Majlis Tahlil Doa Selamat Potluck Sempena Menyambut Ramadhan
Assalamualaikum WBT
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
[Allahumma sallimni li ramadhan, wasallim ramadhana li, watasallamhu minni mutaqabbala]
Maksudnya : Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).
[Diriwayatkan oleh Imam Tabrani dalam Kitab al-Du’a (913)]

Pagi tadi berlangsung Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan lebih kurang 10 hari lagi di pejabat Sk. Majlis ini melibatkan staf pentadbiran dan kemahiran lebih kurang 45 orang jadi, senarai untuk tahlil tentulah panjang. Majlis dipimpin oleh Ustaz Farhan Ashari

Jamuannya secara potluck. Meriah menunya walaupun belum gaji, hihihi. Ni kalau dah gaji tak tahulah dia punya meriah macam mana

Mee kuning ni untuk mee bandung

Kuah mee bandung. Mee Bandung ni Fiza tempah

Ada nasi putih dan lauk-pauk

Gambar ni blur sebab dah mula kejadian tolak-menolak nak ambil makanan, hehehe. Kita baru nak snap

Ayam masak apa, tak pasti.. sebab Sk tak ambil ayam ni

Sambal udang

Lontong goreng by Hasrima

Spaghetti aglio olio by Ila

Nasi lemak daun pisang

Nasi lemak Sk buat makan tengahari

Kuih-muih beraneka macam

Nasi Impit

Rendang Nasib by Tuan Tanah Kedaung lawan dengan nasi impit. Nasi impit beli kat kantin dua bongkah.
Rendang tu Sk panaskan rendang daging frozen dan rendang nasib frozen, hehehe

Potluck ni yang paling senang beli jer kuih-muih siap pek ni kat gerai-gerai sarapan.

Pengat pisang by Khadibah

Sapelah rajin sangat buat cekodok pagi-pagi ni

Kek Cheese Meleleh

Apa-apahal kena buat buffet kat meja sendiri dulu. Kalau tak, wassalammmm

Makan Mee Bandung.. sedappp, Alhamdulillah.

Oh, ada buat sambutan hari lahir jugak untuk mereka yang lahir bulan Disember 2024 serta Januari dan Februari 2025. Sk ambil kek sikit

Kuih-muih pilihan. Tapi ni tapau, petang nanti kot baru makan. Yang dalam cup tu, pengat pisang

Makan nasi putih la.. sambal udang dua ekor, sayur chap chai dan asam pedas ikan parang by maknya Ct. Yang secoet tu lontong goreng

Tengok-tengok semua kawan semeja ada jelly kelapa, Sk lupa ambil. Jenguk dalam tong, nasib ada lagi rezeki, tinggal satu, hehehehe. Syukurrrr selalu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/02/majlis-tahlil-doa-selamat-potluck.html