Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang 2024 Bagi Menghargai Veteran Atm


Hi Korang,
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) melalui Yayasan Veteran ATM sentiasa komited dalam menghulurkan bantuan kepada para wira dan wirawati negara. Ini adalah selaras dengan slogan yang didukung selama ini iaitu Memperkasa Veteran Tanggungjawab Bersama

Untuk tahun ini JHEV ATM & Yayasan Veteran ATM kembali dengan acara tahunan mereka dengan menganjurkan Malam Amal Tabung Pahlawan 2024

Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang
Bertemakan Meraikan Bintang, Metamorfosis Hadapan, Malam Amal Tabung Pahlawan 2024 menjadi medan untuk membalas jasa pengorbanan dan bakti para veteran ATM yang pernah menjaga keamanan serta kemakmuran negara diraikan

Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang bakal diadakan pada 24 September 2024 di Dewan Perkasa Wisma Pervira ATM bermula pukul 8 sehingga 10.30 malam

Objektif Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang 2024 mash sama seperti penganjuran tahun-tahun sebelumnya iaitu menyalur serta menyampaikan sumbangan kepada yang layak serta diraikan dalam suasana hangat apabila penyanyi jemputan menghiburkan tetamu yang dihormati

Pelancaran Kad Veteran Digital
Majlis Makan Malam Amal ini turut diadakan Pelancaran Kad Veteran Digital yang akan dirasmikan oleh YABhg Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail. Pengenalan kad digital ini adalah selaras dengan era transformasi digital dan kesedaran mengenai kepentingan pembudayaan pendigitalan dalam memacu ke arah organisasi berprestasi tinggi, JHEV ATM berhasrat untuk melaksanakan transformasi kad veteran ATM manual (kad plastik) kepada Kad Veteran Digital dengan pelbagai fungsi yang memberikan kebaikan dan faedah kepada keseluruhan warga veteran ATM

Inisiatif ini mash dalam proses pembangunan dan dijangka akan diperkenalkan kepada para veteran ATM pada pelancaran Majlis Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan (KTP) pada 24 September 2024. Kad veteran digital akan dipaparkan dalam aplikasi mudah ali Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0


"JHEV ATM & Yayasan Veteran ATM sangat berbesar hati kerana sekall lagi dapat melaksanakan penganjuran tahunan kami laitu Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang. Majlis ini bertujuan bukan hanya untuk menyampaikan sumbangan dan menghargai pengorbanan serta bakti para Veteran ATM tetapi akan menjadi medan merapatkan silaturahim semua wira dan wirawati yang pernah berjuang mempertahankan negara dan mencapai keamanan yang kita nikmati sekarang.
Semua sumbangan yang diperoleh akan diagihkan kepada veteran ATM yang memerlukan sekaligus membantu mereka berjuang meneruskan kelangsungan hidup' sedikit ucapan daripada Mejar Jeneral Dato' Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah JHEV
Penampilan Liza Hanim dan Datuk Jamal Abdillah
Bersama sumbangan yang akan disalurkan, pihak JHEV ATM & Yayasan Veteran ATM merancang untuk menjadikan suasana makan malam dengan hiburan terbaik demi meraikan sekitar 700 tetamu yang diundang

Dua bintang tersohor negara iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Liza Hanim bakal menghiburkan dan menyantuni para veteran ATM dengan alunan merdu vokal mereka

Jamal menyifatkan penglibatan melakukan persembahan pada majlis makan malam amal ini sebagai penghormatan buat para veteran ATM dan wira serta wirawati yang bergadai nyawa menjaga kedaulatan negara


Liza Hanim pula terharu kerana bakal menghiburkan tetamu yang begitu istimewa bukan buat dirinya tetapi juga seluruh rakyat Malaysia

"Tentu saja saya dengan senang hati bersetuju untuk melakukan persembahan Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang 2024.Mereka adalah bintang yang tidak akan pernah terpadam sinarnya kerana jasa, bakti serta pengorbanan yang diberikan kepada negara juga tidak akan terpadam. Untuk itu saya sangat berbesar hati menghiburkan para veteran ATM yang akan menghadiri majlis makan malam ini nanti. Harapan saya juga agar pihak penganjur meneruskan inisiatif serta usaha murni ini demi menjaga dan prihatin terhadap kelangsungan hidup para pejuang negara ini" ujar Liza Hanim

Aktif Mengumpul Dana
Sepanjang penubuhan, JHEV ATM & Yayasan Veteran ATM aktif mengumpul dana untuk tabung kecemasan bagi menyantuni para pejuang yang memerlukan yang mungkin tidak mendapat bantuan kerajaan dalam keadaan tertentu


Antara initiatif Kutipan Tabung Pahlawan yang dilaksanakan adalah melalui surat-surat yang dihantar kepada syarikat dan rakan strategik, program-program Kempen Tabung Pahlawan, tabung yang diletakan di beberapa BHPetrol dan Jabatan/Kementerian dan juga sumbangan atas talian serta beberapa initiatif lain

Jom Meriahkan Makan Malam Amal Meraikan Bintang 2024
Untuk Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang 2024 yang bakal berlangsung pada 24 September 2024 ini, sebanyak tiga jenis kategori meja dijual



Kategori meja yang dijual adalah 10 Perkasa bernilai RM50,000, 20 Perwira (RM20,000) dan 20 Pahlawan berharga RM10,000

"Kami berharap agar lebih banyak dermawan yang menghulurkan sumbangan kepada Kempen Tabung Pahlawan ini supaya lebih besar jalur bantuan yang boleh diberikan kepada Veteran ATM yang memerlukan serta serba kekurangan. Veteran ATM adalah permata Malaysia yang telah memerah keringat demi mencapai kemerdekaan dan keselesaan yang kita nikmati sekarang. Sumbang sedikit tanda ingat, sumbang lebih tanda mampu"
Sebarang keterangan lanjut hubungi pihak sekreteriat Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang 2024 di talian 019 6576 127 (Adawiyah), 012 7398586 (Nur Indra Dini) atau emel ke [email protected]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2024/08/majlis-makan-malam-amal-meraikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Liza Hanim Dan Jamal Abdillah Di Malam Amal Tabung Pahlawan 2024

Liza Hanim Dan Jamal Abdillah Di Malam Amal Tabung Pahlawan 2024

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 126 hits
Dua bintang tersohor negara iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Liza Hanim bakal menghiburkan dan menyantuni para veteran ATM dengan alunan merdu vokal mereka di Malam Amal Tabung Pahlawan 2024 Majlis Malam Amal Tabung Pahlawan 2024 yang mengang...
Pasar Malam Kl 2024 Lokasi Dan Hari Dibuka

Pasar Malam Kl 2024 Lokasi Dan Hari Dibuka

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 131 hits
Sekiranya anda mencari pelbagai juadah menarik untuk makan malam sekitar Kuala Lumpur pasar malam merupakan antara lokasi menarik yang boleh anda pergi kerana disinilah terdapat banyak juadah yang dijual pada harga yang berpatutan Pasar mal...
Makan Malam Di Ruang Damai Restoran Sikamat

Makan Malam Di Ruang Damai Restoran Sikamat

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 145 hits
Bila tiba hujung minggu sesekali kita haruslah gantung kuali Rehat masuk office oil gas Ajak encik suami makan malam di Ruang Damai Restoran di Sikamat Seremban sebelah je dengan Burger Lee tuck Resto ni saya tahu pun masa keluar di FYP Tik...
Himpunan Solidariti Gaza Sedunia 3 Ogos 2024 Dan Perarakan Di Bukit Bintang Anjuran Bds Malaysia

Himpunan Solidariti Gaza Sedunia 3 Ogos 2024 Dan Perarakan Di Bukit Bintang Anjuran Bds Malaysia

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 260 hits
HIMPUNAN SOLIDARITI GAZA SEDUNIATahukah anda yang hanya 2 hari sebelum Allahyarham Ismail Haniyeh mati syahid beliau telah menyeru dunia untuk mengadakan himpunan solidariti untuk Palestin pada 3 Ogos ini MARILAH KITA MENYAHUT SERUAN HIMPUN...
Liga Super 2024 Sabah Fc Tumbangkan Skuad Tok Gajah 3 2 Di Stadium Temerloh Malam Tadi

Liga Super 2024 Sabah Fc Tumbangkan Skuad Tok Gajah 3 2 Di Stadium Temerloh Malam Tadi

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 82 hits
KUANTAN Sabah FC meneruskan momentum pemburuan kelompok dua terbaik Liga Super apabila mengalahkan Sri Pahang FC 3 2 dalam perlawanan di Stadium Temerloh pada Jumaat Kemenangan keempat liga anak buah Datuk Ong Kim Swee merupakan tonik mujar...
Video Potret Airlangga Duduk Sebelah Jokowi Makan Malam Di Ikn Usai Mundur Dari Ketum Golkar

Video Potret Airlangga Duduk Sebelah Jokowi Makan Malam Di Ikn Usai Mundur Dari Ketum Golkar

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 85 hits
Sehari usai menandatangani surat pengunduran Airlangga langsung menuju Ibu Kota Nusantara bertemu Presiden Jokowi dan para menteri kabinet Indonesia Maju
Makan Nasi Goreng Usa Sotong Lewat Malam

Makan Nasi Goreng Usa Sotong Lewat Malam

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 123 hits
Makan Nasi Goreng USA Sotong Lewat Malam Haha lewat malam dan di luar kawasan kerana menemani En suami bertemu dengan rakannya Baru nak jumpa depan depan sebelum ni hanya bertemu di muka buku Jadi lah kita ngopi ngopi dah lewat malam Saya o...
Dpm Fadillah Reveals Drafts Of Government Opposition Mou

Tpm Dedah Draf Mou Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang

Ssm Vs Sspa Perbezaan Kelebihan Soalan Lazim

Kereta Bergoyang Tanpa Henti Petugas Kesihatan Ditangkap Basah Di Tempat Parking Hospital

Kempen Skala Kecil Tampak Prk Mahkota Suram

Malaysia Day Message From Sam The Ceo

Menteri Dap Buat Hal Lagi M Sia S Pura Israel

Man Cendol Outing


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Doa Susah Tidur Karena Gelisah

Juicy Luicy Lampu Kuning Chord

Lebih Rm500 000 Wang Gisbh Dibekukan Babit 96 Akaun Kpn

Mama Journey Komensmen 23 Iab

Should Chequered Past Ytl Involve In Public Transportation

Ayien Rahman Ale Ale Chord