Mainan Tak Tenggelam Jawapan Jujur Kanak Kanak M4ngsa Banjir Ditanya Tentang Permainan Buat Ramai Tersentuh Hati
“MAINAN tak tenggelam… sebab saya memang takde mainan.”
Begitulah kata-kata ikhlas oleh seorang kanak-kanak, Arash, yang menjadi salah seorang m4ngsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.
Satu video tular yang dimuat naik di sebuah laman sosial oleh pertubvhan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction menunjukkan para sukarelawan sedang mengagihkan bantuan berbentuk buku kepada m4ngsa banjir di sana.
Menerusi rakaman tersebut, salah seorang anggota sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Alief bertanyakan kepada kanak-kanak berkenaan yang sedang tekun mencari sesuatu daripada buku-buku dan barangan lain sumbangan orang ramai.
Arash merupakan salah seorang m4ngsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.
Setelah ditanya apa yang sedang dicari oleh Arash, jawapannya adalah dia sedang mencari buku lukisan.
“Adik Arash ni nampak macam sangat berminat dengan buku lukis-lukis sebab waktu dia datang dekat kami, tak macam kanak-kanak lain yang cari buku kartun.
“Dia cari buku berbeza dengan kanak-kanak lain kemudian dia bawa kami balik rumah dia.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
“Lagi buat kami tersentuh hati bila Arash sempat tanya ‘buku ikan’ untuk adik dia. Adiknya suka buku ikan,” ujar Alief ketika dihubungi mStar.
Reaksi mereka memang seolah first time dapat mainan.ALIEFDalam pertemuan itu, Arash sempat memberitahu bahawa buku-buku lamanya telah rosak akib4t banjir sehingga terpaksa dibuang.
Namun, berlaku situasi yang lebih menyayat hati apabila sukarelawan bertanyakan pula mengenai mainan milik kanak-kanak berusia lapan tahun ini.
“Bila kami tanya mengenai mainan dia terkena banjir atau tak, katanya mainan tak tenggelam… sebabnya memang dari sebelum banjir dah tak ada mainan.
Kanak-kanak ini terus mula melukis sejurus tiba di rumah.
Setelah melihat sendiri kediaman Arash yang kosong, pasukan sukarelawan datang buat kali kedua tidak lama selepas pertemuan pertama untuk memberikan mainan kepada Arash dan adik-adiknya.
Rakaman video itu juga menunjukkan adik kepada Arash melompat gembira melihat sukarelawan datang ke rumah mereka dengan membawa permainan.
“Melihat keadaan keluarga dia, memang nampak macam mereka tak mampu nak belikan mainan untuk Arash dan adik-adik dia yang lain.
Kanak-kanak ini menerima set melukis daripada pihak MyFundAction.
“Jadi kami bawakan mainan baharu untuk mereka. Reaksi mereka memang seolah olah first time dapat mainan,” ujar Alief yang turut berkesempatan berkunjung ke rumah Arash di Flat Valencia, Taman Sri Muda.
Di situlah mereka mengenali ahli keluarga kanak-kanak itu dengan lebih dekat. Arash mempunyai seorang abang berumur 13 tahun dan dua adik yang mana salah seorang daripadanya mengh1dap aut1sme.
“Kawasan flat ni salah satu tempat yang boleh dikatakan tervk terkesan dengan banjir. Rumah Arash pulak dekat ground level sebab tu air naik sampai bumbung. Jadi memang rumah Arash total lost,” ujar sukarelawan berusia 24 tahun itu.
Adik kepada Arash yang menerima mainan oleh MyFundAction.
Salah seorang adik Arash menerima mainan ‘dinosaur’ dan dia mengaku sangat gembira menerima permainan itu.
Raut wajah gembira yang terpancar adik-beradik ini telah meraih perhatian ramai netizen di ruangan komen TikTok milik pertubvhan bukan kerajaan ini dengan meraih lebih 1.9 juta tontonan.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2022/01/mainan-tak-tenggelam-jawapan-jujur.html