Mak Dan Ayah Kemalangan Pada 6 Julai 2023



pada entri jumaat barakah tempoh hari, aku ada maklumkan yang mak dan ayah aku kemalangan jalan raya. mak dan ayah aku kemalangan pada tanggal 6 julai 2023 pada waktu malam. cuma aku tak pasti jam berapa. 
sepupu aku katanya bersiar - siar dengan boyfriend dia berdekatan kolej. ternampak ada kumpulan keramaian di tengah jalan. bila mendekat rupanya makcik dan pakcik sendiri kemalangan (mak dan ayah aku). terus dia maklumkan pada ibunya iaitu ucu aku yang tinggal berdekatan dengan rumah mak ayah aku. 
aku tak tahu lah pukul berapa dikhabarkan berita itu. tapi orang pertama yang tahu ialah sepupu aku dan seterusnya ucu aku baru lah kepada adik - adik aku. 

Terima Panggilan Jam 12 Malamkatanya kemalangan berlaku sekitar jam 10 malam macam tu berdekatan dengan lampu isyarat sekitar kuala lumpur (mengahala sogo kot). mak dan ayah aku kononnya nak minum di kuala lumpur dengan rakan motor yang lain kerana minggu berkenaan mereka akan konvoi ke 4 puncak; genting highlands, cameron highlands, bukit bendera dan lagi satu tak ingat

sikit lagi perjalanan tu nak sampai ke kedai, dirempuh kenderaan yang dikatakan seorang jururawat HKL; entahlah. 
malam tu aku memang tidur awal gila kerana mengantuk yang tak kunjung habis. panggilan diterima dari adik ipar aku berbelas miscall dan adik aku melalui panggilan whatsapp. aku tak dengar langsung. kebetulan waktu itu aku baru menggunakan ringtone berbunyi astetik. bunyinya agak mendamaikan dan perlahan. alahai. sekarang aku dah tukar semula. ringtone yang boleh membuat jantung aku tiba - tiba laju kalau aku tengah lalai dan telefon berdering


Dirempuh Kenderaanmengimbas semula situasi berkenaan. mak aku bercerita waktu itu mereka telah berada di lampu isyarat. kereta depan ayah aku sedang berjalan yakni lampu berkenaan hijau lah kan? takkan 3 4 buah kereta melanggar lampu isyarat merah. sangatlah mustahil. ayah aku di laluan kiri, manakala kereta berkenaan di laluan kanan ingin ke kiri. 
aku tak ingat cerita penuh. tapi dari penceritaan berkenaan ayah aku pulas minyak sebab ingat boleh lepas dari dirempuh. rupanya tersipi kena kaki mak. kemik juga bahagian kiri kereta berkenaan. lampu pun pecah. 
sebelum kemalangan berlaku, mak ternampak kereta yang ingin merempuh dengan ekor mata. mak aku lantas memanggil ayah aku dan maklumkan sambil menguatkan pautan di pinggang. namun, kelajuan ayah tak melepasi kereta berkenaan dan mereka dirempuh. 
mak kata ayah terpelanting jauh dan terseret bersama motosikal nya. ayah mengalami kecedaraan di tangan kanan dan retak. tangan kiri juga mungkin mengalami keretakan namun ayah menolak untuk di xray. bimbang kedua - dua tangan disimen dan tak mampu nak buat apa - apa untuk pengurusan diri. mak pula terbaring dan tak boleh bangun. kaki terasa kebas.  kata mak, orang sesekeliling ingin mengangkat mak untuk diletakkan di tepi jalan namun mak menolak. mak kata biarlah duduk di tengah - tengah jalan, jangan angkat! mak sudah dapat merasakan kakinya ada yang tidak kena. kaki mak patah! 

Kena Sidai Di Wad Kecemasanusai ambulans sampai, mak dibawa ke kecemasan HKL. kata mak jam 5 pagi baru urusan wad selesai. mungkin situasi mak belum dianggap kecemasan. masih bernafas seperti orang biasa, yang patah cuma kaki, bukan paru - paru yang gagal atau nafas yang sudah dipotong

ayah menaiki ambulans bersama mak menuju HKL. waktu ini semua adik beradik aku ada menguruskan mak. yang tiada cuma adik aku yang nombor 3 kerana dia menjaga adik 2 orang yang masih kecil. 
jumaat telah tiba, dan mak pun masuk ke dalam wad ortopedik sekitar jam 5.45pagi. 

Ramai Datang Melawat
aku dan suamiku tiba di HKL sekitar jam 4petang. aku lambat kerana menguruskan adik aku dan membawa keperluan yang mak dan ayah inginkan. lepak di kafe sehingga jam 4.30petang untuk melawat mak di wad. 

kami lepak adik beradik disini. di kafe ini. setiap hari minggu kami semua disini dari jam 11pagi kerana menunggu waktu melawat jam 12.30 tengahari dan menunggu seterusnya sehingga jam 4.30 petang pula. pulang ke rumah jam 7.30malam dari HKL ke shah alam. begitulah rutinnya dari hari jumaat sehingga ahad

aku meminta adik aku yang perempuan seperti dalam gambar ni menjaga mak dari hari jumaat sehingga ahad. mukanya seperti tidak setuju namun mahu tak mahu dia terpaksa lah akur. aku dah kawin hahhhaha. terlepas. 
seawal hari sabtu aku dah mula merisik - risik HR untuk meminta cuti yang panjang. yang dibenarkan cumalah 2 minggu sahaja. bermula dari minggu pertama yang diiktiraf sebagai Annual Leave dan minggu seterusnya diiktiraf sebagai Unpaid Leave. 

hari isnin seterusnya merupakan giliran aku iaitu pada 10 julai 2023. aku akan menjaga mak dari isnin sehingga jumaat dan bertukar dengan adik aku yang ketiga pada sabtu dan ahad. aku biarkan dia kerja dan sabtu ahad adalah waktu dia menjaga mak. kadangkala jika hari sabtu atau ahad dia perlu bekerja, aku akan menjaga mak sehingga separuh hari. petangnya aku akan pulang menuju rumah untuk berkasih sayang bersama suami pula. kesian suamiku diabaikan. sabarlah hubby hensem. hahaha
pada hari yang sama iaitu pada 7 julai 2023, makcik yang tinggal di sekitar selangor siap mengambil cuti 1 hari kononnya untuk melawat mak selepas dikhabarkan oleh ayah tentang keadaan mak. 
rupanya tidak boleh melawat pun. makcik pun tiba di HKL pada waktu petang untuk melawat mak. makcik menjadi wakil kepada adik beradik yang lain untuk melihat lihat keadaan mak dan menyampaikan kepada adik beradik yang lain yang tinggal diluar selangor


mak telah patah di tulang keting kaki kanan. kau orang boleh lah google bentuk dia macammana. mak telah menjalani pembedahan kali pertama. disebabkan pembedahan tertangguh kerana bilik pembedahan yang penuh, pembedahan yang berlaku hanyalah untuk mencuci luka dalam yang dikhuatiri akan mendatangkan kuman dan juga memasang besi di kaki. tengok lah besi berkenaan. 
mula - mula mak pakai kaki dibesi mak tak biasa. besi akan menujah kaki dan menjadi sangat berat. ketawa aku. 

Rutin Harian di HKLoh lupa. mak tak membenarkan ayah pulang. disuruh tinggal bersama - sama dihospital. hahaha. tidur lah dimana - mana pun janji di HKL. ayah setiap hari hanya menjinjing sebuah beg kecil yang diisi dengan sehelai tuala kecil bagi mengelap badan, selimut buat mengalas tidur atau sebagai bantal kepala, sebotol air minuman kecil, dan roti potong. 

