Sejarah Majlis Keselamatan Negara


SejarahInsiden 13 Mei 1969 telah membawa kepada pengisytiharan Darurat oleh DYMM YDP Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Pengisytiharan tersebut telah memberi kuasa kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang telah ditubuhkan untuk membantu YAB Perdana Menteri merangkap Pengarah Gerakan Negara bagi mengukuhkan keselamatan awam, pertahanan negara dan memelihara ketenteraman awam, bekalan-bekalan dan perkhidmatan-perkhidmatan penting negara dalam usaha memulihkan negara kepada keadaan aman dan harmoni.
 
MAGERAN telah dibubarkan pada tahun 1971. Walau bagaimanapun, ancaman pengganas komunis yang masih berterusan dan bagi mengelakkan berulangnya insiden perselisihan kaum pada masa hadapan, Jemaah Menteri yang bersidang pada 23 Februari 1971 telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara rasminya pada 7 Julai 1971. Jemaah Menteri dalam mesyuarat Bil. 83/750/71 pada 31 Julai 1971 telah menghuraikan peranan MKN seperti berikut:
“Since the future racial peace in this country depends on how well the government handles the sensitive issues, it is suggested that the NSC shall be the body to look into the matter”.
Oleh yang demikian, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan secara langsung di seluruh negara di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. MKN juga menjadi badan bertanggungjawab membantu Majlis Tindakan Negara (MTN) dalam perkara-perkara berkaitan keselamatan.
Sejak penubuhannya, sebanyak 21 Arahan MKN telah dikeluarkan bagi menangani pelbagai ancaman-ancaman keselamatan semasa seperti kebanjiran pelarian Vietnam dan pendatang asing tanpa izin, kerjasama dua hala keselamatan dan pembangunan sempadan, penyeludupan, kawalan keganasan, ketenteraman awam serta pengurusan krisis dan bencana.
MKN adalah sebuah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkaitan keselamatan sejak penubuhannya pada 1971. Punca kuasa kepada MKN adalah Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 yang menjelaskan pembentukan dan tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara. Pada asasnya, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar yang berkaitan untuk keselamatan negara dan arah tuju hal-hal keselamatan. Struktur dan mekanisme keselamatan ini juga diguna pakai di peringkat negeri, daerah dan kampung.
Pada 11 Mac 1982, Arahan MKN No 12: Pemerintahan dan Kawalan Perkara-Perkara Keselamatan dikeluarkan bagi menggantikan Arahan No.9 dan Arahan MKN No 1: Mengenai Penubuhan Majlis Keselamatan Negara. Arahan MKN No. 12 ini adalah Arahan induk terpakai sehingga sekarang dengan disokong oleh beberapa arahan lain bergantung kepada keperluan semasa.
Pelbagai jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membantu MKN dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya. Jawatankuasa-jawatankuasa ini meliputi semua aspek keselamatan negara. Sebagai contoh, jawatankuasa keselamatan dan pembangunan untuk sempadan Malaysia-Thailand (KESBAN). Matlamat jangka panjang KESBAN adalah bagi melindungi keselamatan dan mengekalkan kestabilan sosio-ekonomi dalam kawasan sempadan Malaysia dan Thailand. Jawatankuasa-jawatankuasa lain adalah Jawatankuasa Perisikan Negara, Jawatankuasa Perancang Gerakan, Jawatankuasa Geraksaraf dan Perangsaraf, Jawatankuasa Kawalan Ketenteraman Awam, Jawatankuasa Am Sempadan (Malaysia-Thailand dan Malaysia-Indonesia) dan Jawatankuasa Kawalan Keganasan.
Tanggungjawab terhadap jawatankuasa-jawatankuasa ini dijalankan oleh sepuluh bahagian yang ditubuhkan di bawah MKN. MKN diketuai oleh Setiausaha dan dibantu oleh Timbalan Setiausaha. Struktur pengurusan atasan ini disokong oleh Penasihat Undang-Undang, Juruaudit Dalaman dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian. Satu lagi unit khas MKN adalah Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk Sabah dan Labuan (PPKP S/L) yang ditubuhkan khusus bagi pengurusan pendatang asing tanpa izin di sana. Bagi memastikan keselamatan negara adalah dikendalikan secara holistik, setiap negeri di Malaysia mempunyai Majlis Keselamatan Negara peringkat negeri yang diketuai oleh Setiausaha Keselamatan Negeri dan Setiausaha Keselamatan Daerah (SKD) bagi daerah-daerahnya. Mekanisme ini akan menyediakan MKN dengan kapasiti yang efektif bagi menangani apa jua isu berkaitan keselamatan daripada peringkat akar umbi.
Terdapat 21 arahan dikeluarkan oleh MKN sejak tahun 1971. Arahan yang kerap digunakan adalah Arahan MKN No. 20 yang menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan dan bantuan bencana negara. Arahan ini digubal berikutan beberapa peristiwa bencana termasuk tragedi Highland Towers pada Mei 1994.
Antara arahan MKN yang terbaru adalah Arahan MKN No. 21 yang menggariskan mekanisme pengurusan ancaman ketenteraman awam. Ancaman-ancaman ketenteraman awam boleh menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih berbahaya dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara. Dalam arahan ini, ancaman ketenteraman awam adalah ditakrifkan sebagai insiden atau rusuhan-rusuhan sama ada dirancang atau dengan spontan yang dicetuskan oleh kumpulan agama, politik, perkauman, ekonomi atau sosial.
Arahan MKN yang baru akan dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi menghadapi ancaman dan cabaran keselamatan pada masa kini dan mendatang seperti ancaman non-traditional antaranya hak asasi manusia, pemanasan global, ancaman ekonomi dan jenayah rentas sempadan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://security2523.blogspot.com/2021/01/sejarah-majlis-keselamatan-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Profesor Negara Anggap Amalan Demokrasi Berparlimen Telah Tumbang Apabila Parlimen Digantung

Majlis Profesor Negara Anggap Amalan Demokrasi Berparlimen Telah Tumbang Apabila Parlimen Digantung

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 219 hits
Bahawa pucuk kepimpinan Majlis Profesor Negara telah mengadakan perbincangan berkaitan dengan Pengisytiharan Proklamasi Darurat yang diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada selasa...
Malaysia Negara Miskin

Malaysia Negara Miskin

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 312 hits
Faezuddin PuadKerajaan PN beritahu rakyat negara ini dijangka akan terima vaksin pada Februari 2021 https berita rtm gov my index php nasional 24573 rakyat malaysia mula terima vaksin covid 19 februari iniWHO pula beritahu negara miskin dij...
Enjoy Jalan Jalan Di Zoo Negara

Enjoy Jalan Jalan Di Zoo Negara

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 891 hits
Ni kali kedua aku datang ke Zoo Negara Dah lama tak datang rasa seronok dan excited untuk masuk sekali lagi Compare dengan first time yang aku masuk dulu ada lah jugak sikit perubahan yang aku dapat tengok Kebanyakannya sama saja Zoo Negara...
Menko Airlangga Warga Negara Asing Dilarang Masuk Indonesia Hingga 28 Januari 2021

Menko Airlangga Warga Negara Asing Dilarang Masuk Indonesia Hingga 28 Januari 2021

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 273 hits
Ketua Komite Penanganan Covid 19 dan Pemulihan Ekonomi Nasional itu juga menegaskan soal pemberlakuan pembatasan kegiatan masyarakat mulai 11 hingga 25 Januari 2021
Pergerakan Rentas Negeri Seluruh Negara Tidak Dibenarkan Pm

Pergerakan Rentas Negeri Seluruh Negara Tidak Dibenarkan Pm

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 261 hits
142 total views 142 views today Susulan peningkatan COVID 19 kepada angka empat digit kerajaan memutuskan untuk melarang aktiviti rentas negeri di seluruh negara Malah pergerakan rentas daerah juga adalah dilarang sama sekali bagi negeri ya...
Rentas Negeri Tidak Lagi Dibenarkan Di Seluruh Negara

Rentas Negeri Tidak Lagi Dibenarkan Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 223 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara bermula Rabu ini Beliau berkata bagi kawasan perintah kawalan pergerakan pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan Susul...
Akibat Lambat Vaksin Dan Dikategori Negara Miskin Pelabur Lari

Akibat Lambat Vaksin Dan Dikategori Negara Miskin Pelabur Lari

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 251 hits
FAEZUDDIN PUADKes positif Covid 19 cecah 3000 sehari Dapat vaksin lambat Pelabur pelabur dah mula lari ke negara jiran Kadar pengangguran tinggi Parti parti kerajaan bergaduh sama sendiri Tak laksanakan pindaan RUU355 Menteri dan timbalan m...
Berita Video Rentasan 801 Tindakan Pn Menjarah Aset Aset Negara Dalam Hanya Setah

Berita Video Rentasan 801 Tindakan Pn Menjarah Aset Aset Negara Dalam Hanya Setah

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 269 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8011 MB KELANTAN NAFI BANJIR DISEBABKAN PEMBALAKAN 2 BERHENTI BERBALAH SEBELUM MEMBAWA CELAKA 3 PN TERUS MENJARAH ASET NEGARA LEBAI PAS MEMBISU
Rewards Travel Now Too Many Points Not Enough Seats

Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Lepak Petang Di Marine Beach Cafe

5 Resepi Ayam Perap Sedap

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter

Hiburan Bau Badan Boleh Jejaskan Mood Ini Solusinya

Str Rayuan Diterima Apa Yang Perlu Anda Lakukan Seterusnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Colours Of Life Selamat Menyambut Kedatangan Ramadan 1446h

Ismail Sabri Disiasat Sprm

Easy Tiger Practical Fishkeeping

Jambatan Tun Teja

Penderaan Tanda Runtuh Nilai Moral

Nasi Goreng Pedas