Hukum Solat Sambil Bersandar



Soalan:
Apakah hukum solat sambal bersandar di tiang atau dinding? Adakah solat tersebut sah?

Jawapan:
Para fuqaha’ bersepakat akan keharusan solat secara bersandar jika ada keperluan, dimana dia tidak mampu untuk solat melainkan dengan bersandar kepada sesuatu.
(Rujuk Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 4/105 dan Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 3/259)

Namun mereka berbeza pandangan pada hukum solat secara bersandar bagi mereka yang tiada keperluan padanya. Menurut Imam al-Nawawi, disyaratkan dalam berdiri sewaktu solat untuk berdiri tegak dan lurus. Namun timbul persoalan samada berdiri itu perlu secara kendiri tanpa bantuan atau tidak. Pandangan yang paling tepat ialah seseorang tidak disyaratkan untuk berdiri secara kendiri tanpa bantuan luar. Contohnya jika seseorang itu bersandar pada dinding atau orang lain, dimana jika tempat sandaran ini tiada, orang yang bersandar itu akan jatuh, maka solatnya sah namun hukumnya makruh. Pandangan kedua pula menyatakan disyaratkan berdiri secara kendiri, maka tidak sah solat secara bersandar jika dia mampu berdiri tegak tanpa perlu bersandar. Pandangan ketiga pula menyatakan harus bersandar jika dia mampu berdiri tegak tanpa bersandar.
(Rujuk Raudhah At-Thalibin 1/232-233, I’anah al-Thalibin 1/136, Asna al-Matolib fi Syarh Raudh al-Tolib 1/145 dan Kifayah al-Akhyar 1/102)

Sementara mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali serta salah satu pandangan mazhab Syafi’e menyatakan, solat orang yang bersandar dimana jika dialih tempat bersandar dan dia terjatuh, maka solat tersebut tidak sah, kerana ia tidak dianggap sebagai berdiri yang menjadi salah satu rukan solat fardhu. Adapun jika dia tidak jatuh jika dialihkan tempat bersandar, maka hukumnya makruh.
(Rujuk Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 4/105, Mukhtasar al-Akhdhari fi al-‘Ibadat ‘ala Mazhab al-Imam Malik 1/23 dan Daqa’iq Uli al-Nuha Syarh Muntaha al-Iradat 1/209)

Kesimpulan

Tuntasnya, kami mentarjihkan pandangan mazhab Syafi’e, di mana hukum solat secara bersandar tanpa sebarang keperluan adalah sah, meskipun dia akan jatuh sekiranya tempat bersandar itu dialihkan.

Namun demikian, kami berpandangan adalah lebih baik bagi seseorang yang mampu solat dalam keadaan berdiri tegak untuk mengelakkan bersandar dan mengelakkan perkara-perkara makruh dalam solat. Ini mengambil kira pandangan jumhur yang menghukumkannya sebagai tidak sah.

Perintah Allah SWT mestilah dilakukan dengan cara yang terbaik dan sesempurna mungkin, lebih-lebih lagi solat yang menjadi tiang agama Islam. Firman Allah SWT:

وَقُومُوا لِلَّـهِ قَانِتِينَ
“Dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.” [Surah al-Baqarah (238)]

Isu ini merupakan isu khilaf, dan antara adab dalam beramal dengan perkara khilaf adalah dengan mengelakkannya semampu mungkin, sepertimana yang disebut dalam satu kaedah fiqh:

الخروج عن الخلاف مستحب
“Keluar dari perkara khilafiyyah itu adalah sunat dan digalakkan.”

Wallahu a’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/hukum-solat-sambil-bersandar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Hukum Membaca Al Quran Tanpa Menutup Aurat Dan Sambil Berbaring Rileks Media

Apa Hukum Membaca Al Quran Tanpa Menutup Aurat Dan Sambil Berbaring Rileks Media

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 374 hits
Wanita wajib menutup aurat kalau mau bertemu dengan yang bukan muhrim dan kalau mau shalat seperti yang diterangkan dalam hadis berikut Sesungguhnya Allah tidak akan menerima shalat wanita yang sudah baligh kecuali menutup auratnya Hadits i...
Apakah Hukum Mengambil Wudhuk Sambil Bercakap

Apakah Hukum Mengambil Wudhuk Sambil Bercakap

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 391 hits
Pernahkah anda melihat seseorg yg mengambil wudhuk dan pada masa yg sama bercakap Perkara ini bukanlah masalah baru dan topik ini seringkali menjadi perbualan Namun dari segi hukum Islam bagaimana Apakah Hukum Mengambil Wudhuk Sambil Bercak...
Apakah Hukum Melaksanakan Solat Gerhana Matahari

Apakah Hukum Melaksanakan Solat Gerhana Matahari

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 585 hits
Koleksi Soal Jawab AgamaApakah Hukum Melaksanakan Solat Gerhana MatahariCredit pic Apakah Hukum Melaksanakan Solat Gerhana MatahariSoalan Apakah hukum melaksanakan solat gerhana matahari Jawapan Solat gerhana matahari adalah salah satu sola...
Apakah Hukum Jika Solat Sunat Istikharah Mohon Petunjuk Bagi Masalah Perce Raian Rileks Media

Apakah Hukum Jika Solat Sunat Istikharah Mohon Petunjuk Bagi Masalah Perce Raian Rileks Media

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 367 hits
Disyariatkan solat istikharah dalam urusan yang mubah atau membandingkan keutamaan antara beberapa perkara yang sunnah Soal Apakah dibolehkan salat istikharah dalam urusan ce rai Jawab Alhamdulillah Pertama disyariatkan salat istikharah dal...
Soal Jawab Hukum Oleh Mufti Berkaitan Ibadah Solat

Soal Jawab Hukum Oleh Mufti Berkaitan Ibadah Solat

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 371 hits
Ini perkongsian soal jawab hukum berkaitan ibadah solat yang dikongsikan melalui facebook Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Dato Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al Bakri merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang baru dilantik bermula 2...
Cara Angkasawan Muslim Solat Dan Puasa Di Angkasa

Cara Angkasawan Muslim Solat Dan Puasa Di Angkasa

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 261 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Kisah berada di International Space Station yang jauh dari bumi Untuk pengetahuan semua Dr Sheikh Muszaphar bukan merupakan angkasawan Muslim pertama Sebelum ini Putera Sultan bin Salman dari Arab Saudi
Bersekedudukan Dengan Bukan Mahram Solat Berjemaah Bersama

Bersekedudukan Dengan Bukan Mahram Solat Berjemaah Bersama

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 258 hits
Soalan Saya lelaki bujang dan dalam usaha memperbaiki diri sendiri Saya tinggal bersama dengan teman wanita saya dan bersekedudukan dalam rumah dan katil yang sama Kami juga melakukan solat berjemaah dan saya menjadi imam kepada teman wanit...
Inilah Cara Solat Jamak Taqdim And Takhir Dengan Betul Panduan Dari Jakim

Inilah Cara Solat Jamak Taqdim And Takhir Dengan Betul Panduan Dari Jakim

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 890 hits
Selalunya di hentian R R Lebuh Raya Utara Selatan kita biasa nampak tatacara panduan dan cara solat jamak dan qasar di dinding surau Bila mahu solat kita baca Lepas itu lupa Jika singgah lagi di R R baca lagi Selepas itu lupa lagi Mungkin k...
Rupanya Solat Zuhur Dan Asar Tak Dikuatkan Bacaannya Adalah Kerana Sebab Sebab Berikut

Rupanya Solat Zuhur Dan Asar Tak Dikuatkan Bacaannya Adalah Kerana Sebab Sebab Berikut

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 526 hits
Tahukah anda mengapa solat zuhur dan asar tidak bersuara kuat Pertanyaan ini mungkin mewakili sebahagian besar masyarakat muslim awam yang mungkin hanya sekadar mengikuti apa yang telah dilakukan oleh ayah ibu dan masyarakat di sekelilingny...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


Panduan Terbaik Untuk Menghadapi Ujian Psikometrik Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Fa5

Readers Poll 2024 Winners Announced Practical Fishkeeping

Persiapan Sekolah Dan Perbelanjaan Asrama 2025

180 Video Belajar Iqro 1 6 Dari Yufid Tv

Sedekad Ketiadaan Tokguruku Nik Aziz

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen