Vaccinate For Life Dilancar Sempena Hari Pneumonia Sedunia




Sempena Hari Pneumonia Sedunia, satu Kempen Vaccinate for Life dilancarkan dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya vaksinasi serta penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. 
Kempen ini diperkenalkan jenama penjagaan kesihatan, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn. Bhd. (GSK) antara lain bertujuan untuk mengetengahkan betapa pentingnya vaksinasi sepanjang hayat. 
Menekankan pneunomia sebagai salah satu penyakit utama yang boleh dicegah dengan vaksin, kempen ini menunjukkan bagaimana vaksin dapat membantu melindungi kehidupan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah. 

Menurut Pengarah Perubatan Vaksin, GSK Malaysia, Dr Ashwini Saha, pengenalan vaksin konjugat pneumokokus (PCV) di banyak negara di seluruh dunia telah membantu mengurangkan kematian bayi akibat pneumonia. 

“Secara global, ia dianggarkan bahawa 71.3 juta bayi telah menerima PCV. Tetapi pada akhir tahun 2018, masih terdapat 55 juta bayi yang belum mendapat akses kepada PCV. “Di samping air minuman yang bersih, vaksinasi merupakan dasar kesihatan awam yang paling efektif dalam mencegah penyakit berjangkit. Di GSK, kami percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk mendapat akses kepada vaksin. 
“Ianya sudah terbukti bahawa melalui vaksinasi, penyakit-penyakit seperti cacar air boleh dibasmi. Dengan penambahbaikan dasar kesihatan dan akses, kami akan terus menyaksikan pengurangan kematian dan morbiditi yang disebabkan oleh penyakit berjangkit,” katanya pada majlis pelancaran kempen itu di ibu negara baru-baru ini. 
Pelancaran kempen turut dihadiri dua pakar perubatan terkenal negara iaitu Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi, Dato’ Dr. Musa Mohd Nordin dan Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Dr. Yong Junina Fadzil. 
Hadir sama Pengurus Besar GSK Malaysia, Dr. Lien Pham dan Pengarah Komunikasi & Hal Ehwal Kerajaan GSK Malaysia, David Lin. 


VAKSIN PERKUAT ASAS IMUNITI 
Menekankan lagi betapa pentingnya vaksinasi, Dato’ Dr. Musa berkata, sistem imun akan bertambah usia apabila usia semakin lanjut dan mendedahkan masyarakat kepada penyakit yang mengancam nyawa. 
“Dengan menguatkan sistem imun kita melalui vaksinasi sepanjang hayat, ia pasti dapat melindungi kita dan orang-orang sekeliling seterusnya membantu menyelamatkan nyawa. Vaksinasi yang kita terima sewaktu kanak-kanak pasti dapat melindungi kita daripada penyakit yang mengancam nyawa atau melemahkan. Malah ia turut memperkuatkan asas untuk imuniti yang lebih kuat di masa hadapan,” katanya. 


Bagi Dr. Yong Junina pula, terdapat tanggapan yang amat salah tentang vaksinasi dan kesannya terhadap kesihatan anak kita. 
“Oleh itu, pendidikan masyarakat yang berterusan, kerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan serta penambahbaikan dalam dasar-dasar negara boleh mengubah sudut pandang masyarakat. 
“Langkah Kerajaan untuk menyenaraikan vaksin pneumokokal ke dalam NIP seharusnya perlu dipuji dan ia menguatkan lagi betapa pentingnya untuk memberikan kanak-kanak vaksin terhadap penyakit berjangkit ini. Sama seperti senaman kerap dan pemakanan yang sihat, mengikut program vaksinasi yang telah dijadualkan adalah penting untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat,” katanya. 
SOKONG SERUAN KEMENTERIAN KESIHATAN

Nada sama turut dikongsi David Lin yang menyokong seruan Kementerian Kesihatan supaya kanak-kanak diberikan vaksinasi terhadap penyakit pneumokokal. 
“Kami turut menerima baik dan mengalu-alukan berita yang ditunggu-tunggu mengenai penyenaraian vaksin konjugat pneumokokus (PCV) ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP). 
"Di samping itu, kempen Vaccinate for Life GSK bukan sekadar menyeru pengambilan vaksinasi terhadap pneumonia dan IPD malah ia diperlukan sepanjang hayat untuk melindungi diri daripada penyakit yang boleh dicegah, dan untuk mencegah penyakit daripada tersebar dalam masyarakat,” ujarnya. 
GSK merupakan pemimpin global dalam vaksinasi sepanjang hayat dengan legasi bertahun-tahun lamanya dalam sains vaksinasi dan mempunyai 41 jenis vaksin di seluruh dunia untuk membantu melindungi orang ramai di setiap peringkat kehidupan, dari kanak-kanak sehinggalah sewaktu remaja, kehamilan dan lebih daripada itu; termasuk vaksin pneumokokal dan HPV. 
Di Malaysia, vaksin GSK yang pelbagai merangkumi 12 vaksin untuk kanak-kanak, 8 untuk remaja dan 8 lagi untuk orang dewasa dan warga emas dengan penuaan yang sihat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.3rasa.com/2019/11/vaccinate-for-life-dilancar-sempena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Kelebihan Solat Berjemaah Isyak Dan Subuh

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Kelebihan Solat Berjemaah Isyak Dan Subuh

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 203 hits
The Colours of Life PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Kelebihan Solat Berjemaah Isyak dan SubuhDaripada Utsman bin Affan RA ia berkata Rasulullah SAW bersabda Barangsiapa melaksanakan solat isyak berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah...
Kempen Keep Your Teeth For Life Tingkat Kesedaran Penjagaan Oral

Kempen Keep Your Teeth For Life Tingkat Kesedaran Penjagaan Oral

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 80 hits
Gigi dan diabetes Kedengarannya agak kurang popular namun tahukah anda tanda tanda dan simptom seperti bengkak gusi kehilangan gigi mulut kering serta nafas berbau merupakan gejala penyakit sistemik seperti diabetes Dengan purata jangka hay...
Unique Gift Ideas For Jewish Holidays And Life Events

Unique Gift Ideas For Jewish Holidays And Life Events

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 220 hits
Jewish festivals and events are ideal for careful and significant gifts since they are deeply ingrained in rich customs and The post appeared first on
Man Jailed 5 Months For Threatening Harith Iskander S Daughter

Man Jailed 5 Months For Threatening Harith Iskander S Daughter

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 192 hits
The Kuala Lumpur Magistrate s Court has sentenced a man to five months in jail and a fine of RM2 000 for threatening death and rape against comedian Harith Iskander s 12 year old daughter Izzuddin Md Salim 31 pleaded guilty when the crimina...
Paedophilic Tendency Netizens Rue Too Lenient 5 Month Jail Only For Harith Daughter S Tormentor

Paedophilic Tendency Netizens Rue Too Lenient 5 Month Jail Only For Harith Daughter S Tormentor

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 160 hits
FIVE months for threat against a minor Wow Malaysia Darul Pedofilia Such was a comment passed by a netizen after the Kuala Lumpur s Magistrate s Court sentenced 31 year old Izzuddin Md Salim to a five month jail and fined him RM2 000 for is...
Adverse Weather Causes Shortage Of Coconuts For Thaipusam

Adverse Weather Causes Shortage Of Coconuts For Thaipusam

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 301 hits
GEORGE TOWN A coconut supplier in Penang is facing significant financial loss amounting to tens of thousands of ringgit due to an inability to meet demand for the upcoming Thaipusam festival P Sarasvathy 66 who is the main supplier of cocon...
Abang Jo Announces Extra Rm10mil Allocation For S Wak Flood Relief

Abang Jo Announces Extra Rm10mil Allocation For S Wak Flood Relief

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 145 hits
Sarawak premier Abang Johari Openg visiting flood and landslide victims at the Malaysian Red Crescent temporary relief centre in Miri today PETALING JAYA Sarawak premier Abang Johari Openg has announced an additional allocation of RM10 mill...
Abim Highlights Aid For Schools Hospitals In Defending Anwar S Gaza Plans

Abim Highlights Aid For Schools Hospitals In Defending Anwar S Gaza Plans

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 161 hits
Anwar Ibrahim s government had allocated a total of RM791 million specifically for early schooling aid aimed at helping students secure school supplies for the new school year PETALING JAYA An Islamic NGO tonight highlighted the aid Putraja...
Sabah Chief Minister Thanks Federal Govt For Rm25 Million Aid

Sabah Chief Minister Thanks Federal Govt For Rm25 Million Aid

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 204 hits
Sabah chief minister Hajiji Noor said the state government was prepared for the upcoming northeast monsoon disaster with 14 209 personnel from various rescue and safety agencies on standby KOTA KINABALU Sabah chief minister Hajiji Noor has ...
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Kuih Raya Homemade By Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah