Mahukah Rakyat Pulau Pinang Jadi Seperti Rakyat Selangor Berkenaan Isu Air




Utusan Malaysia melaporkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengeluarkan amaran situasi tahap satu di negeri itu ekoran kapasiti di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam mencatatkan penurunan sejak 1 Januari lalu akibat musim kemarau.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Jaseni Maidinsa, dalam tempoh 1 Januari hingga Mac, kapasiti efektif Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang masing-masing menurun sebanyak 17.9 peratus dan dua peratus kerana hujan tidak mencukupi untuk memulihkan pelepasan harian.
Sementara itu pada Mei 2021, Kedah memberi amaran kemungkinan Pulau Pinang tidak lagi menerima bekalan air Sungai Muda, sekiranya terus membuat pelbagai helah bagi mengelak membayar caj air mentah dari negeri itu.
Dua maklumat ini cukup untuk menggambarkan bahawa Pulau Pinang bakal menghadapi krisis air yang dahsyat sekiranya Kedah dan Perak tidak menyalurkan sumber air ke negeri itu.

Namun, keegoaan, ketamakan mereka untuk melihat pembangunan demi pembangunan dibangunkan di Pulau Pinang untuk poket masing-masing diisi dengan wang pemaju, melupakan kepentingan untuk menjaga sekuriti air untuk rakyat Pulau Pinang.
Mahukah rakyat Pulau Pinang merasai derita sebahagian rakyat Selangor yang acapkali ketiadaan air?
‘Cleaner, greener Penang‘ adalah satu penyamaran Kerajaan DAP Pulau Pinang, kata Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Ir Ahmad Rafaei Dato’ A Rashid.
Menurutnya kerajaan DAP Pulau Pinang seperti camouflage yang menjadikan kempen Cleaner, greener Penang sebagai satu wajah mereka, sedangkan tindak tanduk mereka adalah sebaliknya.


