Majlis Graduasi Anak Di Hotel Apa Nak Kecoh
Rasanya isu ini dah lama dan kecoh kembali apabila ada segelintir ibubapa marah anak kena keluar wang yang banyak untuk graduansi anak di hotel
Meskipun tidak mampu ada ibu bapa terpaksa merelakan juga untuk membayar antara RM150 hingga RM200 semata-mata mahu anak hadir majlis graduasi anjuran sekolah di hotel mewah.
Jika ada ibu bapa yang enggan bayar, seorang pengguna media sosial mendakwa keadaan itu mengakibatkan anak mereka pula berasa tertekan dan malu kerana tidak menghadiri majlis berkenaan bersama rakan.
PANDANGAN YANG TIDAK SETUJUMenurut Adrea Abdullah yang juga pelakon berkongsi pengalaman dan pandangannya menerusi video di Facebooknya hari ini, beliau mendakwa ada sekolah yang mewajibkan murid menghadiri majlis graduasi itu tanpa berbincang dengan waris terlebih dahulu.
Tidak berpuas hati dengan keputusan pihak sekolah, beliau mempersoal ketetapan itu kerana seolah-olah meminggirkan suara ataupun situasi semasa dihadapi kebanyakan waris yang tidak mampu kerana perlu mengutamakan komitmen lain yang lebih mendesak.
Lebih parah, apabila beliau mendakwa bagi waris yang ingin menemani anak mereka ke majlis graduasi itu diwajibkan membayar yuran tambahan sekitar RM150 seorang.
"Keputusan guru besar untuk anjur majlis graduasi di hotel lima bintang seperti buat emotional blackmail (memeras ugut emosi terhadap ibu bapa serta murid). Nak tunjuk sekolah kita 'have-have' (kaya) di media sosial?
PANDANGAN YANG SETUJU
PELAKON Datuk Fizz Fairuz mempunyai pendapat sendiri mengenai isu yang hangat diperkatakan orang ramai iaitu trend sekolah mengadakan majlis graduasi di hotel mewah.Menurut Fizz, dia tidak bersetuju sekiranya ada ibu bapa yang menganggap majlis graduasi anak sebagai satu komitmen besar.“Sekolah buat dekat tempat selesa dikatakan tak sesuai, bila buat dekat sekolah sahaja dikatakan tak ada tempat lain ke nak buat dengan panasnya. Adoi, semua benda tak betullah zaman sekarang ni,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Story.Malah kata Fizz lagi, isu berkenaan tidak sepatutnya timbul memandangkan perbincangan telah pun dilakukan bersama pihak Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sebelum majlis dilaksanakan.“Untuk anak-anak bagi sahajalah, dorang buat sebab PIBG sudah setuju dan ibu bapa dah setuju. Kalau tak setuju dorang tak buat.
Kesimpulan Untuk saya Majlis Graduasi Anak Di Hotel. Apa Nak Kecoh. Ianya bukan tiap-tiap bulan tetapi jarang-jarang sekali. Dan apa salahnya sesekali kasi kegembiraan untuk anak-anak dan guru-gur yang mengajar makan best-best kat hotel. Itu pun takkan nak mengira.Kalau rasa rugi, paling baik ialah jangan buat majlis graduansi maka semua pihak senang hati dan tak perlu guru-guru pening kepala nak rancang susunatur majlis.Dan pada dasarnya, kenapa ia harus dikecohkan. serius saya nak tahu. Yang kecoh ini pun pelakon, bila dia kecoh semua netizen kecoh, Serius ker.....hehehehhe.Bukannya pendapat 100% ibubapa yek...hanya pendapat seorang pelakon....Meunurut Menteri Pendidikan:Tegas beliau, asas kepada graduasi adalah meraikan anak-anak dalam suasana yang meriah.
Justeru, katanya, penting untuk pihak sekolah mengadakan perbincangan dengan ibu bapa terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
"Perbincangan dengan PIBG sangat penting, kena selesaikan di peringkat sekolah dan kalau ada bantahan, kena ambil pandangan. Kementerian galakkan majlis sederhana, tapi meriah dan penuh penghargaan, khususnya kepada anak-anak kita," katanya.Kalai PIBG kasi greenlight , jalan sahaja ler...Ikut rules dan flow yang ditetapkan bukan ikut kat pelakon...hehehhee
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hanifidrus.blogspot.com/2024/02/majlis-graduasi-anak-di-hotel-apa-nak.html