Mainan Ini Wajib Patut Kena Ada Di Rumah Anda Penting Untuk Perkembangan Anak
Sebagai ibu bapa, apabila anda membeli mainan apa ciri utama yang anda cari? Menarik atau fungsi mainan itu sendiri? Sebenarnya mainan anak-anak mempunyai fungsinya tersendiri mengikut usia kanak-kanak. Pilih lah yang sesuai mengikut usia dan mampu merangsang perkembangan anak.
Tapi mainan bagaimana yang sesuai? Ikuti penjelasan daripada Puan Aishah Kassim, Terapi Bahasa dan Pertuturan.
Mainan ‘cause & effect’
Mainan mcm ni sesuai untuk kanak2 berusia 6 bulan – 2 tahun kerana mainan sebegini banyak memberikan input sensori pada kanak-kanak. Mainan sebegini biasanya perlu ditekan, dipusing, dipicit, digoncang dll lagi untuk menghasilkan effect. Memahami cause & effect adalah kemahiran kognitif (berfikir) yang biasanya terbentuk pada usia 3-6 bulan lagi. Kemahiran paling awal adalah bayi 0 dan kesannya, ibu datang memberi susu, menukar lampin dll respon yang diperolehi hasil dari tangisan tadi. Apabila usia mereka meningkat, mereka akan belajar kemahiran cause & effect yang lebih kompleks seperti menggoncang rattles, menekan butang, dll. Sebab tu kalau kita tengok, kanak-kanak suka main suis lampu, sebab bila di tekan, lampu menyala. Bagi kanak-kanak ianya adalah mainan cause & effect.
Jadi apa kaitan mainan cause & effect dengan pembelajaran kanak-kanak?
Kaitannya, permainan cause & effect akan meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak iaitu kemahiran berfikir & menyelesaikan masalah. Bila kanak-kanak boleh berfikir dengan baik, sudah semestinya boleh belajar dengan baik, lebih fokus dan lebih kritikal pemikiran mereka. Mudah untuk mereka memahami apa yang terjadi di sekeliling mereka
Mainan Konstruktif (boleh dibina dan disusun)
Apabila mencecah usia 18 bulan, kanak-kanak suka pada sesuatu yang membina dan menyusun. Jadi kita akan lihat kanak-kanak akan menyusun objek samaada menyusun secara berderet atau meninggi. Jadi pada ketika ini anda boleh dedahkan kanak-kanak dengan permainan2 yg membolehkan mereka menyusun dan berfikir pada masa yang sama. Selain itu, menyusun, memasang, memanipulasi objek dengan tangan membolehkan kanak2 meningkatkan kemahiran motor halus mereka.
Pada peringkat awal, mungkin anda boleh membina sesuatu yang mudah2 dulu, tapi makin meningkat usia kanak2, anda boleh tingkatkan kesukaran untuk menyusun dan membina sesuatu yang lebih kompleks. Dengan cara ini boleh tingkatkan imaginasi kanak2 juga.
Mainan untuk pergerakan fizikal
Biasa tak dengar orang tua-tua cakap “budak aktif tu budak cerdik”.. dan saya memang setuju.. aktif ya bukan hiperaktif..ada beza tu.. 😊
Kanak-kanak aktif sebenarnya mereka tengah explore, try & error, alami mcm2 experience dan sudah semestinya mereka belajar banyak perkara dari experience tersebut.
Tambah pula, aktiviti fizikal akan meningkatkan banyak skill pada badan seperti, body awarness & control, pergerakan bilateral badan, koordinasi badan, menguatkan otot dan menyihatkan badan juga. Jadi aktiviti fizikal ni bukan saja utk badan..tapi ianya juga untuk perkembangan otak kanak2. Makin sihat otak, makin cerdik lah mereka dan makin mudahlah mereka belajar..
Jadi kalau anak suka main, explore sana sini dan buat macam-macam permainan pelik, jangan risau… tapi kalau anak dok diam, tak bergerak seharian, asyik duduk main gajet dan tengok tv..yang ni yang perlu dirisaukan.. 😁
Mainan ‘messy’
Mainan ‘messy’ adalah mainan yang melibatkan sesuatu yang comot. Mungkin kurang menyenangkan bagi sesetangah orang, tapi bagi kanak-kanak permainan sebegini adalah menyeronokkan. Tapi ada juga kanak-kanak yang sukar untuk tolerate dngn mainan ‘messy’ ni.
Mainan messy ni sebenarnya banyak memberi manfaat pada kanak-kanak. Bukan sahaja boleh enjoy bermain malah banyak rangsangan yang boleh diperolehi bergantung kepada jenis messy play. Antaranya adalah dapat tingkatkan kepekaan deria (sensory), meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar, manipulasi tangan dan anggota badan, belajar berfikir & menyelesaikan masalah dan mcm2 lagi.
Dengan adanya kepekaan deria yang baik dan stabil, kanak2 akan lebih fokus untuk belajar. Jadi pembelajaran akan terjadi dengan lebih cepat dan berkesan. Jadi banyak-banyakkanlah messy play di rumah ya.
Pelbagai stage umur boleh main mainan sebegini. Untuk kanak2 yang kecil seperti 1 tahun ke atas anda mungkin boleh main menggunakan bahan2 simple je seperti buih sabun, mknan melekit.. nak main pasir ke playdough pun boleh cuma kena perhatikan lah.. takut masuk mulut pula nanti. Bila makin besar blh je main bahan yg sama, cuma tingkatkan kesukaran dan imaginasi jelah..
Pensil & kertas
Ini adalah mainan yang paling mudah untuk di bawa kemana-mana sahaja. Macam-macam boleh dibuat dengan kertas, pensil, warna dll. Main lukis2, main conteng2, main teka2. Boleh buat anak leka masa dalam kereta, masa makan, masa anda nak buat kerja dan dalam macam2 situasi. Bukan sahaja boleh mengajar anak memanipulasi tangan, meningkatkan imaginasi dan kreativiti, boleh belajar mengenal objek, gambar dan macam2 lagi. Jangan kita tak tau yang menconteng adalah latihan awal tangan kanak2 untuk mereka belajar menulis nanti.
Tapi kita perlu ingat ya.. bukan mainan itu yang mengajarkan skill pada kanak2.. mainan tersebut hanya bahan sahaja untuk anda tarik perhatian dan memudahkan kerja anda. Jika nak buat sendiri pun boleh. atau boleh guna je barang2 lain yang ada di rumah mengikut kreativiti anda. Yang paling penting sekali adalah ANDA.. orang yg akan menunjukkan jalan pada kanak2 untuk belajar. Jangan ingat dengan hanya membeli dan mmberi anak main mainan tersebut dpt membentuk skill2 yg sy senaraikan di atas ya.. Kalau mcm tu senang la keje.. hehe 😬
Memang kanak2 belajar dari pengalaman mereka bermain.. tapi mereka perlukan panduan dan tunjuk ajar untuk mendapat pengalaman tersebut. Dan lagi pula, bila nak belajar berkomunikasi dan bersosial, kenalah ada orang lain kan.. kalau main sorang-sorang, macam mana nak belajar berkomunikasi?
Selamat bermain & menjadi penunjuk arah 😊
Kredit:Aishah Kassim Academy
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Mainan Ini Wajib & Patut Kena Ada Di Rumah Anda, Penting Untuk Perkembangan Anak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/mainan-ini-wajib-patut-kena-ada-di-rumah-anda-penting-untuk-perkembangan-anak/