Majlis Pengumuman Calon Pn Dan Bn Pas Tiada Jemputan


PRN SABAH | Di sebalik kerjasama dan hubungan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), PAS dan BN tidak dijemput semasa majlis pengumuman calon gabungan tersebut pagi tadi.
“Kita tak dijemput,” jawab Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling
Bagaimanapun, menurutnya, PAS akan menunggu pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sendiri dalam acara yang menurutnya akan berlangsung esok pagi.
Kata Mohd Aminuddin, dia sendiri sebenarnya tertunggu-tunggu pengumuman Muhyiddin esok dan wakil pimpinan PAS Pusat juga turut bersama.
Pun begitu katanya PAS akan berlapang dada dan menerima apa saja keputusan diambil dengan hati terbuka.
“Itulah (pengumuman esok) yang sahihnya, itulah berita yang tepatnya. Kalau dia (Muhyiddin) kata PAS tak bertanding, tak bertandinglah.
“Kalau dia kata bertanding sekian-sekian kerusi… 10 kerusi, maka PAS (akan) bertanding 10 kerusi,” tambahnya lagi.
 
 
Petang tadi, PN melalui Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Mohd Noor, mengumumkan calon mereka untuk bertanding di 29 kerusi namun susunan yang dibuat itu menyaksikan berlaku pertembungan dengan BN di sekurang-kurangnya tiga kerusi.
Jemputan melalui WhatsApp
Umno pula mengumumkan akan bertanding di 31 kerusi pada majlis yang menyaksikan Bersatu menarik diri dari majlis itu pada saat-saat akhir.
Ia berlaku ketika PN dan BN dilihat bekerjasama di Putrajaya.
Untuk rekod PN merupakan gabungan longgar membabitkan Bersatu yang disokong PAS. Pada masa sama – dan berlaku lebih awal – PAS juga merupakan sekutu Umno melalui Muafakat Nasional (MN).
Umno pula memutuskan tidak menyertai PN sebaliknya mahu mengukuhkan MN. MIC pula menarik diri selepas membuat keputusan menyertai gabungan berkenaan sebelum itu.
Hubungan yang tegang di antara Umno dan Bersatu juga pernah disaksikan di negeri-negeri lain sebelum ini.
PAS sudah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding di 10 kerusi pada 8 Sept lalu.
Mengenai majlis akan dihadiri Muhyiddin esok, Aminuddin berkata, dia ada menerima jemputan melalui aplikasi WhatsApp.
Pada masa sama, katanya, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan terlibat sama dalam perbincangan mengenai pengagihan kerusi sehingga semalam.
“Mungkin yang tadi tu dia umum sama-sama dia (saja) kot,” katanya lagi.
Sementara itu menurut jemputan yang dihantar kepada media, Muhyiddin dijadual melakukan lawatan rasmi dan perjumpaan bersama pimpinan parti Sabah di Hotel Magellan Sutera jam 10.45 pagi.
Secara umum, hanya dua parti dalam kerajaan persekutuan akan bertanding menggunakan logo PN, iaitu Bersatu dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star).
Parti yang mengesahkan bertanding bawah logo BN pula ialah Umno, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan MCA, manakala Parti Bersatu Sabah (PBS) bertanding menggunakan logo sendiri.
PAS yang sebelum ini sedia menggunakan logo BN atau PN untuk bertanding pula tidak kelihatan pada kedua-dua majlis pengumuman calon PN mahupun BN.
Secara keseluruhan, BN akan bertanding di sekurang-kurangnya 36 kerusi, berbanding PN yang akan bertanding di 28 kerusi.
Acara pengumuman calon PN tadi hanya disertai tiga parti, iaitu Bersatu, Star dan Parti Progesif Sabah (SAPP). Namun SAPP bukan sebahagian daripada kerajaan PN. PAS pula tidak kelihatan.
Presiden Star Jeffrey Kitingan barasakan PAS tidak akan diberikan kerusi kerana “sentimen” akar umbi.
The post Majlis pengumuman calon PN dan BN, PAS tiada jemputan? appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/10/majlis-pengumuman-calon-pn-dan-bn-pas-tiada-jemputan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesihan Pas Tak Dapat Jemputan Ke Majlis Pengumuman Calon Pn Dan Bn

Kesihan Pas Tak Dapat Jemputan Ke Majlis Pengumuman Calon Pn Dan Bn

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 256 hits
M Fakhrull Halim PRN SABAH Di sebalik kerjasama dan hubungan dalam kerajaan Perikatan Nasional PAS dan BN tidak dijemput semasa majlis pengumuman calon gabungan tersebut pagi tadi Kita tak dijemput jawab Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin...
Ahli Pas Dilantik Ahli Majlis Di 16 Pbt Johor

Ahli Pas Dilantik Ahli Majlis Di 16 Pbt Johor

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 224 hits
JOHOR BAHRU Ahli ahli Pas akan dilantik sebagai Ahli Majlis di kesemua 16 pihak berkuasa tempatan negeri ini Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad berkata mereka akan bersama sama wakil UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan turut men...
Pas Akan Umum Calon Prn Sabah Bersama Rakan Pakatan Nasional Kata Ahmad Samsuri

Pas Akan Umum Calon Prn Sabah Bersama Rakan Pakatan Nasional Kata Ahmad Samsuri

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 310 hits
KUALA TERENGGANU Pas akan mengumumkan senarai calon yang akan dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah secara serentak bersama rakan parti komponen Perikatan Nasional yang lain Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berk...
Prn Sabah Pemuda Pas Terima Keputusan Tiada Calon Parti Tapi Tetap Hantar Jentera

Prn Sabah Pemuda Pas Terima Keputusan Tiada Calon Parti Tapi Tetap Hantar Jentera

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR Pemuda PAS menyatakan sayap parti Islam itu menerima keputusan presidennya untuk memberi laluan kepada sekutu mereka BN PN di PRK Sabah Ketuanya Khairil Nizam Khirudin berkata walaupun tiada calon PAS bertanding pihaknya tetap ...
Pas Johor Sokong Calon Bukan Islam Tanding Pru15

Pas Johor Sokong Calon Bukan Islam Tanding Pru15

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 338 hits
PAS Johor sokong calon bukan Islam tanding PRU15 Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Aug 2020 3 34PM
Kj Tiada Calon Pm Lebih Wibawa Dari Muhyiddin Dalam Umno Pas Buat Masa Ini

Kj Tiada Calon Pm Lebih Wibawa Dari Muhyiddin Dalam Umno Pas Buat Masa Ini

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 300 hits
Tiada yang lebih berwibawa daripada kalangan pemimpin Umno mahupun PAS untuk menjadi perdana menteri buat masa ini kata bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Parlimen Rembau itu berkata berdasarkan kewibawaan ia dimiliki P...
Pas Jamin Pangkah Calon Gagasan Rakyat Sabah

Pas Jamin Pangkah Calon Gagasan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 285 hits
PUTATAN Penyokong PAS di Sabah tekad akan memberi undi kepada calon Gagasan Rakyat Sabah yang merangkumi Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah pada Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini Jaminan PAS itu dinyat...
Prn Sabah Pas Gerakkan Jentera Bantu Calon Sekutu Perikatan Nasional Tuan Ibrahim

Prn Sabah Pas Gerakkan Jentera Bantu Calon Sekutu Perikatan Nasional Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 334 hits
nbsp PUTRAJAYA Parti Islam SeMalaysia akan menggerakkan jenteranya bagi membantu calon Perikatan Nasional dan sekutunya yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke 16 kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Me
Bn Pas Beza Pendapat Calon Km Sabah

Bn Pas Beza Pendapat Calon Km Sabah

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 294 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 10 57 pmPRN SABAH BN dan PAS kelihatan berbeza pendapat mengenai calon ketua menteri Sabah sekiranya gabungan pembangkang negeri itu memenangi pilihan raya Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man ber...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke



Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi


Resepi Tortilla Wrap

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Buasir Otak Tv Main Teka Bendera Negara