aku pula setiap hari akan tidur sekitar jam 11malam kerana waktu itu lampu wad akan dipadam. yang tinggal hanya lampu depan bahagian staf jururawat membuat kerja. setiap malam, langsir akan ditutup keliling katil mak. aku pula tidur di bawah beralaskan comforter bersama sehelai selimut, 2 buah bantal busuk, penutup mata, sepasang stokin dan sehelai baju suamiku. hahahhaa. macam dekat rumah tau. 
setiap pagi aku akan bangun seawal jam 6pagi kerana jururawat akan pergi ke katil bagi merekod kan bacaan darah setiap pesakit. aku perlu kemas tempat tidur segera. selepas itu aku akan selesaikan mak aku dari segi penukaran pampers, cuci muka dan lap badan mak aku untuk lebih segar kerana mak aku akan seharian terbaring. 
seusai itu, aku akan menyuapkan mak aku makan sarapan pagi. makanan sampai sekitar jam 7.30pagi tak silap. selepas itu, aku akan turun ke bawah mencari makanan untuk aku pula. selalunya aku akan makan nasi seawal pagi. selain dari nasi lemak, ada juga menu seperti nasi ayam atau nasi arab yang telah dibungkus didalam bekas tupperware. harganya rm5 sehingga rm10. bubur lambuk juga ada. sedap

makanan hospital sudah semakin baik. rasa masin sudah dapat dirasa. kalau 10 tahun dulu, makanan hospital tawar dan tak sedap. kini ia sudah diterima. cuma rupanya agak menjengkelkan dan tak menarik mood pesakit untuk makan meskipun terasa lapar.  jika pesakit tiada sebarang pantang dalam bab makanan pastinya mereka akan meminta penjaga mereka untuk membelikan makanan yang lebih sedap diluar. selain itu, ikan masih terasa hanyir dan tak lalu dimakan. 
sepanjang aku disana, aku memakai tangga untuk berulang alik naik turun menggunakan tangga. tak sempat rasanya menunggu lif. lif selalu penuh dan sangatlah lambat. maklumlah lif lama kan


Hari Untuk Pulangsalah seorang yang akan habiskan makanan mak
hari untuk pulang akhirnya tiba. mak dibenarkan keluar wad pada 11 julai 2023. sepupu aku, amin yang ambil kami di hospital menggunakan estimanya. lebih besar dan mudah. mak masih belum biasa dengan besi yang berat di kaki. 
tengoklah berapa banyak barang dan beg yang aku bawa sepanjang disana. rasanya seperti tempat akulah yang paling penuh dengan barang. termasuk plastik makanan yang dibawa oleh pelawat untuk mak aku. 

aku akan sambung semula entri ini berkaitan tugas aku yang bersambung dirumah. sekian untuk hari ini. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2023/07/mak-dan-ayah-kemalangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Top 10 Di Klikjer Bulan Julai 2023

Panduan Top 10 Di Klikjer Bulan Julai 2023

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 389 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulilah Sekarang dah masuk bulan Ogos 2023 Seperti yang di ramalkan pada hujung tahun 2022 dulu keadaan ekonomi dunia akan mula beransur pulih menjelang pertengahan tahun 2023 Ekonomi Malaysia pun na...
Ogos 26 2023 Terima Kasih Ayah

Ogos 26 2023 Terima Kasih Ayah

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 283 hits
AYAH anda adalah mentor dan sahabat terbaik yang saya miliki dalam hidup Terima kasih AYAH
Alhamdulillah Dah Mati Pun Ayah Mak Aku

Alhamdulillah Dah Mati Pun Ayah Mak Aku

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 127 hits
Mary Victoria Dassam hmetro com myJohor Bahru Alhamdulillah dah mati pun ayah mak aku Begitulah reaksi segelintir anak si tanggang yang menyatakan rasa lega selepas dimaklum berkaitan khabar kematian ibu bapa mereka yang ditempatkan di sebu...
Adik Beradik Ramai Berjaya Tips Mak Ayah Saya

Adik Beradik Ramai Berjaya Tips Mak Ayah Saya

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 355 hits
Nampak cite adik beradik ramai yang berjaya dan saya bersyukur saya ada 7 orang adik beradik dan kami bersemua berjaya masuk universiti 1 Lecturer 2 Engineer 3 Engineer 4 Doktor 5 Arkitek 6 Engineer 7 Lawyer Terima kasih mak ayah yang tegas...
Kenali Pemain Muda Jdt Berdarah Scotland Fergus Tierney Yang Curi Perhatian Di Kejuaraan B 23 Aff 2023

Kenali Pemain Muda Jdt Berdarah Scotland Fergus Tierney Yang Curi Perhatian Di Kejuaraan B 23 Aff 2023

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 233 hits
Penyerang Johor Darul Ta zim II Fergus Tierney yang dimasukkan pada babak kedua perlawanan menjadi wira apabila meledak dua gol untuk memastikan tiga mata berharga kepada Harimau Muda Tierney meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ket...
Govt Confident To Meet 4 5pct Gdp Forecast In 2023 Pm Says

Govt Confident To Meet 4 5pct Gdp Forecast In 2023 Pm Says

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 293 hits
The government is confident of meeting its GDP forecast of four to five percent for 2023 said Prime Minister Anwar Ibrahim He said this is because the domestic economy remains vibrant with many indicators showing healthy trends Anwar who is...
Siaran Lansung Anugerah Tiktok Malaysia 2023 Senarai Kategori Dan Calon

Siaran Lansung Anugerah Tiktok Malaysia 2023 Senarai Kategori Dan Calon

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 319 hits
Anugerah TikTok 2023 Malaysia buat julung kalinya diadakan di Malaysia Anugerah ini juga akan dijadikan sebagai acara tahunan Edisi pertama ini dimulakan dengan mempertandingkan sebanyak 13 kategori Siaran lansung Anugerah TikTok Malaysia 2...
Bantuan Percuma Kerajaan 2023 Khas Sehingga Rm2500 Adalah Tidak Benar

Bantuan Percuma Kerajaan 2023 Khas Sehingga Rm2500 Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 252 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan Kementerian Kewangan Kementerian Kewangan menegaskan bahawa maklumat ini adalah PALSU Berhati hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita berita sebegini di media sosial Layari porta
Teori Punca Nahas Pesawat Beechcraft 390 Premier 1 Di Elmina Shah Alam Selangor 2023

Teori Punca Nahas Pesawat Beechcraft 390 Premier 1 Di Elmina Shah Alam Selangor 2023

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 365 hits
Pada 17 Ogos 2023 dunia aviasi Malaysia dikejutkan dengan berita nahas pesawat Beechcraft 390 Premier milik JetValet telah berlaku di ELmina Park Punca Nahas Beechcraft 390 Elmina Malaysia 2023Mengorbankan 10 mangsa enam penumpang dua krew ...
Mostbet Bookie Melhores Probabilidades E Experi Ncia De Apostas Ao Fest N Onlin

Twinings Brings Tea Crafting To Life With Time For Twinings Event At The Oak Street

Audi A4 Blue Smoke From Exhaust Causes And How To Fix

Zahid Supports Restoring School S Name To Sjkc Tun Omar Ong Yoke Lin

Play Free Online Casino Games Online Ideal Slot Scratch Cards 2024

Xenobia Den Mystiska F Geln Som Sjunger Om F Rlorade Dr Mmar

20 Free Of Charge Spins With No Down Payment At Ozwin Casino

Lirik Lagu Gurauan Mengusik Jaro Anak Limbat Feat Wawa Sri Mas


echo '';
FFM 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info Festival Filem Malaysia 33

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marina 2024 Di Aplikasi Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lemak Putih Pucuk Ubi

Doa Husnul Khotimah Mengharap Pengakhiran Yang Baik

Resepi Masak Lemak Cili Api Nangka Muda Dengan Ayam Padu

School S Out A Guide To Indonesian School Holidays In 2025

Timnas Indonesia Lolos Kualifikasi Piala Dunia Fifa 2026 Faktor Pendukung Dan Strategi Pelatih

A Poem By Zurinah Hassan With Translation