Teori Punca Nahas Pesawat Beechcraft 390 Premier 1 Di Elmina Shah Alam Selangor 2023
Pada 17 Ogos 2023, dunia aviasi Malaysia dikejutkan dengan berita nahas pesawat Beechcraft 390 Premier milik JetValet telah berlaku di ELmina Park.
Punca Nahas Beechcraft 390 Elmina Malaysia 2023
Mengorbankan 10 mangsa, enam penumpang, dua krew dan lain-lain adalah dua orang.
Penulis akan cuba untuk berikan sedikit gambaran punca kejadian, lebih kepada persoalan untuk difikirkan. Memandangkan tiada sebarang laporan sebelum nahas kepada pengawal lalulintas apalagi telah diberikan kebenaran untuk mendarat.
Secara tiba-tiba melakukan terjunan dan berakhir dengan tragedi. Apa-apa pun kita mulakan doa dan sedekahkan Al-fatihah kepada mangsa dalam nahas Beechcraft 390 2023 ini.
Dalam Keadaan Approching untuk Landing
Pesawat Beechcraft 390 milik JetValet ini dalam keadaan menuju (approaching) ke threshold untuk mendarat.
Kedudukan kawasan terhempasnya pesawat ini adalah selari dengan threshold Subang Airport (WMSA) hanya sedikit adrift atau tidak selari.
Pastinya dengan jarak ini, pesawat sudah bersedia untuk mendarat memandangkan tower sudah memberikan kebenaran.
Instrument Landing System (ILS), slide globe dan beberapa checklist before landing pastinya sudah dilakukan sebelum terhempas.Apa yang menjadi kemusykilan adalah dive yang cukup laju menghempas bumi. Paling kurang pun emergency landing akan dilakukan jika bukan secara tiba-tiba.
Jika dilakukan Visual Flight Rule (VFR) sudah boleh kelihatan threshold dan PAPI lights (Precision Approach Path Indicator)
Tiada Distress Call Kepada Tower
Apabila berlaku sesuatu 'kurang kebiasaan' dalam rutin mengendali pesawat atau terdapat ancaman atau merasakan pesawat tidak dalam keadaan baik.
Juruterbang atau krew penerbangan akan memberikan maklumat masalah yang berlaku kepada control tower seperti 'pan pan pan' atau 'mayday mayday mayday'.
Walaupun bukan untuk control tower khususnya, untuk rakaman kotak hitam dalam pesawat khasnya 'cockpit voice recorder' atau CVR.
Dalam kes ini tower tidak menerima panggilan kecemasan (distress) dari krew pesawat bermakna ia berlaku secara tiba-tiba.
Paling 'distress' pun terdapat butang untuk squawk 7700 atau squawk 7600.
Kerosakan Enjin Pesawat
Melihat kepada video dashcam pada kereta yang terakam. Pesawat berkenaan menjunam dengan kadar descend rate yang agak laju. Kemungkinan besar ketika impact enjin pesawat Beechcraft 390 terbaik masih berfungsi dan berputar.
Lagipun jika kerosakan enjin, (dalam erti kata, tiada laporan distress kepada control tower), pesawat tidak akan terus terjunam, pesawat dicipta secara aerodynamic untuk meluncur atau menjadi 'glider'.
Faktor Cuaca
Apabila membabitkan high velocity impact sering di kaitkan dengan microburst. Microburst biasa berlaku apabila wujud 'downdraft' dan 'updraft' dalam udara yang biasanya berlaku bila adanya ribut petir.
Namun, pada waktu dan saat kejadian wujudkah keadaan ini atau cuaca baik.
Aerodynamic Stall
Stall atau pegun ini akan berlaku jika prinsip bernoulli pada sayap pesawat tidak ditepati. Dengan kata lain saya gagal berfungsi untuk daya angkat 'lift' untuk beberapa faktor seperti airspeed jatuh, atau pitch angle of attack pada sayap tidak menepati formula untuk daya angkat berada pada tahap fungsinya.
Jika dilihat pada kedudukan pesawat terhempas dengan threshold runway Subang (WMSA), pesawat ini adalah dalam sortie approaching untuk landing.
Kebiasaan dalam keadaan ini, dua benda yang sedang dilakukan untuk approaching iaitu menjaga throttle (airspeed) dan pitch (tuju kepada threshold runway airport.Stall mungkin bukan penyebab.
Reverse Thrust Rosak Terbuka Sendiri
Ada kemungkinan juga hal ini terjadi. Ada sahaja kes yang pernah disiarkan di AirCrash Investigation (Mayday) iaitu pada 26 Mei 1991, pesawat Boeing 767-300ER penerbangan Lauda Air 004 yang disebabkan thrust reverser yang terbuka sendiri (faulty) sehingga menyebabkan pesawat terjunam.
Ini agak logik untuk berlaku memandangkan pesawat dalam 'checklist' untuk mendarat.
Apabila tiba-tiba berlaku dengan ketinggian yang sudah memasuki minimum.
Aileron, Rudder atau Stabilator Jammed
Ada sahaja kes mekanikal ini berlaku. Bila berlakunya secara mendadak ditambah pula dalam kedudukan altitud yang rendah. Ia boleh berlaku tiba-tiba sehingga terlewat untuk 'recover'.
Contohnya, apa yang berlaku kepada USAIR Flight 427 dimana berlaku kerosakan pada rudder ekornya yang menyebabkan ia terjunam dengan pantas apalagi segala kawalan sudah berfungsi untuk diselamatkan. Walaupun Boeing 737 banyak berlaku kes ini tidak mustahil untuk pesawat ini menerima kerosakan ini.
Aileron, rudder dan stabilator mungkin juga flap yang menjadi 'culprit' dalam insiden malang ini. Kawalan 'yoke' yang tidak berfungsi secara tiba-tiba apalagi pada ketinggian atau altitude yang sangat rendah yang mengurangkan masa untuk pilot atau krew react dengan kegagalan sistem kemudi ini.
Ketika dilihat video dashcam beberapa saat sebelum terhempas, pesawat malang ini menyerong ke arah kanan atau starboard. Berkemungkinan aileron bermasalah, rudder jammed atau stabilator gagal berfungsi.
Hanya Persoalan dan Bukan Kenyataan Rasmi Punca Nahas Pesawat Beeccraft Di Elmina 2023
Ini adalah persoalan dan bukan kenyataan (statement) daripada penulis dari beberapa pengetahuan sedikit ketika pernah menjadi seorang cadet pilot untuk course principle of flight dan metereology suatu ketika dahulu.
Ini bukanlah satu kenyataan rasmi dari penulis walaupun menjadikan Aircrash Investigation Series sebagai rujukan luar.
Biarlah pihak berkuasa (seperti AAIB, Air Accident Investigation Bureau Malaysia) menentukan punca, sebab, penambahbaikan dan kenyataan rasmi dalam laporan mereka. Mungkin National Trasnsportation Safety Board (NTSB) akan turut sama membantu mencari punca nahas ini memandangkan Beechcraft adalah keluaran negara Amerika Syarikat (US).
Anda fikir anda tahu Persoalan Punca Nahas Pesawat Beechcraft 390 Premier 1 Di Elmina Shah Alam Selangor 2023 ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2023/08/teori-punca-nahas-pesawat-beechcraft.html