Majlis Resepsi Dewan Merak Kayangan


 


Alhamdulillah saya diberikan kesempatan untuk melengkapkan majlis resepsi perkahwinan Juita di sebelah pengantin lelaki. Seminggu selepas majlis resepsi di Concorde di SINI, diadakan majlis resepsi sebelah Faiq pada 27 April 2025 di Dewan Merak Kayangan. 
Untuk majlis kali ini, Juita dan Faiq memilih pakaian songket yang ditempah khas. Majlis kali ini bertema tradisional, berbeza dengan majlis di Hotel Concorde yang berkonsep moden. 

Rombongan kami memilih pakaian tema warna biru dan belah Faiq warna hijau. 



Majlis diadakan secara seated. Sebenarnya kali pertama saya menghadiri majlis yang diadakan secara seated di siang hari. Tetamu datang tepat pada waktunya. Sebelum ini macam ragu ragu juga kalau susah untuk tetamu datang serentak untuk majlis seated. Tapi rupanya, OK jer. Lancar jer perjalanan majlis. Kalau ada kelewatan pun, mereka telah diberitahu nombor meja di kaunter pendaftaran. 
Saya segan dengan keluarga besan, kami diberi penghargaan untuk berjalan dahulu untuk masuk ke dewan seolah kami lah pulak tuan rumah. Saya menolak tapi sebab mereka insist, jadi kami turutkan sahaja. 
Faiq kehilangan ayahanda nya pada tahun 2021, jadi abang abang dan kakak nya lah yang menjadi orang kuat di majlis ini. Ucapan tuan rumah juga dibuat oleh abang sulong beliau yang pada saya ucapannya sangat ringkas dan menarik. Siap ada usikan lagi dengan ungkapan "When you marry the right woman, you are COMPLETE but when you marry the wrong woman you are FINISHED"


Pada saya, keluarga besan saya sangat baik, bukan sahaja besan, Hajah Norazlon, nenek, malahan abang, kakak dan ipar Faiq juga sangat baik dan sangat menghormati orang. Kakak kakak ipar Faiq pun mesra dengan anak anak saya. Bak kata Nana, seronok tengok life famili Faiq yang tenang dan harmoni. 



Kedua pengantin berjalan masuk dengan didahului dengan selawat dan diiringi oleh anak anak kecil sebagai flower girls. 



Satu yang suka dengan Dewan Merak dan Dewan Perdana ialah kerana pelamin dibina atas permanent stage yang besar dan luas. Jadi memang nampak tersergam pelaminnya. Pelamin ini telah di upgrade dari pelamin basic yang disediakan dalam pakej Dewan Merak Kayangan.  



Saya dan suami dijemput merenjis bersama ibu dan nenek Faiq. Selepas itu, kami bergambar bersama pengantin di atas pelamin sebelum dimulakan jamuan makan. 





Rombongan kami terdiri dari 3 meja di mana satu meja untuk kami dan geng BFF, satu lagi untuk anak anak dan cucu kami dan satu lagi famili Kelantan yang sentiasa menyokong saya. 






Selesai makan, dimulakan sessi bergambar bersama keluarga dan sahabat handai bersama pengantin. Kiranya dalam gambar di bawah adalah full quorum keluarga kami yang terkini. 





Dengan ini, maka berakhirlah majlis perkahwinan Juita dan Faiq yang bermula dari majlis pertunangan pada Oktober 2024 sehingga lah selesai majlis di Dewan Merak Kayangan. Alhamdulillah dan doakan mereka dapat merancang kehidupan berumahtangga mengikut ajaran Islam. Aamiin. 





Saya juga gembira mendengar yang Juita dan Faiq telah pun membuat pelaburan dengan pembelian sebuah rumah sebagai langkah memulakan hidup berkeluarga. Faiq juga sangat mengambil berat dan sentiasa update saya perkembangan di tanah air yang dirasakan saya perlu tahu. 
Saya sangat berharap agar Faiq dapat menjaga Juita dengan sebaiknya. Seorang suami “provider” yang melayan isteri dengan baik, akan sentiasa dimurahkan rezeki.  





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/09/majlis-resepsi-dewan-merak-kayangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 3826 hits
Majlis resepsi di Hotel Concorde Shah Alam diadakan pada keesokannya selepas majlis pernikahan di Glamhall Damansara Boleh klik entri majlis pernikahan di Glamhall di Untuk persediaan majlis resepsi ni kami banyak mengadakan meeting dengan ...
Sepatutnya Kerja Majlis Menangkap Nk Bukan Kerja Sambilan Sahaj Operasi Paling Lekeh 1 Bulan Sekali

Sepatutnya Kerja Majlis Menangkap Nk Bukan Kerja Sambilan Sahaj Operasi Paling Lekeh 1 Bulan Sekali

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 1705 hits
Penang PressRisau Cakap Salah Tak Pun Cakap Nanti Seorang kanak kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas diserang dan digigit seekor anjing ketika bermain basikal di jalan berhampiran rumahnya di sebuah taman perumahan Rakaman berdura...
Sultan Pahang Berkenan Menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Perkampungan Ihsan Al Sultan Abdullah Di Pekan

Sultan Pahang Berkenan Menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Perkampungan Ihsan Al Sultan Abdullah Di Pekan

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3179 hits
PEKAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Perkampungan Ihsan Al Sultan Abdullah di sini hari ini Keberangkatan tiba Al Sultan Abdullah pada 9 55 pagi disam...
Lee Kwangsoo Tak Dijemput Ke Majlis Perkahwinan Kim Jongkook Tapi Kenapa Gaduh Ke

Lee Kwangsoo Tak Dijemput Ke Majlis Perkahwinan Kim Jongkook Tapi Kenapa Gaduh Ke

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 3793 hits
Pada 5 September 2025 penyanyi Kim Jong kook telah melangsungkan majlis perkahwinan bersama wanita bukan selebriti Majlis tersebut diadakan secara sederhana dengan jemputan terhad hanya kepada rakan rakan rapat termasuk ahli 8216 Running Ma...
Peminat Anjur Majlis Kesyukuran Secara Online Bagi Menyambut Pernikahan Fattah Amin Amp Amira Othman

Peminat Anjur Majlis Kesyukuran Secara Online Bagi Menyambut Pernikahan Fattah Amin Amp Amira Othman

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 7664 hits
Menjelang majlis pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman yang bakal berlangsung esok sekumpulan peminat pasangan selebriti itu tampil menganjurkan majlis kesyukuran sebagai tanda sokongan lapor Oh Bulan Menerusi perkongsian di Instagram mil...
Kim Jong Kook Kahwin Hari Ini Majlis Diadakan Secara Tertutup

Kim Jong Kook Kahwin Hari Ini Majlis Diadakan Secara Tertutup

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 1674 hits
Kim Jong Kook Berkahwin Hari Ini Majlis Diadakan Secara Tertutup Penyanyi dan pengacara Korea Selatan Kim Jong Kook telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya pada hari ini dalam satu majlis tertutup di Seoul Memetik laporan The Cho...
Amerika Syarikat Penerima Terbesar Bantuan Antarabangsa

Nak Masuk Uss Guna Express Lane Ini Cara Mudah Dan Seronok Dapat Reward Nikmati Keistimewaan Macam Vip

Celebrate A Grand Festive Season At Grand Millennium Kuala Lumpur

Kedah Jumpa Pistol Belakang Pejabat Pemilik Kilang Ditahan

Key Benefits Of A Dedicated Ai Button On Your Phone

Resepi Roti Sardin Gulung Super Sedap Yang Orang Lain Tak Tahu

Janji Tere Liye

Order In The House Pn Mp Criticises Deputy Speaker Over Parliament Rules


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025

Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Dan Kesan Pada Pengguna

Panduan Asas Peralatan Menggali Emas Untuk Pemula Dari A Hingga Z

Profil Bahlil Lahadalia Dari Pengusaha Muda Ke Puncak Partai Golkar

Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Ritual Pagi Yang Bantu Pekerja Remote Lebih Fokus