Majlis Sidang Media Dan Pelancaran Undian Atas Talian Anugerah Telenovela Ke 9


 
Majlis Sidang Media dan Pelancaran Undian Atas Talian Anugerah Telenovela Ke-9 diadakan pada hari Sabtu, 27 Mei 2023 jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang bertempat di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.



Anugerah Telenovela kali ke-9 adalah anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN)bersama Intact Media Sdn. Bhd. Untuk maklumat semua, Anugerah Telenovela merupakan sub-kategori kepada Anugerah Buku Negara yang mula diperkenalkan pada tahun 2005 dan pada tahun 2015 Anugerah Telenovela telah dianjurkan secara berasingan. Kini, Anugerah Telenovela telah menjadi acara tahunan yang berprestij bagi mengiktiraf dan meraikan kejayaan warga industri seni kreatif tempatan yang sentiasa menerbitkan karya berkualiti tinggi dan berpotensi untuk menembusi pasaran di peringkat global. Ini bertepatan dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia oleh UNESCO, atau UNESCO – Kuala Lumpur World Book Capital 2020.



Anugerah Telenovela kali ini merupakan edisi kesembilan (ATN9) dengan menghimpunkan sebanyak 46 calon karya adaptasi novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem bagitayangan dari Januari hingga Disember 2022 berentap bagi merebut lebih 40 Anugerah dalam 2 Kategori, iaitu Kategori Popular (100% Undian Online) dan Kategori Terbaik (100% Penjurianoleh Juri Profesional). Kesemua karya adaptasi yang tercalon mestilah ditayangkan di televisyen atau stesen satelit atau stesen umum (Free To Air. FTA) atau pawagam. Buat masa ini, pencalonanbagi tayangan melalui laman sosial tidak akan diterima. Pengerusi Anugerah Telenovela, (Dr) Hasan Hamzah berkata, penganjuran ini dianggap usaha berterusan dan konsisten bagi merancakkan industri penerbitan dan seni kreatif tempatan

Semua karya adaptasi novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem yang disiarkan di televisyen, platform digital dan pawagam secara automatik dinilai dan disaring. Bagi KATEGORI POPULAR, undian 100% dibuat oleh kumpulan peminat melalui laman web rasmi https://www.telenovela.my, manakala KATEGORI TERBAIK pula penilaiannya dibuat oleh kumpulan juri profesional. 

Seiring hasrat Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memperkasa usaha memacu industri kreatif tempatan menembusi pasaran global, pemenang Kategori Telenovela Terbaik Anugerah Telenovela Ke-9 berpotensi dipertandingkan pada Anugerah Telenovela Antarabangsa (International Telenovela Award) yang akan berlangsung pada penghujung tahun ini. Langkah ini seiring usaha mengangkat karya kreatif tempatan ke peringkat global dan memperkenalkan produk Malaysia di pentas dunia. 

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim atau Mat London yang juga Pengerusi Panel Penjurian Profesional ATN9 berkata, 46 karya yang dipertandingkan banyak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Penilaian paling utama adalah asas naratif atau penceritaan berpaksikan konsep yang berlandaskan kekayaan budaya, kesopanan dan amalan bangsa. Begitu juga aspek bahasa yang berhikmah dan sopan santun. 
Antara kriteria yang kita hendak 'jual' atau tampilkan ke luar negara ialah identiti bangsa Malaysia. Tentunya, karya yang dipertandingkan tidak langsung mempunyai unsur ciplak atau peniruan jalan cerita daripada karya lain. Barisan juri profesional bertanggungjawab mengadili Anugerah Telenovela Ke-9 ini mengikut piawaian antarabangsa. 




KATEGORI ANUGERAH TELENOVELA KE-9:
A. Kategori Popular (100 % Undian Online) 
1. Novel Popular2. Telenovela Popular3. Pelakon Lelaki Telenovela Popular 4. Pelakon Wanita Telenovela Popular5. Pasangan Serasi Popular Telenovela Popular
Untuk kali ini, ATN9 membawa kelainan dengan memperkenalkan beberapa konsep baru dalam pengundian "online" dengan motto "Mengundi Sambil Menderma", hadiah untuk peminat bertuah dan Shop@Telenovela untuk karyawan, artis dan penggiat seni dan kreatif tempatan dalam memasarkan produk-produk mereka. 
Melalui konsep "Mengundi Sambil Menderma", setiap nilai pengundian ini akan membolehkan pengiktirafan dan sokongan diberikan kepada karyawan, penerbit, pengarah, pengarang dan artis serta tenaga kerja yang terbabit secara langsung atau tidak langsung, dalam membawa karya agung lebih jauh lagi. Bagi peminat-peminat yang mengundi di dalam kategori popular yang dipertandingkan ini, mereka berpeluang untuk memenangi HADIAH-HADIAH BULANAN, BONANZA dan HADIAH KHAS yang ditawarkan. Pengerusi Eksekutif Intact Media Sdn Bhd, En Mohammed Rishi Md Ross, berkata sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WCKL) sehingga 4 Jun 2023 ini, pengundi-pengundi bertuah yang membuat pengundian di WTCKL akan berpeluang mendapat hadiah-hadiah harian yang disediakan sepanjang tempoh Pesta Buku ini




Selain dari hadiah Bonanza, acara kali ini akan dimeriahkan lagi dengan memperkenalkan shop@Telenovela sebagai platform e-dagang Telenovela bagi memperluaskan usaha pemasaranproduk-produk kreatif pengiat seni tempatan ke mata dunia."Ini adalah merupakan usahakonsisten dan berterusan kami dalam membantu dan menggalakkan karyawan dan anak-anakseni untuk terus berkarya dan menghargai hasil kerja keras mereka serta memberi kredit yang perlu untuk karya-karya kreatif yang berkualiti yang diterbitkan atau akan diterbitkan," katanya

Pengundian Atas Talian (Online) bagi Fasa 1 dibuka kepada peminat menerusi laman portal https://www.telenovela.my bermula dari 27 Mei 2023, bagi memberi peluang kepada para peminat tegar untuk mengundi karya-karya adaptasi “Book2Screen”, iaitu novel ke telenovela(drama bersiri), telefilem dan filem yang mereka rasakan layak untuk bergelar pemenang. Berikut merupakan tarikh undian atas talian mengikut fasa:
👉Pertama (Pencalonan Penuh 46 telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem) pada 27 Mei 2023👉Kedua (Top 20) pada Julai 2023👉Ketiga (Top 10) pada Ogos 2023👉Keempat (Top 5) padaSeptember 2023👉Grand Finale pada Oktober 2023


B. Kategori Terbaik (100 % Penjurian Oleh Juri Profesional
NOVEL
1.Novel Terbaik
2. Novelis Terbaik
3. Penerbit Novel Terbaik 




TELENOVELW (Drama Bersiri) 
1. Telenovela Terbaik
2.Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik
3. Pelakon Wanita Telenovela Terbaik
4. Pengarah Telenovela Terbaik 
5. Penulis Skrip Telenovela Terbaik
6. Sinematorgrafi Telenovela Terbaik
7. Penyunting Telenovela Terbaik





TELEFILEM
1. Telefilem Terbaik
2. Pengarah Telefilem Terbaik
3. Penulis Skrip Telefilem Terbaik
4. Pelakon Lelaki Telefilem Terbaik
5. Pelakon Wanita Telefilem Terbaik
6. Pelakon Pembantu Telefilem Terbaik



FILEM
1. Filem Terbaik2. Pengarah Filem Terbaik3. Penulis Skrip Filem Terbaik 4. Pelakon Lelaki Filem Terbaik5. Pelakon Wanita Filem Terbaik6.Pelakon Pembantu Filem Terbaik
LAGU TEMA TERBAIK 1. Lagu Tema Terbaik

C. ANUGERAH KHAS

1. Primadona Telenovela
2. Pelakon Kanak-Kanak Pilihan
3. Stesen Penyiar Telenovela Popular
4. Stesen Penyiar Telenovela Terbanyak
5. Budaya, Nilai Kemasyarakatan, Seni dan Estetika
6. Pelakon Harapan Telenovela
6. Teknikal Produksi Terbaik

D. ANUGERAH KEMUNCAK
1. Bintang Telenovela
2. Ratu Telenovela

Senarai penuh pencalonan Anugerah Telenovela Ke-9 boleh dirujuk melalui laman web rasmi Anugerah Telenovela: https://www.telenovela.my











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2023/05/majlis-sidang-media-dan-pelancaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Azan Majlis Agama Tuntut Mohon Maaf Aktivis Terjah Sidang Media

Isu Azan Majlis Agama Tuntut Mohon Maaf Aktivis Terjah Sidang Media

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 293 hits
Susan LooneMajlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyelar penyebaran video berkaitan pertikaian isu azan di sebuah surau di Tanjung Tokong Pulau Pinang Yang dipertuanya Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman menyifatkan perkara itu sebagai amat men...
Tarikh Senarai Calon Dan Undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023

Tarikh Senarai Calon Dan Undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 375 hits
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 ABPBH 35 kembali menghangatkan semula industri kreatif tempatan serta bagi mengiktiraf sumbangan kepada insan kreatif dalam pelbagai medium dan platform popular ABPBH 35 akan diadakan secara berse...
Cara Perbaharui Cukai Jalan Lkm Dan Lesen Memandu Atas Talian Jpj

Cara Perbaharui Cukai Jalan Lkm Dan Lesen Memandu Atas Talian Jpj

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 361 hits
Mulai 10 Februari 2023 pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital dan LMM Digital melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis Jadi selaras dengan ...
Majlis Pelancaran Daia Hijab All Day Freshness Dan Lisa Surihani Sebagai Duta

Majlis Pelancaran Daia Hijab All Day Freshness Dan Lisa Surihani Sebagai Duta

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 414 hits
Majlis Pelancaran Daia Hijab All Day Freshness Dan Lisa Surihani Sebagai Duta Assalamualaikum semua Wahh Cantiknya Lisa Surihani Selama ni duk tengok kat TV je tapi bila dapat tengok depan mata terus teruja Tak sia sia sis datang ke Putraja...
Undian Media Sosial Dap Tak Mampu Tarik Undi Melayu

Undian Media Sosial Dap Tak Mampu Tarik Undi Melayu

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 153 hits
UMNO kini sudah bekerjasama dengan DAP 126SharesRata rata pengguna di media sosial berpandangan DAP tidak mampu untuk menarik undi orang Melayu terhadap parti itu lapor Sinar Harian Berdasarkan undian di laman Instagram akhbar itu yang diad...
Ruu Majlis Media Dijangka Dibentang Di Parlimen Selewatnya Mac 2024 Kata Fahmi

Ruu Majlis Media Dijangka Dibentang Di Parlimen Selewatnya Mac 2024 Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 180 hits
RANG Undang Undang Majlis Media Malaysia dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat lewatnya Mac tahun hadapan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ketika ini kementeriannya sedang dalam fasa terakhir bagi menyiapkan draf...
Lagu Barunya Curi Perhatian Ini Gaya Happy Asmara Di Atas Panggung

Lagu Barunya Curi Perhatian Ini Gaya Happy Asmara Di Atas Panggung

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 126 hits
Pedangdut Happy Asmara baru saja mengeluarkan single terbarunya Ia mengeluarkan single berjudul Shopee Maszeh Lagu pedangdut ini langsung mencuri perhatian Lagu yang diunggah di akun YouTube pada Senin telah ditonton 3 1 juta views Aksi Hap...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri