Kalau Nak Hantar Isteri Berpantang Di Rumah Mak Ayah Suami Wajib Sediakan 5 Perkara Ini


Suami yang perlu jaga isteri dalam pantang bukan ibu ayah anda! Sudah menjadi kebiasaan, apabila dalam pantang ramai yang meminta bantuan dari ibu dan ayah untuk menjaga. Kalau nak ibu dan ayah anda jagakan, 5 perkara ni wajib anda sediakan. Ikuti perkongsian dari puan Intan.

BERPANTANG DI RUMAH IBU BAPA
Saya mahu mengingatkan semua pasangan suami isteri, terutamanya saya yang menulis ini, rumah ibubapa bukanlah confinement place for free & bantuan mereka menjaga semasa berpantang pun bukanlah khidmat sukarelawan masyarakat, wahai anak-anak.
Ada ramai dari kita, hanya menjenguk kampung apabila mahu beranak semata, sebab mahukan penjagaan rapi semasa berpantang tanpa perlu mengeluarkan kos penjagaan ribu-ribuan. Astaghfirullah, moga Allah ampunkan kita kalau pernah berniat macam tu.

Lelaki sebagai suami & menantu.. ingatlah sebenarnya tanggungjawab menjaga isteri sepenuhnya atas bahumu. Ibubapa yang sukarela mahu menjaga anak perempuan mereka semasa berpantang perlu dihargai, diraikan tetapi bukan bermakna tempoh itu kamu boleh berlepas diri & bersenangan laksana bujang. Sedangkan di kampung, ibubapa yang uzur tadi terkial-kial mengangkat air panas buat isterimu mandi & hampir pitam mengendong anak kecilmu yang meragam dari malam hingga dinihari-setiap hari.
Hal berpantang jangan diambil remeh. Suami isteri perlu duduk berbincang dengan mak ayah tentang segala persediaan & keperluan yang patut dipersiapkan. Seperti ibu saya akan pesan pada suami saya untuk menyiapkan barang keperluan untuk dibawa ke hospital, barang untuk menguruskan uri dan sebagainya.
 
Jika suami jenis clueless, isteri mainkanlah peranan untuk ingatkan suami hal yang perlu dia ambil tahu, fikir & sediakan sebelum & semasa kita berpantang. Kadang suami ni bukan dia selfish melainkan dia tak terfikir hal remeh temeh yang bakal berlaku dalam tempoh itu. Mungkin kerana kurang membaca, kurang bertanya & mungkin juga terlalu ambil mudah. Terutamanya untuk kelahiran pertama.
Jadi para isteri untuk suami jenis begini, beritahu dia & ingatkan dia yang selain keperluan bayi, kita juga perlukan set berpantang, upah bidan mengurut, standby pam susu kalau terkena bengkak susu, serta jangan lupa beri mak ayah yang menjaga isteri;
1) duit bajet untuk lauk sepanjang berpantang yang perlu diberi kepada mak ayah. Nak beli makanan berkhasiat untuk kembalikan tenaga isteri seperti ikan jenis tertentu, daging, susu, buah, biskut, & lain-lain. Tanya mak tentang kos kasar barang keperluan itu & sediakanlah siap-siap. Jangan lupa nafkah isteri sepenuhnya dibawah tanggungjawab suami. Ada bajet extra, asingkan juga duit belanja dapur untuk mak ayah.
2) duit bil air & elektrik, kerana biasanya jumlah bil akan naik sedikit atau mungkin berganda semasa tempoh berpantang. Kalau jenis pasang air-cond 24jam pasti bil eletrik naik mendadak, jadi jangan buat-buat lupa bayar semula pada mak ayah.
3) duit minyak kereta mak ayah ke hulu hilir hantarkan isteri & anak check-up klinik/hospital/beli barang urgent.
4) duit standby incase tiba-tiba perlu belikan pacifier, baju lebih, pampers jenama lain jika tak sesuai jenama tertentu, krim ruam. Kita tidak tahu kerenah bayi seperti mana. Setiap bayi lain-lain ragamnya.
5) duit extra : jika ibubapa turut menjaga anak-anak yang lain, tentulah perlukan duit untuk beli makanan, permainan & sebagainya. Jangan ajar anak pow atuk nenek pula!
Last but not least, jika ada bajet lebih lagi selepas habis berpantang & anak sudah besar sedikit, bolehlah ajak mak ayah berjalan-jalan makan angin & belanja makan tempat-tempat yang bagus sedikit. Untuk meraikan penat lelah mereka (untuk membayar kita tidak layak & tidak mampu – hanya Allah yang mampu).
Terus terang.. mak ayah memang tidak akan meminta directly, tetapi sebagai anak yang baik, peka & sedar diri, faham-fahamlah sendiri tanggungjawab kita. Dah beranak pinak pun kan.. harapnya bolehlah lebih bertimbangrasa.
Mak ayah memang tak pernah berkira dengan anak-anak, sebaliknya anak-anak selalu sangat berkira dengan mak ayah. Walhal memang sudah tanggungjawab kita. Jadi, janganlah asyik ambil kesempatan.
Jangan zalimi ibubapa yang duit bulanan kamu tak pernah beri, tetapi bila tempoh kritikal begini kamu tambahkan pula beban lagi. Jagalah adab kita sebagai anak. Takut mak ayah kecil hati dalam diam, jadi tak redha, kita yang berdosa.
PENTING
Sekiranya ibubapa berterus terang sudah tidak mampu menjaga, mungkin atas faktor uzur & sebagainya, suami sepatutnya sudah merancang hal isteri berpantang sejak dari awal kandungan lagi. Mungkin suami sudah mula berfikir patut ambil cuti lebih lama selepas isteri bersalin dan mula mencari info tugas yang perlu dilakukan jika mahu berpantang sendiri, atau jika tak boleh cuti lama, boleh mula menabung untuk upah confinement lady serta bayaran daycare untuk anak yang lain sementara isteri berpantang. Sekarang dah moden, semua info ada di hujung jari.
Ibu selalu cakap pada saya; “dah beranak & jadi ibu ni barulah kamu lebih faham ibu kan. Bukan senang jadi ibubapa ni..” fuh memang sebak rasa. Rasa macam sangat kerdil dibandingkan dengan kasih sayang ibu ayah yang melimpah ruah. Terima kasih ibu ayah..
Maka anak-anak, janganlah ambil kesempatan atas kasih sayang mereka. Ibubapa cuma ada seorang atas muka bumi ini. Jika Allah ambil mereka kembali tentulah tiada lagi galang gantinya. Kita juga bakal menjadi orang tua kelak. Santunilah mereka semampunya, kerana Allah tahu apa di dalam hati kita.
Wallahu ‘alam.
Penulisan ini berdasarkan pengalaman & pandangan peribadi diri ini sahaja. Boleh tambah di ruang komen jika ada cadangan lain. 
Sumber:Facebook Intan Dzulkefli
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Berminat untuk sertai Virtual Pa&Ma Gala Moms bersama artis terkenal secara PERCUMA? Daftar di sini https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/
The post Kalau Nak Hantar Isteri Berpantang Di Rumah Mak Ayah, Suami Wajib Sediakan 5 Perkara Ini! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-nak-hantar-isteri-berpantang-di-rumah-mak-ayah-suami-wajib-sediakan-5-perkara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahagia Suami Isteri Ada Hari Tak Bercakap Merajuk Biasa Itulah Manisnya Rumah Tangga

Bahagia Suami Isteri Ada Hari Tak Bercakap Merajuk Biasa Itulah Manisnya Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 290 hits
Dalam bahagia kita suami isteri ada hari tak bercakap jugak Ada hari tak bertegur sapa ada hari masam muka ada hari tengok muka pun meluat tak kira masa Tapi tetap bahagia sebab bahagia tu bukan hari hari gembira hari hari ketawa hari hari ...
Hiburan Jika Tak Benar Kenapa Takut Nak Balas Norish Karman Akui Hantar Mesej Kepada Adik Arwah Benjy

Hiburan Jika Tak Benar Kenapa Takut Nak Balas Norish Karman Akui Hantar Mesej Kepada Adik Arwah Benjy

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 347 hits
Tidak berselindungan atau berdolak dalih pelakon Norish Karman akui dia merupakan individu yang menghantar mesej peribadi kepada adik arwah Benjy Inessa Irdayanty bagi mendapatkan kepastian mengenai kebajikan arwah ketika hayatnya Advertise...
Hiburan Isteri Ahli Politik Hantar Anak Bersekolah Di Perancis Netizen Luah Rasa Bengang

Hiburan Isteri Ahli Politik Hantar Anak Bersekolah Di Perancis Netizen Luah Rasa Bengang

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 313 hits
Tular di media sosial apabila isteri kepada seorang ahli politik dilihat terbang ke luar negara bersama anaknya dipercayai menuju ke Perancis Perkara tersebut sekaligus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen kerana sepatutnya rakyat...
Tiba Tiba Bilik Berbau Hanyir Yang Kuat Masih Ramai Yang Nak Sewa Rumah Itu Walaupun Owner Dah Larang

Tiba Tiba Bilik Berbau Hanyir Yang Kuat Masih Ramai Yang Nak Sewa Rumah Itu Walaupun Owner Dah Larang

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 424 hits
Tiba tiba bilik berbau hanyir yang kuat Masih ramai yang nak sewa rumah itu walaupun owner dah larangSetiap orang mempunyai pengalaman paranormal mistik masing masing Ini sekadar perkongsian sahaja Bagi yang lemah semangat anda tidak digala...
Nak Mandi Ke Ape Ke Semua Kat Stesen Minyak 3 Beranak Tinggal Dalam Kereta Tiada Duit Nak Bayar Sewa Rumah

Nak Mandi Ke Ape Ke Semua Kat Stesen Minyak 3 Beranak Tinggal Dalam Kereta Tiada Duit Nak Bayar Sewa Rumah

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 285 hits
Masalah kewangan yang dihadapi memaksa sepasang suami isteri bersama anak perempuan berusia satu tahun terpaksa tinggal dalam kereta di stesen minyak beberapa hari kerana tidak mampu menyewa rumah nbsp Mohd Shazwan Ismail 29 bersama dengan ...
Baru Sampai Hospital Nak Daftar Air Ketuban Pecah Ibu Bersalin Berdiri Suami Sambut

Baru Sampai Hospital Nak Daftar Air Ketuban Pecah Ibu Bersalin Berdiri Suami Sambut

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 269 hits
Bila dah dekat tarikh nak bersalin saat ini sangat mendebarkan buat semua ibu ibu kerana ia dianggap perjuangan antara hidup dan mati Bagi ibu yang mudah melahirkan anak mungkin rezeki tapi buat ibu yang mengalami kontraksi lama mungkin aka...
Polis Ipd Sepang Bergegas Hantar Bekalan Makanan Ke Rumah Ini Selepas Terima Aduan Kehabisan Makanan

Polis Ipd Sepang Bergegas Hantar Bekalan Makanan Ke Rumah Ini Selepas Terima Aduan Kehabisan Makanan

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 314 hits
Pihak polis IPD Sepang menerusi satu perkongsian di akaun Facebook memaklumkan bahawa pihaknya baru sahaja menyampaikan bantuan makanan kepada 14 orang individu di Taman Bunga Raya Sepang yang telah terputus bekalan makanan Pihak IPD Sepang...
Resepi Sempoi Mee Bandung Tak Sangka Mudah Nak Sediakan

Resepi Sempoi Mee Bandung Tak Sangka Mudah Nak Sediakan

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 257 hits
Dah lama saya tak kongsikan resepi yang saya sediakan sendiri Yelah sebagai seorang house husband saya memang selalu mencuba resepi resepi untuk memenuhi selera sendiri dan keluarga Biasanya kalau masakan tu tak pandai saya sediakan saya ak...
Suami Lupa Tinggal Kunci Wanita Bersama 27 Kucing Terperangkap Dalam Rumah

Suami Lupa Tinggal Kunci Wanita Bersama 27 Kucing Terperangkap Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 291 hits
Bomba memotong kunci mangga di rumah mangsa PETALING JAYA Seorang wanita berusia 55 tahun terperangkap bersama 27 kucing selepas suaminya mengunci pintu pagar rumah dan membawa bersama kunci itu Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat P...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord