Mais Tarik Balik Tauliah Mengajar Agama Untuk Aktivis Politik


 



December 28, 2021 Mulai 1 Jan ini semua tauliah mengajar yang sebelum ini diberikan aktivis politik di Selangor terbatal dan akan ditarik balik, kata Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Serentak dengan itu juga, kata Mais, tauliah untuk mengajar agama kepada individu yang terlibat aktif dalam politik juga tidak akan dikeluarkan lagi.
Pengerusi Mais, Abdul Aziz Mohd Yusof berkata langkah itu dibuat sebagai menjunjung titah Sultan Selangor yang tidak membenarkan Islam dipolitikkan dan dijadikan sebagai bahan politik oleh mana-mana pihak khususnya di masjid dan surau.Bagi menjaga kesucian Islam di Selangor, Sultan Selangor tidak perkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik kerana dikhuatiri ia boleh disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana parti politik yang akhirnya akan membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam di Selangor serta mencemarkan agama.
“Sultan Selangor turut menitahkan agar tauliah mengajar agama Islam di negeri ini yang telah diberikan kepada mana-mana aktivis politik ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Abdul Aziz selaras dengan titah Sultan Selangor tersebut, Jawatankuasa Tauliah Mais akan menyemak semula semua tauliah mengajar agama Islam yang dikeluarkan. Katanya mana-mana tauliah yang telah diberikan kepada aktivis politik akan ditarik balik berkuat kuasa pada 31 Dis 2021.
Pada 26 Ogos lalu Menteri Besar Amirudin Shari berkata ahli Dewan Diraja Selangor bersetuju untuk tidak lagi memberikan tauliah mengajar agama Islam kepada aktivis politik di semua masjid dan surau di negeri itu.
Katanya keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Dewan Diraja Selangor pada Mac 2019.
“Pada April lalu, Mais menerusi mesyuarat jawatankuasa tauliah juga memutuskan bagi ahli politik yang masih mempunyai tauliah, ia akan terus berkuat kuasa dan dikekalkan sehingga tamat tempoh sah dengan syarat individu berkenaan tidak menyampaikan ceramah yang menyentuh isu kepartian, mengaitkan individu tertentu dan menyebarkan fitnah.
“Ahli politik berkenaan juga perlu menjaga akhlak dan terus memelihara kemuliaan masjid serta surau sebagai pusat ilmu dan dakwah setempat,” katanya pada sidang Selangor.
Abdul Aziz berkata exco agama Islam Selangor masih boleh menyampaikan pengajaran dengan syarat ia tidak menyentuh hal berkaitan politik dalam perkara yang disampaikan.
“Pengecualian ini juga selaras dengan titah Sultan Selangor tersebut,” katanya, memetik Malaysiakini.
Tambah Abdul Aziz seseorang yang mengajar agama Islam tanpa tauliah merupakan kesalahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.
Jika disabit bersalah, katanya, seseorang itu boleh dihukum dengan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“Selain itu, mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari atau mempertikaikan titah Sultan Selangor atas sifat baginda sebagai ketua agama Islam berhubung dengan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam bagi mana-mana aktivis politik juga adalah merupakan suatu kesalahan di bawah perenggan 12(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995) yang jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua hukuman berkenaan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/mais-tarik-balik-tauliah-mengajar-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
32 Aktivis Politik Dilarang Mengajar Di Masjid Surau Selangor

32 Aktivis Politik Dilarang Mengajar Di Masjid Surau Selangor

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 615 hits
FMT ReportersSHAH ALAM Tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada 32 aktivis politik di Selangor ditarik balik berkuat kuasa 31 Dis ini Perkara itu diputuskan Majlis Agama Islam Selangor yang menjunjung titah Sultan Selangor Sultan ...
Ajal Pulang Mengajar Tokoh Agama Rentung Nahas Lima Kenderaan

Ajal Pulang Mengajar Tokoh Agama Rentung Nahas Lima Kenderaan

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 227 hits
Oleh Nahas berlaku di Jalan Sungai Jagung Padang Pusing Pendang Kedah kira kira pukul 4 40 petang SEORANG tokoh agama yang dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat beliau mengajar ditemui rentung dalam kemalangan jalan raya membabitka...
Tarik Balik Pindaan Akta 342 Elak Individu Dianiaya

Tarik Balik Pindaan Akta 342 Elak Individu Dianiaya

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 207 hits
FAZLI RADZIPejuang Muda Malaysia menggesa kerajaan menarik kembali kertas cadangan Rang Undang Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan membuat penilaian semula Ketuanya Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata kerajaan perlu ...
Masyarakat Cina Kembali Sokong Gps Kata Aktivis Politik

Masyarakat Cina Kembali Sokong Gps Kata Aktivis Politik

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 197 hits
Orang ramai di pusat mengundi semalam Seorang aktivis berkata masyarakat Cina menyokong SUPP parti komponen dalam GPS PETALING JAYA Kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak dalam pilihan raya negeri
Hiburan Tarikh Anniversary Sama Dengan Pemergian Ayah Bapa Meninggal Lepas Balik Dari Pejabat Agama

Hiburan Tarikh Anniversary Sama Dengan Pemergian Ayah Bapa Meninggal Lepas Balik Dari Pejabat Agama

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 244 hits
Siapa sangka majlis yang sepatutnya dipenuhi dengan rasa gembira dan bahagia bertukar menjadi duka dalam sekelip mata 6 hari laluPengantin Batal Majlis Kahwin Jamu Lauk Kenduri Buat Mangsa BanjirAdvertisementTular sebuah video kenduri kahwi...
Penarikan Tauliah Mengajar Di Selangor

Penarikan Tauliah Mengajar Di Selangor

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 340 hits
DIKATAKAN PAS PALING TERKESAN ANGKARA PENARIKAN TAULIAH TERSEBUT ATE KALAU TAK BOLEH MENGAJAR DI MASJID DAN SURAU ISHHH PAS ADA MARKAS MENGAJAR SAHAJA LA KAT MARKAS TU APA YANG SUSAHNYA TENTANG PERPECAHAN PADA UMAT ISLAM KAN KE TU BIASA SAH...
Guru Agama Baru Selesai Mengajar Rentung Kereta Terbakar

Guru Agama Baru Selesai Mengajar Rentung Kereta Terbakar

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 200 hits
Guru agama baru selesai mengajar rentung kereta terbakar PENDANG Seorang guru agama maut apabila kereta dipandunya terbakar selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Sungai Jagung Padang Pusing dekat Pendang pada ...
Elok Sangat Tarik Tauliah Orang Pas

Elok Sangat Tarik Tauliah Orang Pas

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 269 hits
Ahmad Sayuti Bashiron Hari pertama JAIS tarik balik Tauliah mengajar di masjid surau Selangor apabila beberapa penceramah terkenal dikaitkan politik atau diterima banyak aduan mereka jadikan medan kuliah masjid surau sebagai medan kempen po...
Daesh Pendakwaan Tarik Balik Rayuan Hukuman Penjara Dua Lelaki

Daesh Pendakwaan Tarik Balik Rayuan Hukuman Penjara Dua Lelaki

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 202 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa membatalkan rayuan pendakwaan terhadap hukuman penjara dua tahun yang dijatuhkan ke atas dua rakan kerana memberi bantuan kewangan RM100 bagi melakukan aktiviti keganasan di Indonesia empat tahu...
Walkie Talkie Serangan Teknologi Baru Pbb Israel As Kalah

Aeon Mall Bukit Tinggi Klang Meriah Dengan Pameran Transformers One

Investment Grade 5 Lots From Bonhams 2024 Autumn Stafford Sale

Apa Maknanya Jika Mengalami Kencing Berbuih

Menu Dinner Pak Zain Discharged

Ulangtahun Kelahiran Dak Kakak Dan Gerakan Reformasi

Baru Draf La Benggong Rupanya

Doa Naik Kapal Laut


echo '';
10 Fakta Biodata Ustaz Wadi Annuar Wadi Anuar Termasuk Kisah Kahwin Bercerai Dan Bekas Isteri

Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Khasiat Jus Tembikai Rahsia Awet Muda Dan Ceria Sepanjang Hari

Resepi Mooncake Halal

Spinning The Wheel Of Fortune A Deep Dive Into Online Roulette Strategies

Penyelewengan Akidah Pemimpin Gisb Dakwa Mampu Hubungi Nabi Dalam Sedar Bekas Ahli

Gadis Diarah Tanggal Pakaian Sebagai Bukti Bukan Lelaki

Perlis Issues Fatwa First State To Declare Gisbh A Deviant Group