Majikan Disaran Memberi Pelepasan Waktu Solat Kepada Pekerja




Kementerian Sumber Manusia hari ini melancarkan Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Kerja khususnya untuk pekerja swasta yang beragama Islam di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menerbitkan garis panduan berkenaan setelah perbincangan dan kajian antara kedua-dua pihak dijalankan sejak 2017.

“Garis panduan ini menjadi penanda aras kepada majikan dalam mengendalikan perkara berkaitan pelepasan waktu bekerja bagi pekerja Muslim menunaikan solat seterusnya dapat menyempurnakan pekerjaan sebagaimana waktu kerja di bawah Seksyen 60A Akta Kerja 1955,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran garis panduan berkenaan peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Beliau berkata garis panduan itu dapat memberi penjelasan dan panduan bagi mengelakkan kekeliruan antara pihak majikan dan pekerja berhubung pelaksanaan solat semasa waktu bekerja terutamanya berkaitan pelepasan waktu bekerja untuk menunaikan solat.

“Sebelum ini JTK ada menerima aduan daripada pekerja beragama Islam berhubung isu solat dan persoalan daripada pihak majikan berkaitan pelaksanaan solat dalam waktu bekerja.

“Garis panduan yang dihasilkan dengan kerjasama Jakim ini setelah mengambil kira pandangan dalam Mesyuarat Panel Pakar Syariah yang terdiri daripada kalangan mufti-mufti sebelum ia dilaksanakan,” katanya.



Mengulas lanjut berhubung garis panduan itu, Mahfuz berkata majikan disyorkan untuk memberikan pelepasan waktu untuk pekerja menunaikan solat lima waktu sekurang-kurangya 20 minit bagi setiap solat dan satu jam setengah untuk menunaikan solat Jumaat bagi pekerja lelaki.

“Selain itu, majikan juga disarankan menyediakan tempat menunaikan solat yang sesuai, bersih dan berasingan antara pekerja lelaki dan wanita, kelengkapan asas solat seperti sejadah, tikar serta alas lantai, tempat mengambil air wuduk yang berhampiran dengan ruang solat dan petunjuk arah kiblat yang disahkan Jabatan Mufti Negeri,” katanya.

Mahfuz turut menasihatkan para pekerja beragama Islam supaya menggunakan pelepasan waktu yang diberikan majikan untuk tujuan menunaikan solat dengan sebaik-baiknya.

“Jangan mengambil kesempatan berhubung pelepasan waktu (menunaikan solat) yang diberikan untuk tujuan lain dalam menjaga keharmonian hubungan majikan dan pekerja,” katanya.

Mahfuz berkata sebanyak 15 aduan berkaitan hal pelepasan solat semasa waktu bekerja diterima oleh JTK sepanjang tahun lepas.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata pihaknya kini dalam perancangan untuk menerbitkan garis panduan berpakaian bagi pekerja wanita beragama Islam bagi mengelakkan kekeliruan antara majikan dan pekerja mengenai etika berpakaian yang bersesuaian dalam pelbagai bidang pekerjaan terutamanya sektor swasta.

sumber : islamituindah.info .. tq :) © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/03/majikan-disaran-memberi-pelepasan-waktu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rugi Kalau Solat 5 Waktu Tapi Tak Solat Sunat Rawatib Amat Besar Ganjarannya

Rugi Kalau Solat 5 Waktu Tapi Tak Solat Sunat Rawatib Amat Besar Ganjarannya

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 1306 hits
Apakah solat sunat rawatib Bagaimana cara mengerjakannya Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat rawatib secara mudah dan boleh difahami oleh semua orang Apa yang terbaik dalam panduan ini Anda akan dibimbing langkah demi langkah s...
Lelaki Di Tahan Selepas Bakar Kilang Papan Rumah Kongsi Pekerja Dan Larikan Pacuan Empat Roda Milik Majikan

Lelaki Di Tahan Selepas Bakar Kilang Papan Rumah Kongsi Pekerja Dan Larikan Pacuan Empat Roda Milik Majikan

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 527 hits
TAWAU 11 FEBRUARI 2019 Polis Tawau berjaya menahan suspek disyaki membakar kilang papan dan rumah kongsi pekerja 12 pintu di Batu 5 Jalan Apas kira kira pukul 4 pagi tadi Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata suspek warga Indone...
Waktu Bekerja Fleksi Untuk Kakitangan Kerajaan Membenarkan Pekerja Pulang Selepas 9 Jam Bekerja

Waktu Bekerja Fleksi Untuk Kakitangan Kerajaan Membenarkan Pekerja Pulang Selepas 9 Jam Bekerja

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 1961 hits
Satu penambahbaikan untuk kakitangan awam apabila Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan Waktu Bekerja Fleksi bermula 1 Mac 2019 bagi menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat sepertimana yang diamalkan sekarang Melalui surat yang dikeluarkan...
Tak Puas Hati Dipecat 2 Kali Bekas Pekerja Kelar Leher Majikan Sampai Mati

Tak Puas Hati Dipecat 2 Kali Bekas Pekerja Kelar Leher Majikan Sampai Mati

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 342 hits
Tak puas hati dipecat 2 kali bekas pekerja kelar leher majikan sampai matiFOTO KANAN LIN XINJIESeorang lelaki dari Malaysia telah dipecat oleh majikannya di Singapura kerana tidak menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan Lin Xinjie 30 sal...
Inilah 5 Waktu Makruh Solat Menghampiri Haram Ramai Yang Silap Keliru

Inilah 5 Waktu Makruh Solat Menghampiri Haram Ramai Yang Silap Keliru

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 435 hits
Inilah 5 waktu makruh solat menghampiri haram Ramai yang silap keliruRamai di kalangan kita terkeliru dan salah faham tentang waktu waktu yang diharamkan ditegah atau dilarang melaksanakan solat Sering juga ditanyakan bilakah waktu haram so...
Inilah Sebab Mengapa Puasa Dan Solat Sunat Nabi Daud Paling Disukai Allah Rileks Media

Inilah Sebab Mengapa Puasa Dan Solat Sunat Nabi Daud Paling Disukai Allah Rileks Media

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 469 hits
Dari Abdullah bin Amr bin Al Ash Rasulullah SAW bersabda Puasa yang paling disukai disisi Allah adalah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud Beliau biasa tidur dipertengahan malam dan bangun pada seperti...
Abdul Hadi Imamkan Solat Hajat Perdana Malam Esok

Abdul Hadi Imamkan Solat Hajat Perdana Malam Esok

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 375 hits
Tangkis serangan fitnah terhadap Pas Kepemimpinan Pas bersama ahli serta para penyokong parti itu akan mengadakan solat hajat perdana di Masjid Rusila Marang malam esok 7 Mac bagi menangkis serangan fitnah terhadap Pas Solat hajat itu diada...
Hukum Solat Sambil Bersandar

Hukum Solat Sambil Bersandar

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 428 hits
Soalan Apakah hukum solat sambal bersandar di tiang atau dinding Adakah solat tersebut sah Jawapan Para fuqaha bersepakat akan keharusan solat secara bersandar jika ada keperluan dimana dia tidak mampu untuk solat melainkan dengan bersandar...
Solat Jgn Tinggal Aurat Jaga Buang Ego Maafkan Semua Doktor Kongsi Pengalaman Berdepan Kes Kemtian Tak Kenal Usia

Solat Jgn Tinggal Aurat Jaga Buang Ego Maafkan Semua Doktor Kongsi Pengalaman Berdepan Kes Kemtian Tak Kenal Usia

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 675 hits
Saban hari ada sahaja kisah kemtian yang kita dengar atau baca yang berlaku di negara ini Malah kadangkala ia berlaku tanpa dijangka atau lebih tepatnya secara tiba tiba Hakikatnya tiada siapa boleh mengelak saat ajal datang menjemput kita ...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Certot Pelaris