Adakah Demokrasi Berparlimen Penyebab Peningkatan Wabak Covid 19




Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) terkejut dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa beliau telah menasihati Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk mengisytiharkan darurat bagi seluruh negara bagi membendung lonjakan kes Covid-19 di negara ini. 


Kami sangat bimbang kesan perisytiharan darurat ini terhadap usaha memulihkan situasi ekonomi kita yang semakin parah.


Muhyiddin menyatakan bahawa ianya bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera dan perintah berkurung tidak akan dilaksanakan di mana aktiviti ekonomi akan beroperasi seperti biasa. 


Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sekatan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diumumkan semalam masih terpakai. 


Beliau juga menyatakan bahawa tujuan utama darurat adalah untuk membendung wabak Covid-19 yang telah mengalami peningkatan kes secara mendadak selama beberapa bulan yang lalu.


Namun kesan utama darurat ini adalah tergantungnya sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta semua bentuk pilihan raya sehingga keadaan Covid-19 terkawal atau pulih. 


Sebuah Jawatankuasa Khas Bebas akan ditubuhkan untuk memberi nasihat kepada YDPA mengenai penamatan atau penerusan darurat. 


Meskipun telah dinyatakan bahawa tempoh darurat adalah sehingga 1 Ogos 2021 namun tempoh darurat boleh ditamatkan lebih awal jika keadaan semakin baik atau dapat dilanjutkan jika perlu.


Kami mempersoalkan keperluan penggantungan Parlimen dan pilihan raya apabila semua aktiviti yang lain berfungsi seperti biasa di bawah syarat darurat ini. 


Kami berpandangan bahawa pilihan raya yang wajib seperti Pilihan Raya Umum, pilihan raya negeri yang dijadualkan setelah penggal penuh atau pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan perlu dijalankan. 


Pilihan raya ini boleh dan perlu diadakan dengan SOP yang ketat serta pelaksanaan penggunaan kaedah pengundian jarak jauh ataupun secara digital untuk mengurangkan risiko jangkitan. 


Walau bagaimanapun, seruan pelaksanaan pilihan raya tidak wajib atau pilihan raya separuh penggal harus dielakkan memandangkan wabak ini masih melanda.


Kehilangan majoriti kerajaan tidak bermaksud secara automatik akan mencetuskan pilihan raya kerana perkara tersebut merupakan budi bicara YDPA atau Yang di-Pertua Negeri sama ada perlu mengadakan pilihan raya atau membenarkan wakil rakyat yang lain untuk membentuk kerajaan. 


Kebijaksanaan seperti itu harus dilaksanakan oleh YDPA dan tidak ada ahli politik yang boleh merampas budi bicara ini dari Seri Paduka Baginda.


Selain itu, pilihan raya wajib dapat dijalankan dengan selamat seperti yang telah ditunjukkan oleh banyak negara dan YDPA mempunyai budi bicara untuk tidak membubarkan Parlimen pada separuh penggal. 


Hal ini menjadikan penangguhan pilihan raya dengan perisytiharkan darurat adalah tidak wajar sama sekali. 


Sekiranya ini benar-benar untuk mengelakkan pilihan raya, maka kuasa YDPA untuk menolak permintaan pembubaran daripada Perdana Menteri telah tergugur.


Tambahan pula, undang-undang tidak menetapkan kerajaan minoriti tidak boleh terus berfungsi. 


Kerajaan sentiasa boleh memeterai Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dengan pembangkang agar dapat meneruskan pentadbiran sehingga Pilihan Raya Umum akan datang. 


Penyusunan multi-partisan seperti itu akan menjadi teladan baik bagi politik di negara ini selain daripada keputusan belanjawan, parlimen dan reformasi politik lain boleh dipersetujui.


Justeru, berkemungkinan alasan sebenar untuk pengisytiharan darurat ini adalah bagi menangguhkan demokrasi berparlimen dan menafikan pemantauan Parlimen terhadap kerajaan, ataupun merupakan usaha untuk mengelakkan kejatuhan pemerintahan Muhyiddin disebabkan oleh perpecahan yang sedang berlaku di dalam Perikatan Nasional (PN) apabila UMNO sedang mengugut untuk menarik diri dari gabungan tersebut.  


Sekiranya ini adalah alasannya, perisytiharan darurat bukan sahaja berlebihan tetapi merupakan penyalahgunaan kuasa Eksekutif yang meletakkan negara ini dalam kancah bahaya di tengah-tengah krisis kesihatan dan ekonomi terburuk yang pernah dihadapi negara ini.


Kami juga ingin mempersoalkan kemampuan pentadbiran Muhyiddin dalam menangani pandemik dan krisis ekonomi ketika keabsahan mereka sebagai kerajaan pemerintah sedang dicabar hampir setiap hari, tidak hanya dari pihak pembangkang malah dari parti komponen kerajaan itu sendiri. 


Setakat ini mereka telah menunjukkan ketidakmampuan untuk menguruskan keadaan Covid-19 berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini.


Kami menyeru semua parti politik untuk mengutamakan kepentingan nasional pada saat kritikal ini dan mengetepikan segala komplot politik untuk merampas kuasa. 


Semua usaha harus dilakukan untuk memerangi Covid-19, memulihkan ekonomi dan melakukan reformasi politik yang utama bagi mengembalikan kestabilan yang mapan dan meratakan padang permainan kepada semua pihak.


Dikeluarkan oleh:
BERSIH 2.0, ABIM, IKRAM, KLSCAH dan GBM.
12 Januari 2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/adakah-demokrasi-berparlimen-penyebab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pertimbang Sekatan Lebih Ketat Seperti Pkp Untuk Atasi Peningkatan Kes Covid 19

Kerajaan Pertimbang Sekatan Lebih Ketat Seperti Pkp Untuk Atasi Peningkatan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 290 hits
Astro AwaniJelas sumber pakar kesihatan percaya sekatan itu boleh mengurangkan kadar kes harian sehingga 80 peratus Gambar fail KUALA LUMPUR Pihak berkuasa sedang mempertimbangkan langkah sekatan yang lebih tegas seperti dilaksanakan pada p...
Pesakit Wabak Covid 19 Telah Lari Dari Hospital Tampin

Pesakit Wabak Covid 19 Telah Lari Dari Hospital Tampin

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 408 hits
Polis kini sedang giat mengesan seorang pesakit Covid 19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin pada 30 Disember 2020 Pesakit berkenaan M Gunasegaran 33 dipercayai melarikan diri daripada hospital tersebut melalui tangga belakang wad yang...
Majlis Profesor Negara Anggap Amalan Demokrasi Berparlimen Telah Tumbang Apabila Parlimen Digantung

Majlis Profesor Negara Anggap Amalan Demokrasi Berparlimen Telah Tumbang Apabila Parlimen Digantung

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 206 hits
Bahawa pucuk kepimpinan Majlis Profesor Negara telah mengadakan perbincangan berkaitan dengan Pengisytiharan Proklamasi Darurat yang diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada selasa...
Mengapa Perlu Gantung Parlimen Adakah Covid Merebak Waktu Persidangan

Mengapa Perlu Gantung Parlimen Adakah Covid Merebak Waktu Persidangan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 181 hits
Perisytiharan darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan menggantung persidangan Parlimen menimbulkan tanda tanya ketika badan perundangan seperti mahkamah dan eksekutif dibenarkan bergerak seperti biasa Ahli Dewan Negeri Selangor...
Punca Peningkatan Kes Covid 19 Tahun 2021

Punca Peningkatan Kes Covid 19 Tahun 2021

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 348 hits
Tahun baru 2021 baru hendak berputik dan semua telah menanam resolusi atau azam tahun 2021 Namun tak sampai 2 minggu kita dikejutkan dengan kadar kes Covid 19 mencecah 3000 kes Inilah hadiah tahun baru 2021 kepada rakyat Malaysia Rentetan C...
Putrajaya Mulling Tighter Sops To Curb Covid 19

Putrajaya Mulling Tighter Sops To Curb Covid 19

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 284 hits
Ismail Sabri says government studying the actions needed to control the spread of Covid 19 KUALA LUMPUR Senior Minister for Security Ismail Sabri Yaakob says Putrajaya is mulling tighter SOPs to curb the spread of Covid 19 This comes after ...
Situasi Terkini Pandemik Covid 19 Di Negeri Terengganu

Situasi Terkini Pandemik Covid 19 Di Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 465 hits
Pada 21 November 2020 Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah merekodkan pertambahan dua kes sembuh dan tiada kes baru Covid 19 menjadikan terdapat sembilan kes Covid 19 aktif di Negeri Terengganu dengan jumlah keseluruhan kekal sebanyak ...
Hiburan Semoga Awak Sentiasa Kuat Teman Lelaki Sharifah Sakinah Disahkan Positif Covid 19

Hiburan Semoga Awak Sentiasa Kuat Teman Lelaki Sharifah Sakinah Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 395 hits
Pelakon Sharifah Sakinah baru baru ini berkongsi kisah sedih di mana teman lelakinya Michael Hansen telah dilaporkan menghidap COVID 19 Sumber Instagram Michael Hansen Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al Kh...
Two Babies Among Covid 19 Cases In Sarawak

Two Babies Among Covid 19 Cases In Sarawak

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 260 hits
KUCHING Two babies aged four months and a year are among the latest Covid 19 cases detected in Sarawak bringing the cumulative number of cases in the state to 1 196 The Sarawak state disaster management committee said in a statement that th...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa