Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam




Majlis resepsi di Hotel Concorde Shah Alam diadakan pada keesokannya selepas majlis pernikahan di Glamhall Damansara. Boleh klik entri majlis pernikahan di Glamhall di SINI. Untuk persediaan majlis resepsi ni, kami banyak mengadakan meeting dengan pihak hotel, pihak pelamin dan pihak wedding planner bagi memastikan kelancaran majlis. 
Yang paling saya risau ialah bab pelamin kerana kali ini kami mengambil dengan vendor luar kerana Juita mahukan pelamin yang lain dari yang disediakan oleh vendor hotel. Jadi risau juga hasilnya. Dan memang seperti dijangka, perlu pengubahsuaian dan siap sepenuh beberapa minit sebelum ketibaan tetamu. Saya memang stress dan redha jika itulah hasilnya. Tapi Alhamdulillah, dapat disiapkan. 
Kali ini abang, kakak dan adik serta anak anak saudara saya menginap di hotel yang sama. Jadi mereka telah siap dan berada di dewan sebelum saya turun lagi. Saya banyak mendapat mesej dari tetamu yang mereka mungkin lewat kerana kesesakan jalan raya yang teruk disebabkan hujan. 


Oleh kerana Maghrib agak lewat, jadi memang rushing sangat untuk solat dan bersiap. Selepas solat, baru saya pakai shawl. Ketika saya sedang bersiap, terkejut bila melihat jam dah menunjukkan hampir pukul 8.00 malam di mana ketibaan tetamu sepatutnya 7.45 malam. Tergesa gesa saya bersiap dan seperti biasa, lift pun sesak juga. 
Ketika saya sampai di pintu masuk, ramai tetamu telah berada di dalam dewan. Saya menyambut ketibaan tetamu di hadapan pintu masuk dewan. Ini adalah antara gambar gambar yang diambil dengan tetamu yang hadir.







Ini pula gambar dengan geng BFF saya, Datin Setia Nursinah, Datin Mai Zatul Akmar, Hajah Badariah dan Puan Mariam yang telah pun berada di dalam dewan tapi bila mereka nampak saya di live screen, mereka datang bertemu saya untuk bergambar. 


Alhamdulillah ada lah gambar bersama mereka. Kalau ke mana mana  majlis kawin bersama sama, memang ini lah agenda kami iaitu bergambar bersama. Dalam kesibukan, sempat juga bergambar bersama anak menantu dan cucu cucu sebagai kenangan. 

Sebaik Juita dan Faiq turun diiringi oleh Don, designer pakaian pengantin Juita, terus masuk ke bilik VIP untuk bergambar. 





Sejurus kemudian pengacara majlis, Encik Syahrudin Hanib  mengumumkan berangkatan masuk tetamu VIP ke dalam dewan. Tetamu VIP kami kali ini ialah YB Senator Dato Setia Salehuddin Saidin, YB Dato Seri Mohd Shafie Abdullah dan YBhg Encik Wan Saifulrizal Wan Ismail bersama pasangan masing masing. 



Selepas itu, baru saya dan suami berjalan masuk untuk sama sama duduk di kerusi yang disediakan untuk acara merenjis dan salam restu. 





Kemudian pengacara majlis telah mengumumkan berangkatan masuk kedua dua pengantin dengan didahului oleh cucunda kami, Nurhana Medina sebagai flower girl.




Kedua pengantin bergambar seketika untuk photographer sebelum duduk di pelamin. Dan diadakan light show sebelum majlis bermula.  




Majlis dimulakan dengan emcee menjemput Iman Surau Ad Dhuha Kota Damansara, Nik Mohd Thalhah, jiran kami yang merupakan cucunda kepada Almarhum Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bacaan doa selamat. 


Saya tetap memutuskan untuk mengadakan majlis merenjis bersama salam restu sekadar untuk mengekalkan acara tradisional zaman zaman dahulu. 



Selesai salam restu, kami beredar di bahagian kanan pelamin untuk acara ucapan dari kami sebagai host majlis pada malam tersebut. 



Selepas itu, kedua pengantin turun dari pelamin untuk makan malam bersama semua tetamu. Kami mengambil kesempatan untuk berjalan dari meja ke meja untuk bertemu dengan tetamu secara lebih dekat.  








Semasa makan malam, majlis diserikan dengan persembahan dari kumpulan Tona Producation yang memainkan violin. Kami mengambil package yang menpunyai penyanyi sekali. Saya juga memohon sahabat kami Dr Abdol Aziz Sahat untuk menyumbangkan satu lagu. 


Selesai jamuan makan, Juita dan Faiq sekali lagi naik ke pelamin untuk acara memotong kek perkahwinan. 


Selesai acara memotong kek, maka selesailah juga majlis resepsi perkahwinan Juita dan Faiq. Seperti biasa, diadakan sessi bergambar antara pengantin dengan keluarga kedua belah pihak, sahabat handai dan rakan rakan sekerja Juita dan Faiq di KWSP. 






Kami juga tidak lupa untuk bergambar kenang kenangan dengan keluarga dan sahabat handai yang datang memeriahkan majlis Juita dan Faiq. 




Dengan itu selesailah majlis resepsi sebelah keluarga kami. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun berlaku kesesakan lalu lintas. Kehadiran tetamu juga sangat baik. Kami sangat sangat menghargainya. 
Ada beberapa orang tetamu yang tidak dapat hadir di saat akhir atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun mereka bermurah hati untuk memberikan sumbangan dengan QR terus kepada akaun bank  pengantin. Terima kasih dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan kerana memudahkan urusan kami sekeluarga. 
Bila mengadakan majlis secara seated, memastikan kehadiran tetamu adalah bahagian yang paling mencabar. Ya lah kita tak mahu lah membazir kan. Kerana kalau tetamu tidak hadir, kos untuk 2 orang telah tetap dibayar. Jadi jika notis yang diberi mencukupi, kita akan cuba cari ganti untuk memenuhkan meja.

Saya bersyukur kerana sehingga kini 3 orang anakanda kami telah pun berumahtangga. Tinggal 2 orang sahaja lagi. Dengan usia yang meningkat, pastinya kita tiada kudrat untuk mengadakan majlis besar lagi yang memerlukan banyak kecergasan. Saya pun hari tu kebimbangan juga kalau kalau kaki cramp bila dah lama tak pakai kasut bertumit. Hahaha.

OK setakat ini dahulu. Sehingga kita bersua lagi untuk resepsi majlis resepi sebelah Faiq pula. Salam sayang buat semua. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/09/majlis-resepsi-perkahwinan-juita-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Pernikahan Juita Dan Faiq Di Glamhall 18 April 2025

Majlis Pernikahan Juita Dan Faiq Di Glamhall 18 April 2025

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 2319 hits
Alhamdulillah hari ini saya berkelapangan untuk menulis berkenaan majlis perkahwinan anakanda saya Nurjuita Amanda dan Mohamad Faiq di Glamhall Damansara pada 18 April 2025 Walaupun agak terlewat tapi saya tetap ingin mengabadikan majlis pe...
Filthy Kitchens Exposed 6 Shah Alam Eateries Shut Down

Filthy Kitchens Exposed 6 Shah Alam Eateries Shut Down

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 875 hits
Enforcement officers found shocking levels of unhygienic practices at several eateries in Section 13 including greasy and slippery kitchen floors food scraps left uncleaned and dry goods stored directly on the floor Pic courtesy of Shah Ala...
Gambar Kenangan Di Central I City Shah Alam Selangor

Gambar Kenangan Di Central I City Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 3024 hits
Ada Blogger Pernah Bergambar Di Depan Utama Central I City Kenangan ini ketika ke Central I City di Shah Alam Selangor Kami bertiga menginap di Metro Hotel Shah Alam Melihat gambar ini rasanya sayang jika terdelet di album photo di handpone...
Countdown Di Hotel Arena Lobak Rupanya

Countdown Di Hotel Arena Lobak Rupanya

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2020 hits
Assalamualaikum Malam Merdeka baru ni SA dan suami kan mencari event Ambang Merdeka ingatkan kat bandar Seremban ada xde rupanya so kami pusing pusing je la tu yang pi ke Laman Seni Seremban tu SA ada update kat FB tentang xde Ambang Merdek...
Hotel Premiera Kl Merdeka Warisan Hi Tea

Hotel Premiera Kl Merdeka Warisan Hi Tea

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 2064 hits
Bulan Ogos sentiasa menjadi bulan yang istimewa buat rakyat Malaysia Suasana meriah dengan kibaran Jalur Gemilang di setiap sudut kota dan semangat patriotik yang terasa di hati semua Jom kita raikan detik istimewa ini dengan cara yang lebi...
Check In The Everly Putrajaya Hotel

Check In The Everly Putrajaya Hotel

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3051 hits
Lepas balik dari Desaru Johor rehat sehari di rumah lepas tu check in The Everly Putrajaya Hotel sempena wedding anniversary pula Pilih menginap di Putrajaya sebab malam tu Encik Suami akan main badminton di Bangi Malas nak stay Bangi kita ...
Posing Di Lobby Hotel

Posing Di Lobby Hotel

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 1842 hits
Assalamualaikum Last part la ni lepas dinner tu lepas lepak dengar lagu kami posing dulu sebelum balik dan ke Benteng Seremban SA tepwk kat sini je la sebagai kenangan nanti mana la tau anak cucu nak baca ke atau dh tua tua nanti nak tengok...
Green Garden Hotel Berastagi

Green Garden Hotel Berastagi

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1401 hits
Green Garden Hotel BerastagiGreen Garden Hotel Berastagi Merupakan Bintang 4 Di Berastagi Green Garden Hotel Berastagi Menawarkan Konsep Akomodasi Hotel Bintang Lima Harga Kaki Lima Paket Wisata Danau Toba 2 Hari 1 MalamPaket Wisata Danau T...
Parapat View Hotel

Parapat View Hotel

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1484 hits
Parapat View Hotel Parapat View Hotel Merupakan Hotel Bintang 3 Di Parapat Dengan View Terbaik Parapat View Hotel Terletak Di Jl Sidaha Pinto No 7 Simalungun Girsang Sipangan Bolon Kabupaten Simalungun Sumatera Utara 21174 Paket Wisata Dana...
Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Gsf Akan Masuk Zon Kuning Risiko Dipintas Tinggi

Fam Kini Menunggu Keputusan Penghakiman Fifa Sebelum Kemuka Rayuan

Football Legend Dollah Salleh Joins Leaders In Questioning Fifa S Sanctions Against Fam

Kinabatangan Makes Its Mark As Malaysia S Latest Unesco Biosphere Reserve

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Udang Ladang Nira Nipah Napiah

Jangan Terlalu Berkira

Konsert Lagenda Nada Murni 2025

Hwc Coffee X Bape Bila Kopi Jadi Gaya Hidup Bukan Sekadar Minuman

Antara Lapar Malam Dan Menjaga Diri

Sharee Lopes Permainan Chord