Biar Anak Buat Kerja Rumah Bukan Susahkan Anak Tapi Ajar Dia Ringan Tulang
Sekali suruh tak jalan, berkali-kali ibu beri arahan baru anak nak bangun. Rungutan semacam ini selalu kita dengar dari mak-mak.
Mendidik anak melakukan kerja rumah seharusnya dimulakan dari awal lagi. Lebih-lebih lagi di musim PKP ini, ajarlah anak kecil kita membantu uruskan kerja rumah. Bukan menyusahkan atau mendera anak tapi mendidik. Benar apa yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim.
Wahai ibu jangan la kedekut kerja rumah dengan anak. Kami tahu ibu ibu semua tak nak menyusahkan anak anak, ibu rasa bertanggungjawab untuk buat semua kerja rumah itu sendiri.
Tapi jangan di lupa, ibu juga ada tanggungjawab untuk mengajar anak jadi seorang yang ada rasa tanggungjawab dengan kerja rumah juga.
Baru la anak tadi membesar jadi seorang yang tidak jelik membuat kerja rumah. Bila ada rasa tanggungjawab ni percayalah anak anak kita akan jadi sangat matang dan sangat mahir untuk cope dengan kehidupan seharian. Nampak je rumah bersepah dengan sendiri dia ambil penyapu sapu.
Nampak sinki penuh dengan sendiri dia basuh semua pinggan mangkuk yang kotor. Malah bila dia nampak kita sedang kepenatan dengan sendiri dia akan datang bawakan kita air dan urut kaki kita.
Tapi ibu kena mulakan dulu. Jangan kedekut kerja rumah dengan anak, baru la anak tak kedekut bantu kerja rumah kita.
Ajar la anak buat kerja rumah sejak dari kecil lagi,
– sapu rumah
– basuh pinggan
– lipat baju
– susun meja makan
– kemas mainan
Mulakan yang ringan ringan. Tapi ingat, tujuan nak mengajar bukan mendera tau.
Jangan pula anak buat kerja rumah kita goyang kaki layan drama korea, itu mendera namanya..
Buat la kerja tu bersama-sama.
Ya, nampak genyah sikit banyak main dari buat kerja nanti tapi percayalah selain anak belajar buat kerja rumah dalam masa sama ibu bakal dapat kuatkan silturrahim bersama si comel ibu.
Jadi jangan kedekut tau ibu!
~ Mohd Fhais Salim ~
Menarik: Mainan Anak Punca Penyakit, Pernah Cuci Tak Trak Mainan Teddy Bear Si Kecil?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Biar Anak Buat Kerja Rumah, Bukan Susahkan Anak Tapi Ajar Dia Ringan Tulang! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/biar-anak-buat-kerja-rumah-bukan-susahkan-anak-tapi-ajar-dia-ringan-tulang/