Majlis Konvokesyen Ump Ke 16 Kak Yang Kini Alumni Ump


Majlis Konvokesyen UMP Ke 16, Kak Yang Kini Alumni UMP | Alhamdulillah, akhirnya keterujaan menunggu dan menanti hari konvokesyen sudah tercapai dan berakhir dengan seribu kenangan buat Kak Yang dan para graduan termasuk umi dan DH serta ibu bapa yang lain. Perasaan bangga pada diri Kak Yang serta pelajar lain cukup tergambar di wajah masing-masing apatah lagi dengan kehadiran keluarga tersayang

Bayangkan selama empat tahun KY struggle begitu juga dengan pelajar-pelajar yang lain, dengan penuh cerita suka dan duka berakhir bila mereka menamatkan pengajian. Kini dengan tersarungnya pakaian rasmi konvokesyen iaitu jubah dan 'mortar board', nama mereka akan dilaungkan seorang demi seorang bagi mendapat pengiktirafan dari Pro Cansellor di atas pentas.


Majlis Konvokesyen UMP Ke 16, Kak Yang Kini Alumni UMP

Sebenarnya menghadiri konvokesyen KY ni bukan pertama kali bagi umi sebab dah pernah hadiri konvo Ayong tahun 2014 dan konvo Angah tahun 2018 yang berlangsung di PICC tapi ini kali pertama kami menghadiri konvo di luar dari Kuala Lumpur.


Kami bertolak ke Gambang hari Jumaat selepas menjemput cikapplepie balik dari sekolah dan mujur LPT tak sesak sebab masih awal.  Memandangkan kami tak rush mana, lagipun majlisnya keesokkan hari. Sempat pulak kam berhenti makan KFC kat Petronas  Bentong sebab tetiba DH craving KFC. Haha.  Apa yang tak bestnya makan ayam tapi tak de coleslaw, sungguh tak  complete. Iskk rezeki pun dan komplen kan.


Lebih kurang jam 4.45 petang kami sampai ke homestay, punggah beg pakaian, rehat dan terus gerak ke Pekan untuk photoshot pre konvo. Memandangkan umi ni cuma mem besar yang duduk di seat belakang, so I follow jer. Ikut planning, lepas photoshot, kami akan dinner dan cadangan umi nak makan kat Sumpit-Sumpit dipersetujui sebulat suara. Hebat kan cadangan seorang mak ni.



Majlis Konvokesyen UMP Ke 16, Kak Yang Kini Alumni UMP

Bukan umi jer jadi mem besar tapi DH pun jadi boss besar duduk di seat belakang sebab hanya kami berlima sahaja jadi dia drive sendiri kereta dari KL sampai ke Pekan ni. Alhamdulillah, dah cekap dan memang boleh lega tengok pemanduan dia tu


Majlis Konvokesyen UMP Ke 16, Kak Yang Kini Alumni UMP
Selesai photoshoot, dengan umi dan DH sekali dia suruh pakai jubah dan mortar board tu. Kami ikutkan saja. 


Selesai photoshot, kami terus ke Sumpit-Sumpit walau risau jugak kot dah tak beroperasi sebab PKP tapi Alhamdulillah, dapat kami makan lagi kat sini. Entah-entah kali terakhir sebab lepas ni tak ada sebab kami nak ke Pekan kecuali untuk bercuti, tu pun entah. 


Apa kami makan tu, nanti umi kongsi ya dan memang puashati makan kat sini dulu sebab tu kami ke sini lagi selain tempat yang menarik dan selesa.


HARI KONVOKESYEN UMP KE 16Perjalanan dari homestay ke UMP Gambang ada dalam 30 minit dan waktu kami sampai pun dah memang ramai orang dan parking pun agak jauh.


Ingatkan nak surprise KY dengan hand bouquet tapi waktu nak masuk ke UMP dah nampak ramai yang menjualnya, so kena stop sebab risau pulak kot kat dalam sana tak de. Tapi bila kami masuk ke bahagian menunggu tu, ada juga beberapa gerai menjual bouquet ni.




Jam 1.15 kesemua ibubapa dibenarkan masuk ke dewan dan majlis dijadualkan berlangsung jam 3.30 petang. Seronok tengok kemeriahan sebab selain penerima ijazah sarjana muda, terdapat penerima PhD yang akan turut naik ke pentas. Kalau tak silap terdapat 900 lebih graduan yang akan diraikan pada hari kedua konvokesyen tu.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Kak Yang Amanda secara rasminya pemegang Sarjana Muda (Kepujian) Kelas Dua, Kejuruteraan Mekatronik,  Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik. Kalau KY jadi ambil Dual Degree tu dia akan menerima dua ijazah, salah satunya dari Pro Cansellor dan wakil dari HsKA Germany. Tu pun kalau tapi tidak sebab dia hanya belajar untuk single degree jer


Teringat masa dia dapat tawaran untuk DUAL DEGREE MECHATRONIC UMP MALAYSIA AND HsKA GERMANY di UMP ni, memang kami teruja tapi bila ditengok yuran pembelajaran tu memang kami tak mampu sebabnya DH tak nak ambil PTPTN mahupun pinjaman sebab dia takut nanti menyusahkan anak-anak



Dalam suka ria graduan, ada kisah sedih bila salah seorang graduan tidak dapat menerima ijazahnya kerana terlebih dahulu menemui penciptaNYA. Ijazah beliau di terima oleh ibunya dan memang umi dan hadirin yang lain turut rasa sebak dan mengalirkan airmata


Hampir jam 6 petang jugalah majlis selesai dan DH pula keluar awal untuk beratur di bahagian photoshot di depan bangunan Canseleri. Kalau tak tahu pulak jam berapa akan selesai kan lagipun pembayaran dah dibuat.


Lepas ambil gambar, graduan kena pulangkan jubah, lepas tu baru boleh balik. Tahu tak perut masing-masing dah berkeroncong tapi nak makan kat gerai jualan makanan tu macam tak best. Jadi planningnya, kami balik ikut jalan lama untuk cari makan.


Fuh memang penat giler dan next kami kan ke Jitra untuk konvo Kak Cik Iman pada akhir September nanti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/08/majlis-konvokesyen-ump-ke-16-kak-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelek Di Majlis Akikah Netizen Selar Tarian Ifa Raziah Amp Kak Km

Gelek Di Majlis Akikah Netizen Selar Tarian Ifa Raziah Amp Kak Km

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 240 hits
Baru baru ini tular beberapa video mengenai sebuah majlis akikah pasangan keluarga yang dipercayai scammer Macau terbesar Addy Kanna di TikTok Pun begitu suasana majlis akikah tersebut telah menerima kecaman ramai apabila ia dikatakan sanga...
Majlis Konvokesyen Juita Di University Of Manchester

Majlis Konvokesyen Juita Di University Of Manchester

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 215 hits
Alhamdulillah hari ini saya akan menyambung catatan percutian kami ke UK dan Scotland yang matlamat utama ialah untuk menghadiri majlis konvokesyen anakanda saya Nurjuita Amanda di University of Manchester Boleh klik di untuk entri sebelum ...
Syahrini Kini Di Jepang Ini Potret Terbarunya Yang Tampil Elegan Dengan Nuansa Pink

Syahrini Kini Di Jepang Ini Potret Terbarunya Yang Tampil Elegan Dengan Nuansa Pink

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 121 hits
Syahrini bersama suami tercinta Reino Barack kini tengah berada di Jepang Menilik laman instagramnya Syahrini membagikan potret saat liburan Ia tampil begitu memesona dan elegan dengan busana bernuansa pink Yuk intip beberapa fotonya beriku...
Kentang Goncang Kfc Malaysia Kini Kembali Rm6 99

Kentang Goncang Kfc Malaysia Kini Kembali Rm6 99

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 206 hits
Kentang Goncang KFC Malaysia Kini Kembali dengan harga jualan cuma RM6 99 Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan KFC sekali lagi membawa masuk menu pedas ini ke dalam senarai menu terbaik mereka di semua restoran dan outlet Kentucky Fried Chic...
Anugerah Guardian 2021 Kini Kembali

Anugerah Guardian 2021 Kini Kembali

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 239 hits
Undi Jenama Kesihatan dan Kecantikan kegemaran anda dan rebut peluang memenangi hadiah hebat berjumlah RM50 000Kuala Lumpur 19 Julai 2021 Guardian Malaysia meraih reputasi yang mantap sebagai destinasi utama farmasi kesihatan dan kecantikan...
Biasa Dandan Kini Istri Ferdy Sambo Terlihat Pucat Saat Nangis Di Depan Mako Brimob

Biasa Dandan Kini Istri Ferdy Sambo Terlihat Pucat Saat Nangis Di Depan Mako Brimob

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 173 hits
Usai satu bulan menutup diri pasca kematian Brigadir J akhirnya istri Irjen Ferdy Sambo yakni Putri Candrawathi muncul di hadapan publik Berbeda dengan penampilan biasanya istri dari eks Kepala Divisi Propam itu justru terlihat sangat pucat...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner