Inilah 5 Waktu Makruh Solat Menghampiri Haram Ramai Yang Silap Keliru


Inilah 5 waktu makruh solat & menghampiri haram.Ramai yang silap & keliru

Ramai di kalangan kita terkeliru dan salah faham tentang waktu-waktu yang diharamkan, ditegah atau dilarang melaksanakan solat. Sering juga ditanyakan bilakah waktu haram solat? Dan di manakah batasannya antara waktu yang diharamkan dengan yang dibolehkan atau dengan kata lain dari pukul berapa sampai pukul berapakah tempoh masanya waktu yang diharamkan itu?
Setelah sekian lama tertangguh, tiba juga topik bagi menghuraikan tentang waktu-waktu yang dilarang menunaikan solat. Dalam masa 24 jam yang dikurniakan Allah سبحانه وتعالى kepada kita, tidak semua waktu boleh digunakan untuk melaksanakan solat2 sunat.
A.  Waktu-Waktu Yang Ditegahkan Solat
Selain umat muslim diwajibkan untuk menjalankan solat lima waktu, ternyata ada lima waktu juga yang dimakruhkan (walaupun menghampiri haram) untuk melaksanakan solat. Sebenarnya ada dua pendapat mengenai hukum lima waktu yang tidak dibenarkan untuk menjalankan solat ini. Iaitu Makruh-Tahrim (makruh yang mendekati haram) dan Makruh-Tanzih (suatu perbuatan yang apabila dilakukan akan mendatangkan murka Allah / pekerjaan yang sangat dibenci Allah سبحانه وتعالى).
Perkara ini ada disebutkan di dalam hadis :
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس
Daripada Abi Hurairah r.a : “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ melarang dari mengerjakan solat selepas Asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas Subuh sehingga terbit matahari.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad.)
Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu2 yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan ‘Karahah Tahrim’ [Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil].
- Iklan -
B.  Lima Waktu Ditegah Melakukan Solat
Dalam banyak waktu solat yang perlu diwaspada adalah mengenai lima masa yang dilarang melakukan solat sunat. Bilakah lima waktu tersebut?
1)      Sesudah menunaikan Solat Fardhu Subuh sehingga terbit matahari.
2)      Semasa terbit matahari sehingga ia meninggi kadar setombak.
3)      Ketika matahari tegak di atas kepala sehingga ia condong ke barat.
4)      Selepas menunaikan Solat Fardhu Asar sehingga terbenam matahari.
5)      Semasa matahari hampir terbenam sehingga tenggelam seluruh bulatannya.
Kesemua 5 waktu di atas dikecualikan bagi mereka yang berada di Tanah Haram, Makkah al-Mukarramah.
C.  Tiga Berhubung Dengan Waktu Dan Dua Berhubung Dengan Perbuatan
Berpandu daripada hadis-hadis, ulama menjelaskan terdapat lima waktu yang dilarang bersolat, iaitu tiga berkenaan dengan waktu atau masa manakala dua lagi berkaitandengan perbuatan:
1.  Tiga Waktu Haram Berhubung Dengan Waktu
Tiga waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan masa:
1) Dari ketika terbit matahari di ufuk timur sehingga naik dengan kadar satu tombak atau 7 hasta pada pandangan mata iaitu kira-kira 3 darjah bersamaan 12-15 minit (dalam tempoh 12-15 minit setelah terbit matahari).
2) Ketika matahari tegak di atas kepala iaitu dari ‘Istiwa’ (matahari berada di tengah2langit) matahari sehingga ‘Zawal’ (gelincir/condong matahari ke barat). Tempohnya terlalu singkat, ditegah solat ketika ini kecuali pada hari Jumaat.
3) Semasa matahari kemerahan di waktu senja dan hampir terbenam matahari di ufuk Barat sehingga tenggelam seluruh bulatannya iaitu masanya berakhir sejurus saja masuknya waktu Maghrib.
Daripada Uqbah bin Amir Al Juhani r.a., katanya:
ثَلَاثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ فِيهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِينَ يَقُومُ قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حَتَّى تَمِيلَ الشَّمْسُ وَحِينَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ حَتَّى تَغْرُبَ
“Ada tiga waktu yang Rasulullah ﷺ melarang kita solat  atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Pertama, ketika matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua ketika matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga dia telah condong ke barat. Ketiga, ketika matahari hampir terbenam sehingga dia telah tenggelam sama sekali.”
2.  Dua Waktu Haram Berhubung Dengan Perbuatan
Dua waktu yang ditegah atau dilaranguntuk solat yang berhubung dengan perbuatan
1)      Selepas melaksanakan Solat Fardhu Subuh sehingga terbit matahari.
2)      Selepas melaksanakan Solat Fardhu Asar sehingga terbenam matahari.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَعَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
“Bahawasanya Rasulullah ﷺ melarang solat sesudah solat Asar hingga matahari terbenam, dan sesudah solat Subuh hingga matahari terbit.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
Dari Abu Said al-Kudri r.a. bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak ada solat setelah solat Subuh sampai naik matahari dan tidak ada solat setelah Asar sehingga matahari terbenam.”
Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Jika hijab matahari telah terlihat, tangguhlah solat sehingga benar-benar nampak. Jika matahari menghilang, tangguhlah solat sampai matahari benar-benar terbenam.”  (Muttafaq ‘alaih).
D.  Dua Kategori Waktu Ditegah Solat
Pada lima waktu yang ditegah dan dilarang melakukan solat-solat sunat, ianya boleh dibahagikan kepada dua kategori:
1) Solat2 sunat yang tidak bersebab dan tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya, seperti:
a)  Solat Sunat Mutlak,
b) Solat Sunat Tasbih dan sebagainya.
2) Solat2 sunat yang bersebab tetapi sebabnya itu datang terkemudian (asbab muta’akkhir), seperti:
a)Solat Sunat Istikharah
b)Solat Sunat Musafir
c)  Solat Sunat Ihram
d)Solat Sunat Hajat
Sebab Solat Sunat Musafir itu adalah kerana hendak keluar memulakan safar atau perjalanan, ia hanya berlaku setelah melaksanakan solat Musafir manakala Istikharah itu pula kerana membuat suatu perkara itu dimulakan selepas melaksanakan solat Istikharah.
E.  Pengecualian Solat Pada Waktu-Waktu Larangan
Dalam mazhab Syafi‘ larangan solat pada waktu-waktu tersebut dikecualikan dalam keadaan berhubung dengan tempat dan waktu.
1) Tempat : Tanah Haram Makkah: Kesemua lima waktu yang diharamkan solat tersebut ‘Tidak Terpakai’ dan dikecualikan di Masjidil Haram dan kawasan2 tanah haram di persekitaran Makkah, maka solat di semua kawasan ini dibolehkan dan bebas pada bila2 masa, tanpa ada waktu yang diharamkan.
Dibenar melaksanakan apa saja jenis solat di tanah suci Makkah tanpa mengira sebarang waktu sekalipun pada waktu yang terlarang. Pendapat ini adalah yang shahih di dalam mazhab Syafi‘ie dan disokong dengan hadis Rasulullah ﷺ, sabda Baginda : “Wahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu melarang seseorang Tawaf di rumah ini (Baitullah) dan solat pada bila2 waktu yang dia sukai, malam atau siang.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi)
2) Waktu : Di waktu Istiwa sehingga Zawal pada hari Jumaat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa melaksanakan solat ketika matahari tegak (rembang panas) adalah ‘Makruh Tahrim’. Bagaimanapun ia dikecualikan pada hari Jumaat.
Perkara ini dijelaskan di dalam sebuah hadis daripada Qatadah daripada Nabi ﷺ, katanya: “Bahawasanya Baginda membenci solat pada tengahari (rembang) kecuali pada hari Jumaat.” dan Baginda ﷺ bersabda: “Sesunguhnya neraka Jahannam dimarakkan (pada ketika itu) melainkan pada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Abu Daud)
F.  Tambahan Pengecualian
Lima waktu di atas memang tidak dibenarkan untuk mendirikan solat. Tetapi, jika ada suatu sebab yang munasabah, maka DIBENARKAN, contohnya seperti tiga perkara berikut:
1)  Sewaktu kesiangan untuk bangun Solat Subuh dan ketika itu matahari sudah terbit, maka tetap diwajibkan untuk Solat Subuh.
2)  Begitu juga dengan Solat Asar, sekiranya kita terlambat untuk melakukan solat tersebut dan ketika itu bersamaan dengan masa tenggelamnya matahari, kita tetap diwajibkan untuk melaksanakan solat Asar.
3)   Ketika baru tersedar dari pengsan atau baru pulih dari penyakit gila, maka tetap dituntut untuk melaksanakan solat yang tertinggal.
G.  Hukum Solat Ketika Khutbah Jumaat
Apabila khatib telah naik ke atas mimbar atau sedang berkhutbah, maka para jemaah dituntut untuk mendengar dan menumpukan perhatian kepada khutbah yang disampaikan. Dilarang melaksanakan solat walaupun solat itu adalah Solat Qadha kecuali boleh melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid atau yang lebih afdhalnya dengan melakukan Solat Sunat Rawatib (Solat Sunat Qabliyah Jumaat) sebagai gantinya serta diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) Solat Sunat Tahiyatul Masjid tersebut.
H.  Kesimpulannya,
Meskipun solat merupakan ibadat yang terunggul di sisi Allah سبحانه وتعالى, namun ibadat tersebut mesti mengikut cara peraturan yang dikehendaki-Nya. Walau bagaimana indah dan baiknya sesuatu ibadat mengikut pandangan sendiri, akan tertolak ibadah itu sekiranya tidak menepati kehendak Allah سبحانه وتعالى.
Firman Allah سبحانه وتعالى :
فَأَقِيْمُوا الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ كِتَابًا مَوْقُوْتًا.
“Maka dirikanlah olehmu akan solat sesungguhnya solat itu difardhukan ke atas orang mukmin pada waktu yang ditetapkan.” (Surah An-Nisa’ : Ayat 103)
Kalau ditelti hadis-hadis tersebut, cuma solat sunat sahaja tidak boleh dilakukan selepas Solat Subuh atau selepas Solat Asar. Ada pun lebih afdal solat di awal waktu, larangan ini bukan untuk solat fardhu yang misalnya dihujung waktu Asar hingga masuknya waktu Maghrib, atau di penghujung Subuh hingga terbit matahari.
Cubalah sedaya upaya untuk melaksanakan solat di awal waktu kerana solat adalah suatu kewajipan yang telah ditentukan waktunya bagi orang2 yang beriman. Sahnya solat bergantung kepada syarat sah solat dan rukun2 solat yang 13. Adapun antara syarat sah solat adalah hendaklah yakin telah masuk waktu solat. bagi mereka yang solat, kemudian ketika sedang solat tiba2 masuk waktu solat seterusnya, semoga Allah سبحانه وتعالى terima solat yang kita lewatkan secara sengaja ataupun tidak itu.
Berkaitan dengan waktu tahrim, mereka yang melanggar larangan solat dalam waktu itu dikira melanggar larangan Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah ﷺ, jadi maksudnya berdosa atau solat itu tidak sempurna. Sedangkan solat itu adalah perkara pertama yang akan dihitung; sempurna solat kita, maka amalan yang lain pun akan Allah سبحانه وتعالى terima, kalau solat kita dah sangkut, bagaimana dengan amalan2 kita yang lain? Jadi, marilah kita muhasabah diri kita, adakah solat kita selama ini sudah sempurna untuk layak dikemukakan di Padang Mahsyar untuk dihisab kelak?
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah yang Maha Mengetahui)
Sumber: shafiqolbu.wordpress.com
Sumber


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2019/02/inilah-5-waktu-makruh-solat-menghampiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaikat Akan Tetap Menyeret Kita Ke N3raka Jika Melakukan Perkara Ini Walaupun Solat 5 Waktu Rileks Media

Malaikat Akan Tetap Menyeret Kita Ke N3raka Jika Melakukan Perkara Ini Walaupun Solat 5 Waktu Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 346 hits
Sekadar renungan dan peringatan bersama Para Malaikat meny3retnya melalui orang ramai menuju ke arah api n3raka yang menjulang2 Dia menj3rit sekuat hati dan tertanya2 jika ada mana2 orang yang mampu membantunya Dia menj3rit lagi sambil meny...
Boss Walaupun Dalam Lokap Saya Jaga Solat 5 Waktu Papagomo Ikut Nasihat Asyraf Wajdi

Boss Walaupun Dalam Lokap Saya Jaga Solat 5 Waktu Papagomo Ikut Nasihat Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 378 hits
KETUA Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kagum dengan semangat juang Wan Muhammad Azri atau Papagomo walaupun dianiaya Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sehingga terpaksa merengkok di dalam lokap selama tiga malam Beliau...
Ikan Kering Dipijak Dan Dijilat Sekumpulan Anjing Di Kedah Halal Atau Haram

Ikan Kering Dipijak Dan Dijilat Sekumpulan Anjing Di Kedah Halal Atau Haram

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 589 hits
Adakah anda seorang penggemar tegar ikan dan udang kering Tahukah anda bahawa semalam telah tular gambar dan rakaman insiden sekumpulan anjing memakan dan memijak ikan kering dijemur Sila baca sehingga habis artikel yang dilaporkan oleh UTU...
Amalkan Mandi Haram Aura Seminggu Sekali

Amalkan Mandi Haram Aura Seminggu Sekali

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 283 hits
Assalamualaikum Dan Salam SejahteraAmalkan Mandi Garam Aura Seminggu SekaliAmalkan Mandian Garam Aura Untuk Meningkatkan Aura Positif Di Dalam Diri Mesti ada yang pernah dengar tentang garam aura bukan Bagi yang tak pernah atau belum tahu t...
Musa Aman Berdepan 16 Pertuduhan Tambahan Ubah Wang Haram

Musa Aman Berdepan 16 Pertuduhan Tambahan Ubah Wang Haram

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 309 hits
Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan tambahan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai lebih AS 37 8 juta Musa 68 yang sebelum ini didak...
Operasi Putrajaya Sekat Eksport Haram Pasir

Operasi Putrajaya Sekat Eksport Haram Pasir

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 423 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Gambar hiasan Kapal angk...
Tak Sampai 100 Hari Menang Di Cameron Highlands Menteri Besar Pahang Arah Robohkan Premis Haram

Tak Sampai 100 Hari Menang Di Cameron Highlands Menteri Besar Pahang Arah Robohkan Premis Haram

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 530 hits
Sekalung tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerana tegas mengambil tindakan pantas membanteras penerokaan tanah di Cameron Highlands tanpa kebenaran kerajaan negeri Tindakan tidak sampai 100 hari k...
Demi Kesehatan Sejumlah Hal Ini Haram Kamu Lakukan Di Atas Tempat Tidur

Demi Kesehatan Sejumlah Hal Ini Haram Kamu Lakukan Di Atas Tempat Tidur

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 199 hits
Kasur atau tempat tidur kita di rumah merupakan salah satu tempat penting untuk menjaga kesehatan kita Oleh karena itu terdapat sejumlah hal yang sebaiknya kamu hindari untuk dilakukan di atas tempat ini
Americk Mengaitkan Rameli Dan Clare Dengan Pengubahan Wang Haram

Americk Mengaitkan Rameli Dan Clare Dengan Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 324 hits
Mereka disyaki memindahkan wang sebanyak RM1 4 juta ke UK dengan cara mengistiharkannya sebagai bayaran untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah Jika tidak mereka tidak akan dapat memindahkan wang itu ke UK atau mendapat kelulusan dari Bank...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal