Mainan Anak Bukannya Perlu Beli Setiap Bulan Senduk Periuk Pengepit Baju Pun Bagus
Kebanyakan ibu bapa mesti tertanya-tanya berapa banyak sebenarnya mainan yang sepatutnya dibelikan pada anak kecil untuk bagi mereka lebih kreatif. Sebenarnya tiada spesifik pun. Mahal atau murah mainan yang dibeli ia bergantung cara kita dan anak itu gunakan ketika bermain.
Ini kerana ada ibu bapa yang selalu cakap, beli mahal-mahal tapi anak main sekejap dah bosan. Jadi terasa agak membazir. Jika tak beli kasihan pada anak pula sebab tak boleh nak main.
Seperti yang dikongsikan oleh Influencer Parenting, Puan Wawa Shauqi, kalau tanya saya apa barang mainan terbaik untuk bagi anak main, the best is apa sahaja yang ada di rumah.
Senduk, periuk, botol plastik, pengepit baju, pokok kat luar rumah, semuanya bagus untuk diteroka anak.
Tapi kalau ditanya alat mainan khas, BOLA adalah mainan yang paling asas perlu ada.
Rumah kami ni, macam-macam jenis bola ada. Dari saiz pingpong, sampai saiz bola gymball.
Bola ni dah kira mainan wajib untuk diorang. Kira macam lifesaver. Kalau tak tau sangat nak main apa, bola nilah penyelamat.
Nak beli bola, tak perlu beli yang standard Ronaldo pakai tu. Bola RM2 di kedai berpuaka macam kedai Eco tu pun, ok sangat.
Dan manfaat dia sangatlah besar. Dari jadikan aktiviti grasp untuk baby, jadikan aktiviti tajamkan fokus pada anak-anak, sampailah menguatkan badan anak remaja. Bola ni dah dikira wajib ada di setiap rumah. Memang berkesan!
Selain boleh dimain oleh semua peringkat umur, bola juga bagus untuk membina beberapa kemahiran :
1. Kemahiran mata-tangan jadi cekap.
Tangan boleh capai apa yang dilihat mata.
Tidaklah menggagau bila membaca, menulis, bermain dan menguruskan diri.
2. Motor planning
Anak belajar bagaimana dia nak rancang pergerakan badan dia untuk buat sesuatu.
Tak adalah nampak kekok dan lembik aje.
3. Perkembangan otot.
Perkembangan otot juga petanda perkembangan otak yang baik.
4. Timing & daya mengagak
Anak belajar, berapa banyak daya nak dikenakan pada kaki waktu menendang dan daya yang perlu dikenakan pada tangan sewaktu membaling.
5. Tambah kejituan dan ketepatan anak
Pergerakan anak nampak kemas aje. Percaya atau tidak, skil-skil ini sangat membantu anak dalam membina PENUMPUAN YANG BAIK DI DALAM KELAS.
Menggolek,
Melemparkan,
Menangkap,
Menendang,
Baling pada sasaran. Semua dengan bola je! Malah, kita boleh berkreatif, cipta macam-macam permainan dari bola:
– Asingkan bola berwarna
– Jatuhkan kadbod tisu (macam main boling)
– Baling bola masuk bakul
– Tangkap bola dalam air guna jaring
– Melukis guna bola dan macam-macam lagi idea.
Betapa, sebijik bola beri banyak manfaat kat anak-anak. Sampai boleh bantu improve anak-anak kita punya kualiti hidup. Ini belum sebut lagi tentang kebaikan gym ball!
Orait. Selamat bermain bola dengan anak-anak!
Kredit: Wawa Shauqi
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
The post Mainan Anak, Bukannya Perlu Beli Setiap Bulan. Senduk, Periuk, Pengepit Baju Pun Bagus! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/mainan-anak-bukannya-perlu-beli-setiap-bulan-senduk-periuk-pengepit-baju-pun-bagus/