Main Tiktok Untuk Kongsi Pahala Bacaan Surah Al Kahfi Menvsuk Kalbu Siapa Gerangan Pemuda Kacak Bersuara Merdu Ini
SUARA merdu jejaka ini mengalunkan surah al-Kahfi menerusi satu video pendek di aplikasi TikTok ternyata mencvri perhatian ramai.
Bukan sahaja suara, malah rupa paras Ahmad Fauzan Rusman, 21, turut menerima pujian netizen menerusi platform itu.
Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Fauzan mengakui ia merupakan percubaan pertamanya berkongsi video alunan ayat suci al-Quran menerusi TikTok.
Salah satu video yang dikongsi di TikTok.
Malah katanya, dia terharu dengan penerimaan ramai dan merancang untuk menghasilkan lebih banyak content keagamaan pada masa akan datang.
“Video itu dirakam pada Jumaat minggu lepas, kemudian saya kongsi di TikTok pada Jumaat baru-baru ini. Selain video hiburan, apa salahnya kita kongsi video begini di TikTok? Nak juga sama-sama kongsi pahala.
“Ini juga kali pertama saya kongsi video mengaji. Sebelum ini saya pernah kongsi video selawat dan nasyid. Saya rasa seronok tengok orang bagi komen positif. Saya harap ia dapat beri manfaat kepada orang lain,” ujarnya.
Bercerita mengenai dirinya, Fauzan berkata dia sudah diberi pended4han dengan kalam suci Allah sejak berusia lima tahun.
Video:
@aahmadfauzan_Salam Jumaat,,Jom Baca Al-Kahfi✨#fyp #esekeli
♬ original sound – Pojey – Pojey
Ded4h Fauzan, dia banyak mendapat inspirasi dan tunjuk ajar daripada bapanya yang juga seorang bilal dan imam di sebuah masjid di Mukim Kadok, Kota Bharu, Kelantan.
Selain itu, Fauzan juga banyak belajar daripada ibunya yang bertugas sebagai guru di sebuah pusat pendidikan prasekolah iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).
Kalau ada mas4lah, ser4but atau str3s, al-Quran boleh jadi ‘ubat’ untuk kita.FAUZAN“Saya merupakan anak bilal masjid. Ayah juga bertugas sebagai imam masjid. Jadi saya banyak terikut dan belajar dengannya.
“Ayah juga merupakan guru mengaji al-Quran. Ayah ajar semua lapisan umur, tak kira kanak-kanak, orang tua mahupun orang muda. Mak saya pula merupakan guru tadika Pasti.
“Sejak kecil memang saya diajar mengaji al-Quran. Lama-lama kita jadi terbiasa. Setiap kali lepas solat, pasti akan cari masa untuk mengaji.
“kalau tak sempat baca surah panjang, surah pendek pun memadai. Bila saya fikir balik, elok juga saya buat video mengaji di TikTok.
Fauzan mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Kaunseling Islam.
“Sekurang-kurangnya orang dengar bacaan al-Quran, mereka pun akan dapat pahala,” ujarnya lagi.
Kata Fauzan, al-Quran bukan sahaja menjadi panduan hidup, malah dianggap sebagai terapi ketenangan diri.
“Allah pun dah kata, al-Quran ialah panduan hidup. Kalau ada masalah, ser4but atau str3s, al-Quran boleh jadi ‘ubat’ untuk kita.
“Kalau tak boleh baca atau tak mampu baca, kita boleh dengar. Sekurang-kurangnya kita akan sentiasa ingat kepada Allah.
“Macam saya, saya suka tengok TikTok ataupun Instagram individu-individu yang suka mengaji. Suka tengok bacaan ustaz-ustaz lain.
Fauzan terharu dengan komen positif yang ditinggalkan di TikTok.
“Yang penting kita kena dekatkan diri dengan al-Quran. Kita kena mulakan, jangan tunggu orang suruh atau p4ksa,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.
Dalam pada itu, Fauzan mended4hkan dia baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Kaunseling Islam di Universiti Sultan Azlan Shah (Usas) di Kuala Kangsar, Perak.
Dalam masa sama, Fauzan juga memulakan bisnes produk kecantikan sejak Mac lalu demi mencari pendapatan sampingan.
Sebelum ini, Fauzan juga pernah bekera di gerai ayam gunting dan mengakui cukup meminati bidang bisnes sejak dulu lagi.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2021/08/main-tiktok-untuk-kongsi-pahala-bacaan.html