Allah uji sbb mampu, Allah bantu aku, bagi kekuatan, permudahkan segalanya buat kami. Aku redha dgn sebenar-benar redha. Aku percaya. We will get better in time. Time will heal us. For the time being, aku rasa aku tak ready nak hadap semua ni sekali lagi.
Bukan bermaksud aku menolak rezeki. Tapi aku yang alami hanya aku yang tahu.
Actually, aku ramai sangat kawan yg dah kawen lama pun belum ada rezeki untuk ada anak sendiri, so hanya yang pernah mengalami akan faham. Aku doakan rezeki buat kawan2 aku supaya diberi rezeki mengandung, dan dipermudahkan urusan sekiranya mengandung.
Aku kalau boleh taknak org lain rasa apa yang aku rasa. 5 kali kehilangan bukan benda yg mudah untuk dihadapi.
Gambar: Nooradila Azuddin Dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada husband aku, you’re the best husband ever, family aku yang struggle jaga aku, family in law yang menerima aku seadanya, kawan2 yang doakan aku baik-baik.
Aku tak mampu nak balas semua doa dan budi baik org pada aku. Aku doakan Allah balas yang baik-baik buat semua dan jaga org-orang yang aku sayang.
To my baby Muhammad. Terima kasih sbb hadir dalam hidup mami walaupun seketika. Mami dapat merasa juga mengandung dan melahirkan. Terima kasih sbb stay strong kat dalam untuk 17 minggu walaupun sejak 12 minggu air ketuban Muhammad dah takda.
Mami tau Muhammad penat, mami tau Muhammad dah cuba yg terbaik, tapi Allah lebih sayangkan Muhammad. Lebih dari mami n dedi sayangkan Muhammad. Bermain di taman syurga ya anak. Tunggu mami dan dedi. We love you.
Sumber: Nooradila Azuddin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/29/bermain-di-taman-syurga-ya-nak-keguguran-kali-kelima-luahan-wanita-ini-sangat-meruntun-hati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunggu Ibu Di Syurga Ye Nak Luluh Hati Ibu Anak 8 Bulan Maut Didakwa Lemas Dalam Baldi Di Pusat Jagaan

Tunggu Ibu Di Syurga Ye Nak Luluh Hati Ibu Anak 8 Bulan Maut Didakwa Lemas Dalam Baldi Di Pusat Jagaan

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 351 hits
Dalam kehidupan ini penuh dengan cabaran dan ujian hidup Tambah tambah lagi bila kita dengar tentang pemergian orang yang paling disayangi Pastinya keperitan dan kesakitan yang dirasai akan membuatkan satu dentuman yang kuat bagai halilitar...
Kedudukan Meninggal Dalam Keadaan Bantu Mangsa Tragis Kejadian Pilu Empat Maut Meruntun Hati

Kedudukan Meninggal Dalam Keadaan Bantu Mangsa Tragis Kejadian Pilu Empat Maut Meruntun Hati

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 303 hits
Malang tak berbau Begitulah perumpamaan yang menggambarkan nasib yang menimpa empat mangsa yang maut dalam kecelakaan yang berlaku di Kampung Matang Pagar Sungai Buloh semalam Lebih menyayat hati salah seorang mangsa merupakan seorang wanit...
Akak Saya Ni Kak Saya Datang Nak Ambikl Kunci Heee Heehee Kisah Seram Gangguan Wanita Mati Dibunuh

Akak Saya Ni Kak Saya Datang Nak Ambikl Kunci Heee Heehee Kisah Seram Gangguan Wanita Mati Dibunuh

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 698 hits
Kisah ini bermula selepas kejadian seorang wanita mati dibunuh kerana ditikam dan diketar Dan yang lebih menyedihkan mayatnya ditemui tanpa seurat benang pun yang melekat di tubuhnya Menurut cerita yang disampaikan Perempuan ini dibunuh ole...
Niat Nak Buat Kejutan Tapi Teman Wanita Peluk Lelaki Lain

Niat Nak Buat Kejutan Tapi Teman Wanita Peluk Lelaki Lain

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 480 hits
FMT Reporters Bayangkan jika anda merancang sesuatu demi orang tersayang tiba tiba anda pula yang mendapat kejutan dimana kekasih anda bersama orang lain dan kelihatan sangat mesra Inilah yang terjadi pada sepasang kekasih di China dimana t...
Teringin Sangat Nak Pulang Ke Kampung Halaman Dekat Mana Tu

Teringin Sangat Nak Pulang Ke Kampung Halaman Dekat Mana Tu

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 535 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Syukur Alhamdulillah Kita masih lagi dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini Tanpa kita sedari sekejap sahaja masa berlalu Seperti baru semalam kita melangkah ke tahu...
Nak Suapkan Makanan Pada Anak Orang Jangan Suka Hati Je Minta Izin Mamanya Dulu Takut Tersalah Bagi

Nak Suapkan Makanan Pada Anak Orang Jangan Suka Hati Je Minta Izin Mamanya Dulu Takut Tersalah Bagi

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 452 hits
Kita selalu tak perasan akan hal ini Kita ingat kita terlebih prihatin dan berikan makanan pada anak anak orang lain untuk gembirakan dia tetapi rupanya tak disenangi oleh kedua ibu bapa Jangan salah faham bukan tidak suka sebaliknya kena b...
Terkesan Walaupun Sangat Kaya Dan Berharta Pakcik Ni Malu Nak Bergambar Apatah Lagi Menunjukkan Kemewahannya

Terkesan Walaupun Sangat Kaya Dan Berharta Pakcik Ni Malu Nak Bergambar Apatah Lagi Menunjukkan Kemewahannya

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 303 hits
Tulisan Dato Roslan Abd Hamid Saya jumpa lelaki tua ini Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid Baca al Quran Umur dlm 70an Duduk rumah dkt masjid Rumah agam besar menarik Hartanya di sana sini Ada bangunan komesil tengah bandar bernilai dl...
Cara Mudah Nak Tanam Kurma Di Syurga

Cara Mudah Nak Tanam Kurma Di Syurga

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 327 hits
hi there salam Hari Jumaat satu waktu yang lalu mrs pip tetdengar ceramah sorang ustaz ni mengenai ayat SUBHANNALLAH HIL AZIMI WABIHAMDIH kemudian baru baru ni ada yang share video juga mengenai kelebihan zikir tetsebut so betterlah mrs pip...
Nak Mandikan Anak Pun Kena Berjengket Sebab Ibu Masih Terlalu Muda Kisah Menyayat Hati Mangsa Pedofilia

Nak Mandikan Anak Pun Kena Berjengket Sebab Ibu Masih Terlalu Muda Kisah Menyayat Hati Mangsa Pedofilia

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 325 hits
Pedofilia adalah satu masalah psikologi yang dihidapi oleh seorang individu dewasa atau remaja yang lebih tua di mana mereka lebih tertarik secara seksual terhadap kanak kanak Masalah ini adalah sangat serius dan jenayah pedofilia ini juga ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut