Majlis Makan Malam Korporat Sempena Ulangtahun Penjenamaan Semula The Grand Renai Hotel Kota Bharu
Assalamualaikum
Pada 12 Disember 2018 Cik Nor dan 2 lagi rakan blogger iaitu Eraz & Wan Zul telah dijemput untuk memeriahkan lagi Majlis Makan Malam Korporat Dan CSR Program The Grand Renai Hotel yang bermula pada pukul 8.00 malam. Majlis ini dihadiri oleh para media, badan-badan korporat, jabatan kerajaan dan ramai lagi. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dari wakil anak yatim PEKAYATIM. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan penerangan ringkas mengenai The Grand Renai Hotel oleh Pengarah Pemasaran iaitu Puan Meissa Zainuddin. Mesti korang tertanya-tanya untuk apa majlis ini diadakan? Sebagai jawapannya jom Cik Nor ringkaskan penganjuran majlis ini.
Bagi yang dah tahu dan belum tahu, The Grand Renai Kota Bharu Hotel telah dijenamakan semula dari nama lama " Renaissence Hotel" pada 1 Disember 2017 dan program Makan Malam Korporat serta CSR Program ini telah diadakan bagi meraikan tetamu dari jabatan kerajaan, syarikat konglomerat dan juga rakan-rakan media yang selama ini banyak memberikan sokongan kepada The Grand Renai Hotel selama setahun setelah dijenamakan semula. Hah..itu kisahnya majlis ini di adakan. Ingat yer nama baru Renaissrnce Hotel ialah The Grand Renai Hotel
Program ini merupakan satu program korporat yang diadakan bagi menyambut ulang tahun pertama The Grand Renai Hotel setelah dijenamakan semula dari Renaissence Hotel. Selain dari jemputan yang Cik Nor nyatakan kat atas, pihak The Grand Renai Hotel juga menjemput yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan (PEKAYATIM) untuk diraikan dalam majlis tersebut.
Selain dari memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim, pihak The Grand Renai Hotel juga menerima banyak penajaan untuk diberikan kepada anak-anak yatim dari PEKAYATIM. Tajaan tersebut adalah dari Syarikat Muda Osman, Tourism Kelantan, Mc Donalds dan juga sumbangan dari kakitangan hotel ini sendiri. Pihak The Grand Renai Hotel berharap dengan adanya sumbangan-sumbangan ikhlas ini dapat memberikan keceriaan dan sinar keceriaan kepada anak yatim tersebut.
Majlis ini diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah dan seisi menguji minda mengenai The Grand Renai Hotel kepada semua jemputan yang hadir. Tak lengkap rasanya sesebuah majlis tanpa ada penyanyi jemputan. Betul tak korang? hehe
Sebelum Cik Nor mengakhiri entry ini apa kata Cik Nor perkenalkan serba ringkas mengenai The Grand Renai Hotel ini. Semoga bermanfaat kepada korang semua yang ingin bercuti di Kelantan atau warga Kelantan yang ini menikmati kemudahan yang ditawarkan oleh pihak The Grand Renai Hotel.
The Grand Renai Hotel menyediakan 298 bilik hotel iaitu Executive Suite, Club Junior Suite, Club Deluxe Room, Kota Bharu Suite, Deluxe Room, Deluxe Premier dan Junior Suite . Hotel ini juga menyediakan pelbagai kemudahan kepada tetamu yang menginap disini. Antaranya spa, kolam renang, jakuzi, sauna dan gym yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Ia juga mempunyai dewan ballroom yang boleh memuatkan 1,000 tetamu pada satu masa dan 5 bilik mesyuarat kecil. Tidak hairanlah jika The Grand Renai Hotel menjadi pilihan untuk pelbagai majlis seperti makan malam, hi-tea, majlis perkahwinan, reunion dan pelbagai lagi.
Korang tak perlu risau kerana perkidmatan yang diberikan oleh kakitangan The Grand Renai Hotel memang tip top kerana kakitangan mereka terlatih untuk melayan para tetamu dengan penuh berdedikasi. Apa yang paling menarik The Grand Renai Hotel ini terletak bersebelahan dengan pusat membeli belah tau.
Semoga perkongsian ringkas Cik Nor ini dapat membantu korang untuk mengenali dengan lebih dekat lagi The Grand Renai Hotel. Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati :
Website : The Grand Renai
Facebook : grandrenai
Instagram : thegrandrenaikotabharu
Twitter : TheGrandRenai
Tel : +6097562233
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://norminieza.blogspot.com/2018/12/majlis-makan-malam-korporat-sempena.html