Main Congkak Je Pun Nampak Biasa Tapi Mampu Asah Motor Halus Anak Bonding Pun Makin Kuat


Sebenarnya tak susah pun nak cipta bonding dengan anak-anak di rumah. Tak perlukan kos yang tinggi pun. Cuma berikan tumpuan yang lebih saja. Salah satu permainan yang tak terjangka hebatnya adalah permainan congkak. Bukan saja cipta bonding tapi melatih motor skill anak kecil kita.
Perkongsian bapa penyayang ini, Ahmad Affzan Abdullah di facebooknya, mama papa boleh tambahkan ilmu di dada. Paling penting dapat rangsang motor halus anak dan kemahiran lain. Hebat!
Jika ada masa lapang, congkak inilah salah satu permainan kami sekeluarga. Anak aku yang umur 5 tahun pun seronok main bersama.
Apa kebaikan main congkak?
1. Mengasah skil psikomotor
Bukan mudah menggenggam guli-guli kecil dalam kuantiti yang banyak. Kemudian kau kena lepaskan satu persatu ke dalam lubang ikut tertib pusingan jam.

Kau bayangkan tangan orang dewasa pun terkial-kial nak buat, budak kecil apatah lagi. Namun itulah yang menajamkan lagi skil psikomotor mereka, lebih-lebih lagi waktu pusingan pertama yang kau berebut nak lepaskan guli laju-laju.
2. Belajar mengira
Sekurang-kurangnya anak kau yang kecil dah boleh mengira 1 hingga 7 waktu nak penuhkan lubang congkak sebelum mula bermain.
Kemudian waktu dia lepaskan guli itu satu-satu, kau mintalah dia kira dan sebut dengan kuat. Lama-lama sampai berbelas-belas pun dia dah pandai kira secara tak langsung.
3. Belajar mencongak
Nak main congkak ini bukan kau main hentam saja pilih lubang mana secara rawak. Kau kena congak juga kalau ambil guli dari lubang A, nanti akan habis dekat lubang mana.
Ini semua perlukan skil mencongak dalam kepala. Orang sekarang panggil ‘mental arithmetic’. Kalau anak kau dah boleh mengira, ajar dia mencongak pula supaya permainannya lebih seronok. Tak adalah dia stress asyik mati saja.

4. Belajar strategi dan merancang
Selepas pandai mencongak, anak kau juga perlu merancang nak ambil guli dari lubang yang mana dulu. Guli paling banyak atau paling sikit?
Contoh kalau ada 1 guli dalam lubang sebelah rumah, adakah kau nak masukkan guli itu terus ke rumah, atau tunggu dulu?
Sambil pihak lawan jalan, mata anak kau juga dah jeling-jeling untuk strategi seterusnya. Kemudian kena sentiasa peka, takut pihak lawan menipu. Patut masukkan satu guli, dimasukkannya 2 guli (yang ini kawan aku biasa buat waktu kecil. Aku saja yang jujur main congkak ni).

5. Melatih kesabaran dan kejujuran
Memang bengang kalau pihak lawan ‘tembak’ kita banyak-banyak. Lepas itu, asyik dia saja jalan tak mati-mati. Mau murung seharian dibuatnya. Sudahlah begitu, pihak lawan menang pula akhirnya.
Lalu mulalah kau nak mengelat macam aku cerita kawan aku buat tadi. ‘Skip’ lubanglah, masukkan tambahan guli dalam rumahlah dan macam-macam akal lagi.
Jadi bila nak main congkak ini, kau kena selalu ingatkan pada anak-anak erti sebuah kejujuran. Biarlah kalah, asal kita kalah bermaruah. Cewah.
Ini penting untuk diaplikasikan dalam hidup. Ramai orang menipu dan mengelat untuk lepaskan diri sendiri saja sekarang. Maka dengan bermain congkak ini, sifat jujur ini dapat kau pupuk pada anak-anak.

6. Kos yang murah
Congkak ini pun tak begitu mahal untuk kau beli sebagai bahan aktiviti masa lapang bersama anak-anak. Sekitar RM30-40 pun dah boleh dapat di Lazada.
Kemudian dia tahan lama. Dari anak kau tadika sampai masuk universiti pun masih bertahan lagi, dengan syarat kau tak hempas papan congkak ni ke simen lah.
Kalau guli hilang pun, tak sampai RM5 kau boleh beli sebungkus 100 biji.
7. Meneruskan tradisi warisan negara
Dalam zaman semuanya elektronik sekarang, memang sesuailah kau mesrakan juga anak kau dengan sesuatu yang lebih ‘natural’ dan ‘kembali ke asal’.

Terangkan pada anak-anak tentang permainan tradisional yang menjadi warisan budaya kita agar semua ini tidak hilang ditelan masa.
Walau sejauh mana kita melangkah, ingatlah akar yang menautkan kita dengan bumi yang kita pijak.
Begitulah.
Banyak kelebihan bermain congkak ini selain mengeratkan hubungan kau dengan anak-anak. Jika berkelapangan, ajaklah mereka main bersama. Insya-Allah bermanfaat untuk seisi keluarga.
The post Main Congkak Je Pun, Nampak Biasa Tapi Mampu Asah Motor Halus Anak, Bonding Pun Makin Kuat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/main-congkak-je-pun-nampak-biasa-tapi-mampu-asah-motor-halus-anak-bonding-pun-makin-kuat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orangnya Biasa Je Tapi Makin Pandang Makin Sayang Zikir Untuk Kekal Muda Berseri Jika Diamalkan Berterusan

Orangnya Biasa Je Tapi Makin Pandang Makin Sayang Zikir Untuk Kekal Muda Berseri Jika Diamalkan Berterusan

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 467 hits
Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada ayat alQuran atau amalan zikir Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri bolehlah amalkan bacaan ini Muka pucat lesu penat boleh disembunyikan dengan alat ...
Jangan Ajar Anak Salahkan Orang Lain Nampak Remeh Tapi Ada Kesan Pada Anak

Jangan Ajar Anak Salahkan Orang Lain Nampak Remeh Tapi Ada Kesan Pada Anak

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 536 hits
Tanpa sedar kita sendiri yang ajar anak kita supaya menyalahkan orang lain Kita nampak perkara semacam ini mudah tapi banyak kesannya pada perkembangan anak anak kita Perkongsian ibu yang juga merupakan seorang doktor ini banyak benarnya Ki...
Anak Ada Tonsil Nampak Remeh Tapi Bila Ada Ciri Ciri Ni Doktor Sarankan Perlu Dibedah

Anak Ada Tonsil Nampak Remeh Tapi Bila Ada Ciri Ciri Ni Doktor Sarankan Perlu Dibedah

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 309 hits
Masalah anak tonsil selalu dipandang masalah ringan yang tidak terlalu memudaratkan anak kita Hakikatnya anak anak amatlah rasa tak selesa bila setiap kali sakit Jika anak anda ada tonsil dan mempunyai ciri ciri yang diberikan ini ada baikn...
Nampak Muka Segar Tapi Hakikatnya Tak Larat Makin Dekat Due Syatilla Asyik Nak Baring

Nampak Muka Segar Tapi Hakikatnya Tak Larat Makin Dekat Due Syatilla Asyik Nak Baring

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 312 hits
Pelakon Syatilla Melvin akui kandungan yang semakin sarat membuatkan dirinya malas keluar dan nak bersiap Dia akui lebih selesa berehat di rumah kerana pergerakan pun dah mula terbatas Menurut Syatilla memandangkan tarikh jangkaan bersalin ...
Jealous Tengok Kau Ada Anak Anak Tapi Aku Masih Berdua Ada Atau Tak Ada Anak Ujiannya Tetap Ada Be Positive

Jealous Tengok Kau Ada Anak Anak Tapi Aku Masih Berdua Ada Atau Tak Ada Anak Ujiannya Tetap Ada Be Positive

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 282 hits
Suami isteri mana yang berkahwin tidak mahukan zuriat sendiri Soalnya bukan tidak mahu cuma masih belum dikurniakan rezeki dari Allah Masanya mungkin belum tiba Satu hal yang mama papa kena tahu dikurniakan rezeki anak bukan pelengkap kehid...
Punggung Melekat Atas Seat Tandas Kerana Leka Main Telefon Ini Bahaya Anak Asyik Dengan Hp

Punggung Melekat Atas Seat Tandas Kerana Leka Main Telefon Ini Bahaya Anak Asyik Dengan Hp

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 347 hits
Anak dan gadjet sejauh mana anda membiarkan anak bermain gadget Tahukah anda kesan buruk yang boleh berlaku akibat anak sering main hp Sungguh mengagumkan apabila kita melihat seorang kanak kanak boleh menggunakan gajet dengan bijak sama se...
Masuk 2 Tahun Anak Cepat Mengamuk Jangan Marah Tapi Cepat Cepatlah Peluk

Masuk 2 Tahun Anak Cepat Mengamuk Jangan Marah Tapi Cepat Cepatlah Peluk

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 377 hits
Kenapa aku rasa anak aku yang 2 tahun tu tak terkawal pula perangainya Lain macam nakal Bertenang ibu ibu Usia 2 tahun adalah waktu di mana otak mereka sedang sangat pesat berkembang Jadi mereka cuma berperilaku sesuai dengan kepesatan otak...
Lebatnya Rambut Sumayyah Puteri Sarah Kongsi Foto Anak Kedua Peminat Puji Nama Ringkas Tapi Penuh Makna

Lebatnya Rambut Sumayyah Puteri Sarah Kongsi Foto Anak Kedua Peminat Puji Nama Ringkas Tapi Penuh Makna

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 646 hits
Comel dan manis sekali anak perempuan Puteri Sarah lebat rambutnya Sumayyah ialah nama pilihan buat puteri ini ringkas tapi penuh makna Aktres Puteri Sarah Liyana baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya Sumayyah Shamsul Yusof pada 16 Ma...
Awak Cina Ke Tapi Anak Awak Pakai Tudung

Awak Cina Ke Tapi Anak Awak Pakai Tudung

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 886 hits
Jarang sekali kita dengar kisah mana mana ibu bapa bukan Islam yang bersetuju kalau anak mereka tiba tiba luahkan hasrat untuk menukar agama Tapi kata kata seorang uncle Cina ni kepada anaknya mungkin akan buat korang semua tersentuh Meneru...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Crescent Petroleum Targets Nioc Assets And Frozen Funds In Escalating Legal Dispute

A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan