Mak Pah Mengidam Roti Canai Semasa Buka Puasa Hari Ke 11 Ramadhan
Assalamualaikum..
Hi korang..
Alkisahnya ibunda kesayangan SA tu mengidam rupanya gara-gara tengok orang makan roti canai kat tv semalam. Terus dia mintak Pak Zain beli untuk buka puasa dan dia sendiri masak kari tanpa santan untuk cicah roti canai. Masa nak amik SA balik kerja semalam Pak Zain dah order kat mamak simpang rumah SA tu sekali ngan murtabak. Anak dara SA tu pencinta murtabak.
Untuk main course Mak Pah masakkan daging salai macam yang SA mention semalam campur pucuk ubi. Pucuk ubi plak yang Pak Zain tanam kat hujung taman...Pak Zain petik x banyak...untuk sekali masak je...pas katanya ada jiran hujung tu nampak and tanya Pak Zain ke yang tanam pucuk ubi tu...dia pun mintak sikit..Pak Zain cakap amik aje la kat pokok tu..ada daun pandan..ada serai..amik je..Pakcik benarkan katanya..kalau nak daun kari datang amik je depan rumah...x yah mintak2 izin de...bulan Ramadhan ni elok bersedekah kan..
Jom tengok gambar hidangan berbuka semalam...pagi- pagi SA dah hidangkan korang semua dengan gambar makanan kan...
Baca ini juga
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Masak Lemak Cili Api Daging Salai Campur Terung Telunjuk
Daging salai masak lemak cili api..
Kari ayam tanpa santan...sedap giler...gegar gambar plak
Roti canai
murtabak
Kuah dhal dan kari kedai tu bekalkan...macam biasa la x berusik pun..
Alhamdulillah daging salai tu memang sedap...sebelum ni ada gak beli online tapi daging tu berbau..so masak masak bau dia lain...tapi yang ni alhamdulillah okey..takde masalah dan tetap berbau salai...tekstur daging ni juicy betul...SA beli kat kawan FB yang memang buat bisnes daging salai kat Terengganu. Kaedah salai dia memang menggunakan kaedah yang biasa Pak Zain buat...cuma ianya di salai berbelas jam. Walau disalai lama daging salai tu tetap juicy dan boleh dimakan begitu aje. Orang- orang kat Kijal tu selalu beli sebab suka makan cicah air asam ataupun pencicah yang biasa ornag buat untuk daging bakar danok tu...untuk kali ni SA teringin masak lemak cili api so jadi la ianya daging salai masak lemak cili api....sedap makan semalam...SA makan gak roti canai sekeping...lepas tu makan nasi ngan lauk daging salai...x pernah- pernah makan banyak time berbuka...kena betul la dengan selera SA tu..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2022/04/mak-pah-mengidam-roti-canai-semasa-buka.html