Majlis Konvokesyen Juita Di University Of Manchester




Alhamdulillah hari ini saya akan menyambung catatan percutian kami ke UK dan Scotland yang matlamat utama ialah untuk menghadiri majlis konvokesyen anakanda saya Nurjuita Amanda di University of Manchester. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini.
Setelah lebih 2 tahun majlis konvokesyen tertangguh berikutan dengan pandemik Covid 19 yang melanda dunia, akhirnya Juita mendapat berita tentang tarikh konvokesyen di mana mereka boleh memilih samada untuk menghadiri sessi March atau Julai 2022. 

Sepanjang Juita melanjutkan pengajian di sini, saya sentiasa kerisauan dan sentiasa mendoakan agar Juita lulus dalam pengajian dengan cemerlang. Juita balik ke Malaysia semasa Covid 2019 sedang teruk melanda Malaysia dan United Kingdom serta seluruh dunia. Sebelum balik, Juita tidak sempat untuk membeli apa apa kerana banyak kedai ditutup. 
Kami membayar tiket kelas business untuk Juita balik kerana risaukan kesihatan beliau sepanjang penerbangan yang memakan masa lebih dari 12 jam. Juita kemudian dibawa ke hotel di Melaka untuk dikuarantin. Beliau meneruskan pengajian secara online dari rumah. 
Sessi majlis konvokesyen Juita adalah pukul 2 petang. Jadi kami tidak lah tergesa gesa. Keluar dari apartment pukul 11 pagi dan mengambil uber untuk ke Universiti kerana tidak mahu susah mencari parking. Lagi pun dekat sahaja, charge pun tidak mahal. 
Selepas mendaftar dan mengambil jubah, kami berjalan ke pintu masuk dewan konvokesyen. Kesian Nelly dan Aween yang beku kesejukan. Mereka tak larat nak berjalan ke tempat yang disediakan untuk keluarga menyaksikan majlis konvokesyen secara live kerana terletak agak jauh dari pintu masuk dewan. Setiap kali ingatkan peristiwa ini, pasti saya rasa sangat sebak. Begitulah kasih sayang ibu pada anak anak.
Saya dan Hubby beratur di kedudukan nombor dua yang membolehkan saya memilih tempat duduk di barisan kedua. Barisan pertama dikhaskan untuk mereka yang memerlukan seperti graduan OKU. Mudah untuk saya mengambil gambar Juita ketika berjalan di atas stage. Dan Hubby pula, merakam video. 


Masya Allah saya sangat bangga dengan pencapaian Juita dan sangat bersyukur kerana dia diberi kemudahan sepanjang pengajian walaupun ada juga ujiannya. Melihat beliau berjalan di atas stage, membuatkan saya rasa sangat terharu, tidak berhenti henti mengucap syukur pada Illahi. 

Selepas selesai, kami beredar keluar untuk mengambil gambar kenangan bersama Juita dan kawan kawannya. Di sinilah kami berkenalan dengan ibubapa kawan kawan Juita.  


Bila ramai orang Malaysia, senang lah untuk mengambil gambar kami berlima. Kalau biasanya pasti akan tidak cukup quorum. Kami melayan jer Juita untuk bergambar di hari konvokesyen beliau di sekitar bangunan univerisiti yang sangat cantik.  

Selepas selesai bergambar dan memulangkan jubah, kami mengambil uber untuk pergi makan steaks di Restoran Rumps & Ribs. Maklum pagi kami hanya makan jemput bawang dan bilis sahaja sebelum ini. Memang agak lapar juga lah.

Portion untuk setiap hidangan sangat besar sehingga tak habis. Bahagian ribs nya sangat mewah dengan daging dan sangat sedap. Makan sehingga kekenyangan. Ambil uber dan terus balik ke apartment untuk berehat. 

Setakat ini dahulu dan sehingga berjumpa lagi di sambungan entri perjalanan ke London pulak. Tungguuu...



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/08/majlis-konvokesyen-juita-di-university.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Brownies Moist Dan Sedap Juita Amanda Keeper Recipe

Brownies Moist Dan Sedap Juita Amanda Keeper Recipe

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 252 hits
Telah lama juga saya tidak kongsikan resipi kek dan brownies Mungkin faktor usia juga menjadikan saya tidak suka sangat makan kek Kalau makan pun sepotong dua sahaja Tapi dengan brownies yang sedap dan moist ini memang hampir separuh juga s...
Lagi Tiga Hari Majlis Nikah Gadis Kecewa Teman Lelaki Tak Nak Kahwin

Lagi Tiga Hari Majlis Nikah Gadis Kecewa Teman Lelaki Tak Nak Kahwin

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 269 hits
Perkahwinan merupakan satu fasa yang paling dinantikan buat pasangan yang sudah lama bercinta Setelah berusaha mempertahankan hubungan hari pernikahan pastinya akan menjadi hari paling bahagia buat mana mana pasangan Namun begitu berbeza de...
Wanita Reda Bergelar Pengantin Tak Jadi Bakal Suami Mesej Tak Mahu Nikah 3 Hari Sebelum Majlis Pujuk Pun Tak Jalan

Wanita Reda Bergelar Pengantin Tak Jadi Bakal Suami Mesej Tak Mahu Nikah 3 Hari Sebelum Majlis Pujuk Pun Tak Jalan

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 285 hits
PELAMIN anganku musn4h Itulah bait yang sesuai bagi menggambarkan situasi yang dilalui oleh wanita ini apabila majlis pernikahannya terpaksa dibatalkan kerana bakal pengantin lelaki menarik diri Lebih perit wanita ini menerima mesej daripad...
Family Pun Tak Tahu Nak Nikah Gadis Luah Perasan Bakal Suami Batal Majlis Kahwin Last Minute

Family Pun Tak Tahu Nak Nikah Gadis Luah Perasan Bakal Suami Batal Majlis Kahwin Last Minute

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 251 hits
Seorang wanita menghadapi peristiwa pahit apabila mahligai bahagia yang ingin dibina hancur musnah gara gara bakal suaminya enggan berkahwin di saat akhir majlis akan diadakan Wanita yang dikenali sebagai Ain ini turut memuat naik video kro...
Wanita Banyak Makan Pisang Berpotensi Melahirkan Anak Lelaki Oxford University

Wanita Banyak Makan Pisang Berpotensi Melahirkan Anak Lelaki Oxford University

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 243 hits
Setiap pasangan inginkan anak yang comel sama ada lelaki atau perempuan Namun itu semuanya adalah ketentuan Tuhan Yang Maha Esa Selain berdoa dan bertawakal kita dibenarkan berusaha untuk mendapatkan anak yang diingini sama ada lelaki mahup...
Kolej Matrikulasi Often Overlooked Path To Public University

Kolej Matrikulasi Often Overlooked Path To Public University

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 1212 hits
Some parents asked me about matriculation and that is why I am writing this post In this post I won t be talking about the details about how to apply There are many good sites which explain this which I will link to at the end of this post ...
Manchester Ke London Day 11

Manchester Ke London Day 11

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 211 hits
Sebelum meneruskan perjalanan ke London kami singgah di Old Trafford kerana Nelly mahu membeli barangan di megastore stadium Manchester United Sebelum itu boleh baca entri sebelum ini di Masya Allah cuacanya teramat amat sejuk Menggigil jar...
Upu Anda Tidak Ditawarkan Oleh Upu Jom Sertai Mahsa University Sekarang Juga Mahsaintake Com

Upu Anda Tidak Ditawarkan Oleh Upu Jom Sertai Mahsa University Sekarang Juga Mahsaintake Com

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 258 hits
JOM SERTAI KAMI PROMOSI HEBAT Lancarkan Impian Anda Bersama MAHSA University sekarang juga Diploma Pakej Belajar Yang Hebat Ijazah Sarjana Muda Pakej Belajar Yang Istimewa Tahun Asas Pakej Belajar Yang Bagus Mulakan jalan yang hebat ke arah...
Three People Killed In Philippine University Shooting

Three People Killed In Philippine University Shooting

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 233 hits
A body bag is taken away from the scene after three people were killed in a shooting at Ateneo de Manila University in Quezon City suburban Manila on July 24 2022 Three people were killed July 24 in a rare shooting at a university in the Ph...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense