Majlis Cukur Jambul Baby Irfan 65 Hari


20 Januari 2017 (Hari #65) :  Majlis Cukur Jambul Irfan diadakan pada Hari ke-65 disebabkan faktor jarak Papanya dan faktor kewangan. Majlis cukur jambul zaman sekarang lebih kepada adat turun temurun daripada tuntutan Islam. Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar Idrus mengatakan hukum mengadakan majlis adalah harus kerana tiada dalil melarangnya (kecuali boleh merujuk kepada Larangan Membazir ketika bermewahan mengadakan majlis...)
Tiada persiapan terperinci sangat, semua keluaga mertua uruskan (Doorgift untuk tetamu lelaki Marhaban, makan minum, peralatan adat melayu cukur jambul). Si suami PJJ jauh di Putrajaya ni agak rumit untuk buat persiapan.
Untuk peralatan adat melayu untuk majlis cukur jambul, terdapat beberapa item yang diperlukan:Gunting - untuk gunting sedikit rambut oleh geng marhaban (sebagai syarat adat melayu je..)Pisau cukur (pencukur) - Ni benda wajib untuk cukur kepala bayi nanti... Sunnah Nabi ialah cukur ye, Bukan pendekkan, potong sedikit rambut. Boleh pilih pencukur yang jenis plastik. Boleh try cukur bulu sendiri untuk test ketajaman pisau dan keselesaan.Air wangi/ air mawar - adat melayu untuk merenjis kepada ahli marhaban yang menggunting rambut bayiDaun Pandan merenjis - Daun pandan di ikat dan dicarik seperti penyapu untuk direndam dalam air tepung ubi dan sapu pada kepala bayi.Daun pandan dan bunga kertas dimayang dan di gaul dengan beras kunyit. - tujuan adat melayu ini tidak jelas, asalkan tidak bercanggah dengan Islam diharuskan. Campuran ini di tabur kepada bayi selepas rambut digunting.Air tepung ubi - walaupun diguna dalam adat melayu tapi dari segi logiknya ia untuk menyejukkan kepala bayi. Air tepung ubi direnjis dengan daun pandan ke kepala bayi untuk basahkan rambut supaya senang untuk digunting. Air tepung ubi ini boleh di sapu  selepas mencukur habis kepala bayi untuk menyejukkan kepala, boleh juga sapu bedak sejuk. Jangan terus sapu minyak selepas cukur, nanti jadi tidak selesa dan panas (ikut pengalaman lelaki yang selalu mencukur ni....)Bekas berisi air - Bekas ini bertujuan untuk meletak rambut yang telah di gunting dan dicukur kemudian nanti supaya tidak bertebangan. Lebih-lebih lagi rambut bayi yang halus macam bulu roma je.
 Jika mengikut Adat Melayu, Cukur jambul bayi adalah pada Hari ke-44 / 45, selesai sahaja ibu habis berpantang 44 hari. Jika mengikut Islam dan menjadi sunnah adalah pada hari ke-7. Oleh kerana jarak dan masa memisahkan, maka majlis kami berjalan pada hari ke-65. Tiada masalah asalkan jangan sampai rambut bayi menebal, dibimbangi apabila mencukur menjadi gatal dan tidak selesa

Seperti biasa pagi tu Irfan masih mamai lagi, sesekali bangun tidur-tidur ayam sambil request susu. Sekitar jam 9:15 pagi ahli surau marhaban tiba di rumah dalam 10-12 orang termasuk dengan ketua kampung. Majlis berjalan dengan agak tergesa disebabkan ketua kampung dan orang lain ada hal lain. Menjadi kebiasaan juga Majlis Cukur Jambul disertakan dengan Majlis bacaan yassin dan tahlil untuk disedekahkan kepada almarhum-almarhumah


Bacaan zikir yang ringkas. air diletak di dalam bekas dan di 'doa'kan oleh ketua kampung dan untuk dimandikan kepada bayi. Selesai sahaja sesi marhaban yang simple. Ketua minta ayah atau atuknya untuk ambil bayi untuk sesi menggunting. Jadi, aku sebagai ayahnya dapatkan Irfan yang tengah menyusu dalam bilik dengan ibunya. Irfan masih mamai lagi sebab biasanya waktu pagi macam ni tak bangun lagi ni. Bila aku bawa Irfan keluar, jemaah mula berselawat, ayah mertua mula mengiringi membawa dulang berisi barangan macam di atas tadi. Dari satu jemaah ke jemaah yang lain silih berganti. (Ada juga jemaah yang agak kekok untuk menggunting serta mengikut aturan dan tak berapa faham macam mana nak buat..tapi ayah mertua bagitau sedikit..aku tak kisah sangat kerana hanya adat melayu yang kecil..cukup sekadar ambil syarat..) Irfan sesekali menggeliat tapi masih terkawal, memang tidak menangis atau merengek. Merenung kosong je paksarela...hahaMendukung Irfan mengelilingi jemaah untuk silih ganti gunting rambut

 Setelah selesai sesi menggunting, para jemaah dijemput menjamu selera di luar rumah.
Selesai sahaja bacaan zikir dan gunting rambut, para tetamu lelaki mula menjamu selera. para tetamu perempuan mula hadir untuk menziarah. Sepanjang aku mendukung Irfan mengelilingan jemaah surau untuk gunting rambut (7 orang mengikut adat). Aku masih menunggu keluarga dari terengganu yang baru bertolak pada pagi tersebut, mereka sampai sekitar tengahari


Walaupun majlis cukur jambul dah selesai, bagi peluang Tok Ma dengan Tokki Pa ni untuk gunting rambut Irfan sebagai syarat. Dah datang jauh musafir dari Terengganu yang ambil masa 4 jam perjalanan, bagi lah masa lebih untuk bermain dengan cucu mereka ni. Tak lama singgah dalam 2 jam lebih di sini kemudian mereka bergerak balik
 Oleh kerana ini pengalaman pertama untuk aku mencukur kepala bayi, disebabkan tanggungjawab dan inginkan pengalaman, ada juga bertanya pengalaman kawan-kawan sebelum ini sebagai persediaan dan mindset.Di mulai dengan bahagian tepi telinga kiri dan kanan semasa Irfan sedang menyusu dan tidur. Kemudian diteruskan dengan atas kepala, elakkan dulu bahagian ubun-ubun bayi yang perlu perhatian lebih.. Semasa mencukur, sediakan bekas berisi air untuk basahkan rambut bayi dan untuk letak rambut bayi nanti. Sediakan tisu untuk lap dan buang rambut terkumpul pada mata pisau cukur supaya proses mencukur jadi lancar. Sesekali cuba cukur pada tangan sendiri untuk melihat kelancaran mencukur
Selesai mencukur botak Muhammad Irfan Suyan ni yang berumur 65 hari. Alhamdulillah majlis berjalan lancar menyahut seruan Sunnah Rasulullah s.a.w walaupun terlambat
Moral: atur majlis dengan teliti dan jangan ikut nafsu semata-mata. Seeloknya buat di kalangan ahli keluarga sendiri sebab kita sendiri mengawal masa dan kelapangan serta tidak libatkan orang lain yang tiada berkepentingan. Walaupun dalam Islam tidak menggalakan pembaziran, tapi ikut kemampuan sendiri, bukan kerana adat melayu semata-mata. jika hendak ikut adat melayu, pastikan betul-betul memahami maksud tersirat di sebalik adat.

Baccan tambahan:
http://www.babycenter.com.my/a1033015/cukur-jambul-tradisi-melayu



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ismiqbal.com/2019/02/majlis-cukur-jambul-baby-irfan-65-hari.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Ismiqbal-Introvert+%28Ismiqbal+%3A+An+Introvert+Dad%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Individu Pertama Dikenakan Kompaun Rm1 000 Hari Ini Sebab Tak Pakai Pelitup Muka

20 Individu Pertama Dikenakan Kompaun Rm1 000 Hari Ini Sebab Tak Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 317 hits
Berita 20 individu dikenakan kompaun RM1 000 hari ini kerana tidak mengenakan pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan sosial Ini menjadikan 20 individu tersebut sebagai yang pertama dikenakan kompaun kerana mengingkari Perintah Kawala...
Kluster Pui Sivagangga Bertambah Kkm Jelaskan Punca Utama Kluster Ini Meningkat Hari Demi Hari

Kluster Pui Sivagangga Bertambah Kkm Jelaskan Punca Utama Kluster Ini Meningkat Hari Demi Hari

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 525 hits
PUTRAJAYA Dua lagi individu didapati positif COVID 19 dalam Kluster Pesakit Bawah Siasatan Sivagangga menjadikan jumlah keseluruhan kes positif bagi kluster itu seramai lapan orang setakat ini
Hari Ini Token Listrik Gratis Pln Bulan Agustus Sudah Bisa Diklaim

Hari Ini Token Listrik Gratis Pln Bulan Agustus Sudah Bisa Diklaim

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 229 hits
Pelanggan listrik penerima bantuan dari pemerintah kembali mendapatkan listrik gratis untuk penggunaan bulan Agustus atau klaim token listrik bulan Agustus 2020 Token gratis diberikan kepada pelanggan golongan 450 VA dan 900 VA subsidi Sama...
Suatu Hari Saya Akan Buka Gym Sendiri Untuk Orang Awam Tmj Mahu Rakyat Johor Amal Gaya Hidup Sihat

Suatu Hari Saya Akan Buka Gym Sendiri Untuk Orang Awam Tmj Mahu Rakyat Johor Amal Gaya Hidup Sihat

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 506 hits
Gaya Hidup Selepas berjaya menurunkan berat badan hampir 22 kilogram pemilik kelab Johor Darul Ta zim Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat untuk membina sebuah pusat gimnasium khas untuk rakyat Johor TMJ menerusi laman sosial
5 Hari 3 Dusta

5 Hari 3 Dusta

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 416 hits
Saksikan telefilem 5 Hari 3 Dusta pada 1 Ogos 2020 pukul 8 00 malam di di saluran Okey JUDUL 5 HARI 3 DUSTAWAKTU SIARAN Sabtu 1 Ogos 2020 8 30 malam SIARAN TV TV OkeyPENULIS SKRIP Nazri AwangPENGARAH Asri EliasPRODUKSI Rimbun Hikmah Sdn Bhd...
134 Ditahan Langgar Sop Pkpp Pada Hari Pertama Aidiladha

134 Ditahan Langgar Sop Pkpp Pada Hari Pertama Aidiladha

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 383 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata 3 384 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara kini menjalani kuarantin di stesen khas yang disediakan sejak ia dilaksanakan semula pada 24 Julai PETALING JAYA Polis menahan lebih 100 individu k...
Hari Pertama Perintah Wajib Pakai Pelitup Muka Masyarakat Akur Disiplin Diri

Hari Pertama Perintah Wajib Pakai Pelitup Muka Masyarakat Akur Disiplin Diri

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR 1 Ogos Masyarakat umumnya akur dengan arahan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak bagi mengekang penularan wabak COVID 19 berkuat kuasa mulai hari ini Pemerhatian Bernama di sekitar ibu kota hari...
Tiap Hari Anak Menunggu Kita Beri Cinta Andainya Ada 3 Anak Mesti 3 Layanan Istimewa

Tiap Hari Anak Menunggu Kita Beri Cinta Andainya Ada 3 Anak Mesti 3 Layanan Istimewa

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 229 hits
Benarkah perlu beri kasih sayang baru dapat kasih sayang Sebenarnya fasa perkembangan anak yang pertama banyak kita ambil mudah Menurut Terapis Cara Kerja anak banyak sebenarnya belajar dari ibu ayah tentang Regulasi Emosi masa dalam alam r...
Berburu Pernak Pernik Hari Kemerdekaan Di Pasar Jatinegara

Berburu Pernak Pernik Hari Kemerdekaan Di Pasar Jatinegara

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 201 hits
Berburu Pernak pernik Hari Kemerdekaan di Pasar Jatinegara Menjelang HUT Kemerdekaan Republik Indonesia pada 17 Agustus mendatang Pasar Jatinegara mulai dipadati warga yang ingin mencari beragam pernak pernik Hari Kemerdekaan seperti bender...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas