Mak Mana Mak



Mak....Mana Mak, ok!: Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah bersuami. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” ”

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu cukup memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab

Coretan: *A.M.S* 😔😔😔

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://v-viralvideo.blogspot.com/2019/04/makmana-mak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belajar Tak Fokus Macam Mana Nak Dapat Kisah Selempang Pink Ayah Sebak Mak Mera Juk Dua Hari

Belajar Tak Fokus Macam Mana Nak Dapat Kisah Selempang Pink Ayah Sebak Mak Mera Juk Dua Hari

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 534 hits
Kau belajar main main macam mana nak dapat Kisah selempang pink Ayah sebak Mak merajuk dua hari Seorang bapa kecewa apabila anaknya tidak memakai selempang merah jambu pada majlis konvokesyen tamat pengajian diploma di Universiti Teknologi ...
Bila Dan Di Mana Pertama Kali Kamu Pergi Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Bila Dan Di Mana Pertama Kali Kamu Pergi Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 386 hits
Pernakah kamu pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Bila dan di mana pertama kali kamu pergi ke PBAKL Pertama
Umur 35 40 Tahun Adalah Umur Di Mana Kita Mula Diuji

Umur 35 40 Tahun Adalah Umur Di Mana Kita Mula Diuji

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 293 hits
The ReporterUmur 35 40 tahun adalah umur di mana kebanyakan kita mula diuji Ujian boleh datang dari ibubapa atau dari pasangan hidup atau dari anak anak yang meningkat remaja Memang bermula 35 40 tahun Allah akan memanggil kita pulang berta...
Ya Allah Dari Mana Datang Banyak Nya Gajah Ini Kampung Orang Asli Didatangi Gajah

Ya Allah Dari Mana Datang Banyak Nya Gajah Ini Kampung Orang Asli Didatangi Gajah

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 752 hits
BIMBANG di4ncam kumpulan gajah liar penduduk Kampung Orang Asli Sungai Peroh di Kluang terpaksa duduk diatas dahan hampir empat jam bagi menyembunyikan diri Situasi panik itu dilalui Azar Eja 35 bagi mengelak bertembung dengan kira kira 50 ...
Kereta Baru Atau Keretaterpakai Mana Pilihan Anda

Kereta Baru Atau Keretaterpakai Mana Pilihan Anda

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 507 hits
Baru atau Lama tetap sama kerana ia masih dapat pergi ke destinasi yang ingin dituju cuma yang menjadi isu dikalangan orang muda adalah faktor jenama dan bentuk sesebuah kenderaan Pemilik yang masih mempunyai hutang dengan bank sebahagian d...
Netflix Vs Iflix Yang Mana Lebih Baik

Netflix Vs Iflix Yang Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 614 hits
Netflix vs iFlix Yang Mana Lebih Baik Perkhidmatan penstriman video semakin diterima ramai termasuklah di Malaysia Dengan kandungannya yang pelbagai dan menghiburkan masing masing tidak mahu melepaskan peluang untuk melanggan demi menonton ...
Mawi Tidak Menyindir Mana Mana Pihak Tapi Ia Realiti Apa Yang Kita Lalui

Mawi Tidak Menyindir Mana Mana Pihak Tapi Ia Realiti Apa Yang Kita Lalui

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 369 hits
Mawi ada memasukkan beberapa babak mengenai kehidupannya selepas menjuarai Akademi Fantasia 3 pada 2005 menerusi filem Tiada Tajuk Foto GLENN GUAN Pelakon dan pengarah filem Mawi menjelaskan filem pertama arahannya iaitu Tiada Tajuk tidak m...
Refinance Rumah Macam Mana Nak Buat Ambil Tau Dulu Perkara Perkara Berikut

Refinance Rumah Macam Mana Nak Buat Ambil Tau Dulu Perkara Perkara Berikut

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 408 hits
Seakan sudah menjadi lumrah manusia sekarang yang berbelanja lebih dari kemampuan Gaji sebulan RM3000 tapi berbelanja sehingga RM5000 sebulan Macamana boleh jadi begitu Tentunya ada yang menggunakan Personal Loan ataupun Kad Kredit dahulu a...
Mana Kau Acab Esok Hari Terakhir Pihak Berkuasa Mahu Hentikan Misi Pencarian

Mana Kau Acab Esok Hari Terakhir Pihak Berkuasa Mahu Hentikan Misi Pencarian

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 391 hits
Mana kau Acab Esok hari terakhir Pihak berkuasa mahu hentikan misi pencarian Buntu dan bagaikan hilang punca telah masuk hari ketujuh sejak dan misi pencarian Mohd Ashraf masih lagi dilakukan sejak dilaporkan hilang pada 23 Mac lalu Mohd As...
Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga

Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam

Ini 32 Wajah Bakal Berentap Membawa Pulang Rm1 Juta Peserta Sabah Dominasi Csoiam