Main Masak Masak Tak Akan Jadikan Anak Lelaki Lembik Malah Banyak Kelebihan Untuk Perkembangan


Menyentuh mengenai perkembangan mental dan tingkah laku anak, permainan seperti pretend dan role play contohnya mainan masak masak, permainan doktor dan sebagainya dapat membantu.
Namun apabila bercakap mengenai permainan set dapur ini, ia lebih sinonim dengan kanak-kanak perempuan. Adakah ini bermakna kanak-kanak lelaki tidak boleh bermain permainan ini?

Ayuh ikuti penjelasan lanjut mengenai isu ini.
Mainan masak masak untuk anak lelaki, boleh ke?
Jangan terkejut kerana jawapannya adalah anak lelaki boleh bermain permainan set dapur ini, bahkan amat digalakkan. Eh tetapi bukan ke mainan tersebut lebih sinonim dengan kanak-kanak perempuan sahaja?

Hakikatnya, pembahagian kategori mainan untuk kanak-kanak lelaki atau perempuan ini adalah taktik pengeluar mainan semata-mata, yang akhirnya melekat menjadi stigma bagi kebanyakan daripada kita.
Sejujurnya tanpa mengira jantina, setiap kanak-kanak boleh bermain sebarang permainan dan tidak seharusnya wujud diskriminasi.
Tidak dinafikan, jika berada di kedai permainan, mainan set dapur ini kebanyakannya terdapat dalam warna merah jambu – yang amat sinonim dengan kanak-kanak perempuan.
Namun terdapat juga sebilangan besar dapur mainan masak masak ini dihasilkan dengan lebih neutral, realistik dan sesuai untuk kanak-kanak lelaki serta perempuan, seperti dapur yang diperbuat daripada kayu.
Mengapa anak lelaki perlu didedahkan kepada permainan set dapur ini? Ini kerana satu fakta yang pasti, setiap individu perlu belajar untuk memasak.
Malah di kebanyakan rumah pada masa kini, ia adalah satu gambaran biasa untuk anak melihat kedua-dua ibu bapanya memasak di dapur. Bahkan terdapat ramai chef lelaki terkenal!
Jadi, tiada salahnya untuk membiasakan kanak-kanak lelaki dengan persekitaran dapur melalui permainan masak-masak ini.
Mainan masak masak, 7 manfaatnya kepada anak
Sudah tentu salah satu faedah yang tidak dapat dinafikan dengan permainan ini adalah ia dapat membuatkan si kecil ‘sibuk’ sementara anda melakukan tugasan rumah lain seperti memasak atau mengemas rumah.
Tetapi adakah hanya itu manfaatnya? Tidak, kerana permainan set dapur ini menawarkan kelebihan buat anak dari pelbagai aspek, antaranya:

1. Membina keyakinan diri
Permainan dapur ini sangat bagus untuk mendedahkan anak dengan kemahiran hidup dan mengembangkan kebebasan serta keyakinan diri.
Anak perlu bertanggungjawab memastikan kekemasan dapur, menyusun bahan-bahan, belajar tentang konsep asas memasak dan pemakanan sihat semasa bermain.
2. Belajar mendengar arahan dengan mainan masak masak
Semasa anda sibuk memasak di dapur, adakah si kecil turut bersama dan sentiasa bertanyakan soalan? Jika ya, ini tandanya mereka perlu diberikan set permainan dapur.
Anda akan dapat menerangkan bagaimana pentingnya untuk mengikut arahan bagi menghasilkan sesuatu makanan yang sedap – walaupun pada hakikatnya dengan set permainan dapur ini, anak tidak menghasilkan makanan sebenar.
3. Mainan masak masak dapat meningkatkan kreativiti
Role play sangat bagus untuk meningkatkan daya imaginasi dan mengembangkan kreativiti anak.
Ini kerana sememangnya kanak-kanak suka melakonkan atau meniru kembali perkara yang mereka lihat dalam kehidupan sebenar.
Permainan masak-masak ini pastinya sangat menarik untuk kanak-kanak. Mereka akan mencipta senario dapur unik sambil bermain dengan peralatan dan perkakas mainan.
4. Meningkatkan kemahiran motor halus
Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi sebenarnya setiap kali memasak, kemahiran motor halus sedang digunakan.
Anda perlu memotong, menapis, membasuh dan pelbagai lagi pergerakan fizikal lain, walaupun hanya untuk membuat hidangan ringkas.
Ini juga akan berlaku kepada si kecil apabila mereka berpura-pura memasak di dapur mainan – semua tindakan anak memerlukan kemahiran motor halus seperti individu dewasa.
5. Mainan masak masak dapat meningkatkan kemahiran mengecam visual
Semasa bermain masak-masak, anak akan belajar mengenal pasti pelbagai jenis makanan dan peralatan penting yang digunakan di dapur.
Ia akan membantu anda mengajar mereka mengenai makanan sihat seperti buah-buahan, sayuran dan sebagainya serta menghindari makanan ringan. Ini seterusnya akan membantu mereka untuk membesar dan memilih gaya hidup sihat.
6. Memperbaiki kemahiran bahasa dan komunikasi
Set permainan dapur ini sangat bagus dalam mengembangkan kemahiran bahasa dan komunikasi anak.
Untuk anak yang lebih kecil, mereka mungkin akan mula mempelajari nama makanan dan perkakas yang berbeza serta tindakan seperti mengacau, menggaul atau memotong.
Semakin membesar, mereka akan beralih kepada membangunkan pemikiran naratif dan penceritaan sambil menghasilkan permainan untuk dimainkan.
7. Serlahkan personaliti diri
Membiarkan anak lelaki anda bermain masak-masak atau segala jenis permainan tanpa diskriminasi jantina membolehkan mereka mengekspresikan diri dan mengembangkan keperibadian. Ini kerana bukan semua budak lelaki suka bermain bola sepak, kereta atau action figure.
Satu hari nanti, anak anda mungkin membesar menjadi pereka fesyen, pendandan rambut, tukang masak, mahupun penulis. Sementara ramai lagi yang akan menjadi saintis, jururawat, guru, arkitek ataupun jurutera.
Seorang kanak-kanak lelaki bermain dengan anak patung, hanyalah untuk berseronok dan mungkin akan belajar nilai kasih sayang pada masa yang sama.

Kesimpulannya
Apabila bercakap mengenai permainan, sebaiknya isu mengenai mainan hanya untuk kanak-kanak lelaki atau perempuan tidak perlu timbul. Biarkan si kecil bebas bermain apa sahaja barang permainan kerana ada faedah yang mungkin tidak kita sedari.
Seperti mainan masak masak, ia membantu mengembangkan pelbagai kemahiran penting, di samping mempromosikan kebaikan memasak di rumah dan cara mengendalikan dapur ketika dewasa nanti.
Bukan sahaja anak perempuan, malahan anak lelaki juga perlu diajar kepentingan memasak yang sihat, menjaga dan mengenali peralatan dapur serta sebagainya.
Jadi jika anak lelaki anak lebih cenderung untuk bermain set mainan dapur, biarkan mereka. Mana tahu mungkin rezeki mereka untuk menjadi chef tersohor suatu hari nanti!
 
Kredit: Hello Doktor

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik


Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Main Masak-Masak Tak Akan Jadikan Anak Lelaki Lembik, Malah Banyak Kelebihan Untuk Perkembangan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/main-masak-masak-tak-akan-jadikan-anak-lelaki-lembik-malah-banyak-kelebihan-untuk-perkembangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Banyak Kahak Berhingus Biasakan Makan Buah Sayur Jenis Ini Lagi Cepat Ok

Anak Banyak Kahak Berhingus Biasakan Makan Buah Sayur Jenis Ini Lagi Cepat Ok

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 228 hits
Anak batuk berkahak sekejap ok lepas tu ada lagi pasti buat ibu bapa risau Seolah olah tiada kesudahan Dah bagi macam macam ubat pun masih tak elok Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan pemakanan Menerusi perkongsian Puan Ainini Zainal seo...
Negeri Banyak Sumbangan Kekayaan Paling Di Anak Tirikan

Negeri Banyak Sumbangan Kekayaan Paling Di Anak Tirikan

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 179 hits
22 Julai 20221 Akhirnya isu tuntutan waris kesultanan Sulu keatas aset Malaysia hanya dibenarkan dibincang ahli Parlimen di hotel Sari Pacific dan bukan di Parlimen semalam 2 Tuntutan waris kesultanan Sulu keatas aset Petronas berkaitan isu...
Cara Potty Train Anak Lelaki Perempuan Tak Sama Ada Banyak Perbezaan

Cara Potty Train Anak Lelaki Perempuan Tak Sama Ada Banyak Perbezaan

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 275 hits
Cara ajar anak potty train atau latihan tandas bukanlah satu tugasan mudah Tetapi benarkah terdapat perbezaan bagi cara potty training anak lelaki dan perempuan 5 perbezaan cara potty training anak lelaki perempuan Ketika si manja mula menu...
Pegang Iqra Seawal Umur 2 Tahun Ibu Ini Dedah Cara Jadikan Anak Pandai Mengaji

Pegang Iqra Seawal Umur 2 Tahun Ibu Ini Dedah Cara Jadikan Anak Pandai Mengaji

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 269 hits
Untuk ajar anak mengaji al Quran mungkin agak sedikit tricky lebih lebih lagi jika ia melibatkan anak pertama dalam keluarga Namun jika tahu langkah dan kaedah yang tepat ia boleh dilakukan tanpa sebarang masalah yang besar Ini perkongsian ...
Cakap Je Serik Tapi Next Time Bawa Lagi Anak Main Air Mak Mak Macam Tulah

Cakap Je Serik Tapi Next Time Bawa Lagi Anak Main Air Mak Mak Macam Tulah

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 255 hits
Golongan ibu ni kadang kadang cakap je penat bawa anak keluar berjalan lebih lebih lagi anak yang sedang membesar tapi next time dah lupa kepenatan tu mesti tak serik nak bawa anak keluar Sebab memori bersama anak tu sangat berharga Begitul...
Usia Ini Sepatutnya Anak Dah Pandai Kayuh Basikal Buat Beberapa Perkara Sendiri Semak Perkembangan Anak

Usia Ini Sepatutnya Anak Dah Pandai Kayuh Basikal Buat Beberapa Perkara Sendiri Semak Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 353 hits
Tanggungjawab ibu bapa semakin besar seiringan dengan peningkatan usia anak Ini apa yang perlu anda fahami berkaitan perkembangan dan pendidikan awal kanak kanak Perkembangan fizikal kanak kanak Istilah kanak kanak kecil atau toddler biasan...
Tanggungan Subsidi Minyak Masak Makin Tinggi Kebocoran Juga Banyak

Tanggungan Subsidi Minyak Masak Makin Tinggi Kebocoran Juga Banyak

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 225 hits
Kerajaan berbelanja ratusan juta ringgit untuk memberi subsidi minyak masak namun kesannya tidak seberapa kepada pengguna Ahli Parlimen Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertanya apakah penguatkuasaan kerajaan lemah atau polisi subsidi t...
Sekurangnya 15 Minit Sehari Bagi Anak Main Kotor Bagus Kuatkan Sistem Imun

Sekurangnya 15 Minit Sehari Bagi Anak Main Kotor Bagus Kuatkan Sistem Imun

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 224 hits
Kebanyakan ibu bapa pantang kalau anak main kotor Alasannya boleh menyebabkan anak mudah jatuh sakit Namun jika diikutkan anak yang terdedah pada cahaya matahari lebih banyak manfaatnya daripada duduk dalam rumah Dengan melakukan pelbagai a...
Bukan Minyak Masak Je Naik Harga Susu Anak Pun Naik Harga Parents Mula Pening

Bukan Minyak Masak Je Naik Harga Susu Anak Pun Naik Harga Parents Mula Pening

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 247 hits
Umum ketahui subsidi minyak masak di Malaysia sudah dimansuhkan bermula 1 julai lalu Setelah dimansuhkan harga melonjak naik Namun bukan hanya minyak masa sahaja yang dinaikkan harga ada beberapa jenis barang yang turut dinaikkan harga di s...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo