Majlis Pa Ma Bawakan Senyuman Diserikan Oleh Karihome Meriah Beri Sumbangan Anjur Pertandingan Sedondon Raya


Portal Majalah Pa&Ma di bawah naugan Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah program Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME di bawah tajaan utama KARIHOME. Program ini telah berlangsung di Park Royal Collection, Kuala Lumpur bermula pada pukul 1:30 petang hingga 5:30 petang.

Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME merupakan sebuah program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dilaksanakan bagi meraikan pelajar-pelajar anak yatim yang terpilih daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2. Seramai enam (6) orang pelajar yang merekodkan prestasi yang cemerlang telah menerima sumbangan yang berbentuk wang ringgit beserta hamper istimewa daripada Karihome.

Selain itu, portal majalah tersebut bersama Karihome telah mengadakan sebuah peraduan Sedondon Raya Pa&Ma X Karihome bermula 20 April 2023 sehingga 9 Mei 2023. Sebanyak 400 perserta yang telah menyertai peraduan ini dan lima (5) finalis yang terpilih bagi memperagakan baju raya sedondon mereka pada majlis tersebut.

Pemenang pertama telah digalas oleh Nordiana Razali dan memenangi hadiah wang tunai RM1500 beserta hamper dan diikuti oleh pemenang kedua iaitu Nur Hashikin Mohd Alifiah yang memenangi wang tunai RM1000. Manakala pemenang tempat ketiga iaitu Marziana Abd Rashid telah membawa pulang wang tunai RM500 beserta hamper. Pemenang tempat keempat dan kelima iaitu Siti Nurdiyana Nabilah Jaffar dan Ella Sierra masing-masing memenangi wang tunai RM500 dan hamper.

Wan Erni Liza selaku Editor Pengurusan Group Family & Parenting berkata “Sebelum ini, Pa&Ma, aktif terlibat dengan kerja-kerja CSR. Dan inisiatif CSR kami tidak hanya fokus kepada golongan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal, atau anak yatim tetapi kami juga turut memberikan perhatian kepada pertubuhan dan persatuan lain seperti Anak Autism, Anak Down Syndrome, Pejuang Garis Dua, Kucing Terbiar dan banyak lagi”.
Beliau juga turut menyatakan bahawa program seperti ini dapat menggalakkan pertumbuhan dan mengukuhkan tali silaturahim antara warga kerja portal Pa&Ma dan para pembacanya.
Selain itu, majlis turut meraikan barisan rakan strategik yang senantiasa menyokong perkembangan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat yang dianjurkan oleh portal majalah tersebut. Antara rakan strategik yang hadir bagi menerima penghargaan tersebut adalah Persatuan Kucing Malaysia, Ragad Foundation, KUEH, De Anna Creation dan Joy Design Studio.

Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd berkata “Apabila kita memberi, bukan jumlah yang paling utama tetapi adakalanya bantuan yang kecil juga sudah memadai untuk membuatkan orang yang menerima itu tersenyum.”
Berpegang pada misi dan visi SEMUA ORANG HARUS TERSENYUM maka Pa&Ma, menjadikan BAWAKAN SENYUMAN sebagai sebuah program yang memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan tanpa mengira tua atau muda, bangsa mahupun agama.

Tambah Syamil lagi “Terima kasih diucapkan kepada pihak KARIHOME kerana turut sama menyumbang dan memeriahkan lagi program yang amat bermakna ini. Sumbangan seperti ini dapat memberi laluan kepada kami untuk mengadakan lebih banyak inisiatif seperti ini pada masa yang akan datang.”
The post Majlis Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME Meriah! Beri Sumbangan & Anjur Pertandingan Sedondon Raya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/majlis-pama-bawakan-senyuman-diserikan-oleh-karihome-meriah-beri-sumbangan-anjur-pertandingan-sedondon-raya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maaf Saya Bukan Lagi Duda Pilihan Anda Sedondon Berbaju Biru Sharnaaz Ahmad Tunang

Maaf Saya Bukan Lagi Duda Pilihan Anda Sedondon Berbaju Biru Sharnaaz Ahmad Tunang

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 274 hits
Pelakon Sharnaaz Ahmad telah berkongsi sekeping fotonya berbaju Melayu lengkap di sisi anak lelaki Jebat Jayden serta seorang wanita yang turut mengenakan persalinan sedondon warna biru firus
Memang Janji Ke Chemistry Suami Isteri Tampil Sedondon Di Mahkamah Hafidz Roshdi Dan Shuhada Diusik

Memang Janji Ke Chemistry Suami Isteri Tampil Sedondon Di Mahkamah Hafidz Roshdi Dan Shuhada Diusik

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 254 hits
Hari ini pelakon Hafidz Roshdi dan isteri Nurul Shuhada menghadirkan diri ke Mahkamah Syariah Shah Alam bagi sesi tuntutan hadhanah Dapat dilihat pelakon lelaki tersebut memakai sut berwarna biru manakala Shuhada memakai jubuh serta tudung ...
Hiburan Tak Sanggup Nak Dengar Mona Allen Sertai Pertandingan Nyanyian Peminat Minta Fokus Saja Pada Lakonan

Hiburan Tak Sanggup Nak Dengar Mona Allen Sertai Pertandingan Nyanyian Peminat Minta Fokus Saja Pada Lakonan

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 246 hits
Pelakon khabarnya telah menceburi bidang nyanyian apabila dia tampil dalam sebuah program realiti yang ternyata telah menuai pelbagai reaksi daripada netizen Dalam hantaran video TikTok yang dimuat naik oleh seorang individu itu Mona diraka...
Kerajaan Setuju Bayar Str Fasa 3 Sebelum Raya Haji

Kerajaan Setuju Bayar Str Fasa 3 Sebelum Raya Haji

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 255 hits
Kerajaan setuju bayar STR Fasa 3 sebelum Raya Haji Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh berbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggung jawab dan kelompok sasaran masing masing Hal yang sama juga ber...
Mepan Rb Beri Sinyal Libur Hari Raya Idul Adha Jadi Dua Hari Tunggu Keputusan Jokowi

Mepan Rb Beri Sinyal Libur Hari Raya Idul Adha Jadi Dua Hari Tunggu Keputusan Jokowi

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 319 hits
Pembahasan ini dilakukan secara bersama dengan Menteri Koordinator Bidang Pembangunan dan Kebudayaan Muhadjir Effendy Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas dan Wakil Menteri Ketenagakerjaan Afriansyah Noor
Resipi Kuah Kacang Hari Raya

Resipi Kuah Kacang Hari Raya

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 359 hits
Cerita lama masa raya puasa hari tu Tapi baru ni ada kerajinan mengarang Ni masa malam raya MY ditugaskan untuk menumis sambal kacang Bahan bahan semua dah disediakan Tinggal nak masak atas dapur aje Resipi Sambal Kacang Hari RayaBahan baha...
Bantuan Str Fasa 3 Dibayar Sebelum Raya Haji Semak Segera

Bantuan Str Fasa 3 Dibayar Sebelum Raya Haji Semak Segera

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 379 hits
BANTUAN STR FASA 3 DIBAYAR SEBELUM RAYA HAJI SEMAK SEGERA Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang melibatkan peruntukan lebih dari RM2 bilion akan segera disalurkan kepada individu yang layak sebelum Aidiladha menurut Datuk Seri Anwar Ib...
Jalan Jalan Makan Makan Cuti Raya Cina 2023 Di Kahang Johor

Jalan Jalan Makan Makan Cuti Raya Cina 2023 Di Kahang Johor

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 431 hits
JALAN JALAN MAKAN MAKAN CUTI RAYA CINA 2023 DI KAHANG JOHOR Cuti Raya Cina 2023 merupakan cuti yang agak panjang Kami mengambil keputusan jalan jalan makan makan cuti Raya Cina 2023 di Kahang Kluang Johor Sambil mencari rumah sewa untuk dad...
Senarai Pemenang Pertandingan Mewarna Peringkat Kebangsaan 2023

Senarai Pemenang Pertandingan Mewarna Peringkat Kebangsaan 2023

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 574 hits
SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 Pihak pengurusan telah mendapat senarai penuh pemenang dari pihak juri pertandingan Seramai lebih dari 30 000 orang peserta yang menyertai pertandingan mewarna secara dalam tal...
Ribut Tropika Senyar Di Malaysia Fakta Terkini Impak Amaran Metmalaysia

Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Berbaloi Tak Beli Motor Guna Spaylater Motorcycle

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Drama Good Boys Go To Heaven

Seorang Guru Maut Selepas Kenderaan Yang Dipandu Rempuh Belakang Treler Di Kampung Pandan Kuantan Bypass Tengahari Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ahli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia

Apa Itu Spot Uv Bagaimana Ia Jadikan Packaging Nampak Lebih Eksklusif

Hadiah Birthday

Kenapa Ada Yang Terus Membeli Sharifah Sakinah Seru Netizen Untuk Boikot Shein Terjebak Dalam Kontroversi Mengecewakan

Syukur Di Hujung Jalan Menghargai Perjalanan Hidup

Legenda Ironman Negara Razani Hussain Meninggal Dunia