Majlis Profesor Negara Anggap Amalan Demokrasi Berparlimen Telah Tumbang Apabila Parlimen Digantung





Bahawa pucuk kepimpinan Majlis Profesor Negara (MPN) telah mengadakan perbincangan berkaitan dengan Pengisytiharan Proklamasi Darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada selasa, 12 Januari 2021 yang lalu. Proklamasi ini akan berkuat kuasa sehingga 1 Ogos 2021. 

 

Seperti diumumkan oleh pihak media massa, proklamasi ini diperkenannya oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (1) Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan, ekoran sembah nasihat dan penjelasan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Perdana Menteri, mengenai penularan wabak COVID-19. Sembah nasihat YAB Perdana Menteri telah turut disertai oleh sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh.

 

MPN memahami dan menjunjung kasih atas perkenan Al-Sultan Abdullah mengambil kira keselamatan diri rakyat dan kepentingan negara berdasarkan statistik semasa COVID-19, dan juga pandangan Raja-Raja Melayu, sebelum memberikan perkenan kepada permohonan mengisytiharkan Proklamasi Darurat tersebut.

 

Walaupun begitu, MPN memohon merafak sembah memaklumkan bahawa Proklamasi Darurat 2021 ini adalah tidak sesuai diisytiharkan ketika ekonomi Negara berada pada tahap penguncupan yang sangat membimbangkan, bukan saja akibat daripada penularan wabak COVID-19, tetapi juga ekoran kehilangan keyakinan para usahawan tempatan dan para pelabur antarabangsa terhadap iklim ekonomi serta kestabilan politik dan sistem pemerintahan Malaysia.

 

Pihak MPN berpandangan bahawa apabila Proklamasi Darurat diisytiharkan dan operasi institusi Parlimen digantung maka  secara otomatik sistem pemerintahan Malaysia yang berteraskan amalan demokrasi berpilihan raya dan berparlimen telah tumbang serta merta, menyebabkan Kabinet Kerajaan tidak lagi boleh berfungsi secara sah seperti biasa. Ini ialah kerana Kabinet Kerajaan yang demokratik hanya boleh wujud dan bergerak secara sah ketika Parlimen boleh bersidang dan beroperasi secara sah, dan tidak digantung oleh Proklamasi Darurat. Pada hakikatnya, Proklamasi Darurat adalah pemaksaan kuasa pemerintahan secara totalitarian dan bercirikan tirani yang sangat merbahaya. Dunia sedang dan akan terus memerhatikan tingkah laku pemerintahan Malaysia dengan teliti dan curiga.

 

Apabila Proklamasi Darurat diisytihar dan dikuatkuasakan dengan menggantung fungsi Parlimen, tetapi membenarkan Kabinat Kerajaan terus beroprrasi seperti biasa, maka ini adalah satu paradoks dan anomali yang bercanggah dengan prinsip demokrasi, punca kuasa dan kuatkuasa yang terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan.  Dengan itu, satu krisis Perlembagaan yang serius telah pun tercetus. Krisis ini akan menjadi lebih parah lagi jika Perdana Menteri yang sedia ada, yang ternyata telah kehilangan sokongan majoroti dalam Parlimen, dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bebas Darurat 2021 kelak. Ini menjadikan orang yang sama, ia itu orang yang tidak mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen, masih memimpin Kabinet yang sepatutnya sudah terbubar, dan mempengerusikan satu “Kabinet Darurat” berlandfaskan Proklamasi Darurat tersebut.

 

Kewenangan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Proklamasi Darurat 2021 ini diperkenankan juga boleh dipersoalkan keabsahannya. Ini  kerana ketika YAB Tan Sri Muhyiddin mengadap Yang di-Pertuan Agong, beliau telah pun tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dalam Parlimen. Ini melahirkan suasana di mana sebuah kerajaan yang tidak sah dan telah kehilangan sokongan, kini sedang menggunakan kuasa pemerintahan darurat yang diproklamasikan secara tidak sah. Ini bermakna, Malaysia tidak lagi mempunyai sistem pemerintahan yang menghormati kedaulatan undang-undang secara jujur dan sah.

 

Penularan wabak COVID-19 memang dapat ditangani menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988). Akta ini boleh dipinda bagi tujuan menangani penularan wabak COVID-19 ini dengan lebih berkesan. Oleh itu, Pengisytiharan Proklamasi Darurat 2021 ini sesungguhnya tidak perlu persembahkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

 

MPN merafak sembah memohon Yang di-Pertuan Agung perkenan menerima beberapa orang wakil MPN untuk datang mengadap dan mempersembahkan pandangan para ilmuwan daripada sudut perlembagaan dan perundang-undangan, ekonomi dan perdagangan, politik, demokrasi dan sistem pemerintahan, pendidikan dan pengajian tinggi, dan prinsip maqasyid syariah, dengan tujuan membantu proses pemulihan kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.

 

*MAJLIS PROFESOR NEGARA (MPN)*

 

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2021/01/majlis-profesor-negara-anggap-amalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Mana Laksana Darurat Serta Gantung Sidang Parlimen Najib Tanya Tengku Zafrul

Negara Mana Laksana Darurat Serta Gantung Sidang Parlimen Najib Tanya Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 241 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan Menteri Kewangan Datuk Tengku Zafrul Aziz supaya bersikap jujur susulan kenyataannya yang perisytiharan darurat mampu membantu memulihkan ekonomi negara Beliau dala...
Parlimen Digantung Tiada Pru Semasa Darurat

Parlimen Digantung Tiada Pru Semasa Darurat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 215 hits
Parlimen tidak akan bersidang dan tiada pilih raya umum akan diadakan semasa tempoh darurat kata perdana menteri Bagaimanapun badan kehakiman akan terus berfungsi seperti biasa Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu dalam pengumuman khasn...
Benarkah Parlimen Digantung Adakah Muhyiddin Permainkan Istana

Benarkah Parlimen Digantung Adakah Muhyiddin Permainkan Istana

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 153 hits
Shahbudin Hussein Kalau kita lihat kenyataan media Istana Negara berkaitan darurat ini Agong hanya memperkenankan perlaksanaan perintah tersebut untuk menangani Covid19 semata mata Tidak ada disebut sama sekali tentang Parlimen digantung da...
Pm Jamin Darurat Bukan Rampasan Kuasa Tapi Parlimen Dun Digantung

Pm Jamin Darurat Bukan Rampasan Kuasa Tapi Parlimen Dun Digantung

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 258 hits
freemalaysiatoday com January 12 2021 11 24 AMPETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin beri jaminan pengisytiharan darurat bukanlah satu bentuk rampasan kuasa namun sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung sehingga tempoh k...
Sejarah Majlis Keselamatan Negara

Sejarah Majlis Keselamatan Negara

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 379 hits
SejarahInsiden 13 Mei 1969 telah membawa kepada pengisytiharan Darurat oleh DYMM YDP Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Pengisytiharan tersebut telah memberi kuasa kepada Majlis Gerakan Negara yang telah di...
Adakah Demokrasi Berparlimen Penyebab Peningkatan Wabak Covid 19

Adakah Demokrasi Berparlimen Penyebab Peningkatan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 172 hits
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Angkatan Belia Islam Malaysia Pertubuhan Ikram Malaysia Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor dan Gabungan Bertindak Malaysia terkejut dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin...
Darurat Dan Parlimen Digantung Tidak Menghalang Perlantikan Pm Baru

Darurat Dan Parlimen Digantung Tidak Menghalang Perlantikan Pm Baru

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 204 hits
Sementara kita menjunjung kasih kepada Yang Dipertuan Agong atas perintah darurat yang diperkenankan baginda untuk dilaksanakan sejak semalam harus juga difahami ia dikuatkuasakan setelah mendapat nasihat daripada Muhyiddin Yassin selaku Pe...
Umno Cuba Tumbangkan Tapi Tak Tumbang

Umno Cuba Tumbangkan Tapi Tak Tumbang

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 361 hits
POLITIK TERKINISEKARANG FIKIRAN RAKYAT TERTUMPU KEPADA NASIB KERAJAAN PN TUMPUAN DIBERIKAN KEPADA UMNO APA LAGI YANG AKAN DILAKUKAN OLEH UMNO KEPADA KERAJAAN PN SEKALIPUN UMNO BERADA DI DALAM KERAJAAN PN RATA RATA RAKYAT MEMBUAT PENUMPUAN K...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Fishing As A Stress Reliever

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco