Majlis Perkahwinan Vs Kenduri Kesyukuran
Assalamualaikum..
Sejak negara kita bebas dari PKP ramai yang sudah mula membuat kenduri. Kalau dulu nak buat kenduri dan panggil orang datang ke rumah memang tidak dibenarkan. Tapi sekarang rakyat Malaysia susah bebas untuk melakukan aktiviti sebelum zaman Covid19 dulu tapi jangan yakin sangat yang Covid19 ni dah tiada dari bumi Malaysia ini. Ia masih ada dan perlu ada langkah pencegahan dalam setiap individu.
Berbalik kepada tajuk diatas, kalau kat Kelantan kedua-dua tu membawa maksud yang berbeza. Majlis perkahwinan lebih sinonim orang membawa hadiah atau menghulurkan duit ketika bersalam. Manakala kenduri kesyukuran pula lebih kepada orang pergi makan sahaja atau bawa barang dapur seperti gula, susu, biskut dan sebagainya.
Kebanyak kalau kat kampung Cik Nor banyak buat kenduri kesyukuran untuk majlis perkahwinan. Ini maknanya kita boleh pergi berlenggang atau bawa barang dapur seperti yang Cik Nor nyatakan di aatas. Kalau Cik Nor wakilkan emak untuk pergi kenduri macam ni, Cik Nor tak suka berlenggang kanngkung. Cik Nor akan pastikan bawa gula, susu dan sebagainya ke tempat kenduri bagi memberi penghargaan kepada tuan rumah memberi jamuan makan kepada kita.
Bagi Cik Nor membawa barang-barang dapur seperti ini bagus untuk meringankan beban tuan rumah dari memberi hadiah. Ini kerana hadiah yang kita bawa kadang-kadang dah ada dirumah tuan rumah. Kalau bawa barang-barang dapur ni mereka boleh guna sebagai keperluan mereka memandang harga barang dapur sekarang meningkat berganda-ganda.
Hadiah bukan keperluan dalam hidup kita, orang tak bagi pun tak apa sebab yang tu kita boleh beli bila ada duit lebih. Tapi keperluan kena juga beli walaupun harganya mahal berganda. Korang yang luar Kelantan tak perlu pelik bila datang kenduri di Kelantan orang bawak barang-barang dapur ke majlis perkahwinan.
Itu lah sebab kenapa kenduri di Kelantan ada 2 jenis. Kalau majlis perkahwinan kena bawa duit atau hadiah, manakala kalau kenduri kesyukuran pergi makan sahaja atau bawa barang-barang dapur. Uniknya majlis perkahwinan di Kelantan.
Baca juga : Kad Jemputan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2022/09/majlis-perkahwinan-vs-kenduri-kesyukuran.html