Jelasnya, caj penggunaan atau pembelian beg plastik di pasaraya Pulau Pinang adalah RM1 berbanding sebelum ini hanya RM0.20, kononnya untuk memelihara alam sekitar.
Seolah Pulau Pinang paling champion dalam bab menjaga alam sekitar, sedangkan sebaliknya mereka cuba merosakkan alam sekitar dengan pembangunan-pembangunan yang tidak diperlukan.
Sekiranya benar kerajaan DAP Pulau Pinang begitu concern mengenai Alam Sekitar, mengapa isu pencemaran Najis Babi di Pulau Pinang masih belum menemui jalan penyelesaian setelah 7 tahun mereka mentadbir negeri itu?
“Lihatlah Sungai Kereh, kenapa tidak boleh settle lagi? Kenapa belum selesai-selesai lagi? Berapa tahun dah DAP memerintah?
“Kalau hendak beri alasan masalah tu sebelum DAP memerintah lagi, selesaikanlah. Dah berapa tahun dah DAP memerintah Pulau Pinang.
“Kerajaan dahulu pun kita tak setuju juga, tetapi selesaikanlah. Kenapa tak selesaikan? Kenapa tak ambil serius isu Sungai Kereh?
“Sekarang ini bukan Sungai Kereh sahaja, di Nibong Tebal itu, kalau lalu di Tol Jawi itu, hendak bayar tol, buka tingkap, cuba sedut nafas situ, fuh,” ujarnya sambil berdemo.
Beliau dalam masa sama mempersoalkan apakah perkara yang membuktikan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang merupakan sebuah kerajaan yang memelihara alam sekitar.
Sungai Kereh, Nibong Tebal, Projek Tambakan Laut di Selatan Pulau Pinang dan banyak lagi menjadi bukti bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak peduli langsung mengenai alam sekitar.
Sementara itu, mengulas mengeni dua empangan di Pulau Pinang yang tidak mencukupi kapasitinya untuk menampung keperluan air rakyat Pulau Pinang, kata Ahmad Rafaie, kedua-dua empangan tersebut tidak mempunyai bekalan air yang cukup.
Hal itu berlaku disebabkan kawasan-kawasan tadahan air di Pulau Pinang sudah tidak dpat memerangkap air seterusnya menyebabkan air mengalir terus ke laut, katanya.
Jelas beliau, apabila kawasan-kawasan tadahan air di Pulau Pinang diteroka, akar-akar pokok yang memerangkap air untuk ditadah ke empangan sudah tiada.
Situasi itu menyebabkan tanah-tanah di kawasan tadahan menjadi tanah kosong dan tidak menampung atau mengandungi air, ujarnya.
“Hutan-hutan ini tempat kawasan tadahan hujan, apabila hujan turun, air tu dia akan serap masuk dalam tanah, bertakung.
“Jadi, apabila tidak ada pokok dan digantikan dengan pembangunan, tanah jadi kosong dan tiada perangkap air. Apabila tiada perangkap air, air akan keluar masuk dalam laut.
“Jadi empangan itu tidak dioptima penggunaanya sepenuhnya yang mengakibatkan tidak cukup untuk menampung keperluan air kepada rakyat Pulau Pinang,” ujarnya kepada Harakah.
Beliau berpendapat, sepatutnya Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam dioptimakan penggunaannya dengan kerajaan negeri menjaga alam sekitar dan mengawalnya daripada dimusnahkan, ditebang pokok-pokok.
Membina empangan yang besar, namun tidak dapat dipenuhi dengan air adalah satu kerugian, kata beliau.
Malah, itu juga menimbulkan persoalan, dari mana kerajaan DAP Pulau Pinang akan mendapatkan sumber air untuk pembangunan PSR dan penambahan populasi setelah pulau tersebut sedia untuk didiami manusia.
“Itu menjadi persoalan. Jadi, mungkin solusi mereka ambil dari Kedah atau Perak. Sebab sekarang inipun tidak cukup air untuk rakyat Pulau Pinang sedia ada menggunakannya. Inikan pula hendak buat pembangunan.
“Pulau sendiri yang ada sekarang pun tidak cukup (air), bagaimana kerajaan boleh fikir untuk tambah lagi tiga pulau sebelum selesaikan masalah air? Bayangkan krisis air yang akan berlaku di Pulau Pinang, ” sindirnya.
Mengulas lanjut kata Ahmad Rafaie, pembangunan di Pulau Pinang berlaku secara tidak seimbang.
Katanya, tanah-tanah di sebahagian kawasan di tanah besar masih banyak yang belum dibangunkan dan dimajukan.
“Tanah punya banyak di sini, Kepala Batas, Penaga, kenapa nak tambak laut buat bangunan?
“Tindakan itu hanya akan meningkatkan kos hartanah di Pulau Pinang. Malah, pembangunan pulau buatan juga tidak diperlukan. Kenapa hendak buat perkara yang tidak perlu?” soalnya bertalu-talu.
Mahukah rakyat Pulau Pinang menjadi seperti di Selangor yang acap kali ketiadaaan air? – HARAKAHDAILY 10/6/2021


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/06/mahukah-rakyat-pulau-pinang-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dinner Di Ariz Western Al Ihsaniah Simpang Ampat Pulau Pinang

Dinner Di Ariz Western Al Ihsaniah Simpang Ampat Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 266 hits
Dinner di Ariz Western al Ihsaniah Simpang Ampat Pulau Pinang Semasa dalam perjalanan pulang selepas ambil anak mama dari asrama maka kami tercari cari tempat untuk bermalam dan berbuka puasa Mula mula plan nak buka puasa di Perak tapi dise...
Lim Guan Eng Dan Peristiwa Rasuah Di Dalam Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

Lim Guan Eng Dan Peristiwa Rasuah Di Dalam Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 356 hits
Pada 12 Januari 2018 Zarul Ahmad Zulkifli telah membuat pengakuan kepada SPRM yang syarikat beliau Zentih Construction telah dibei projek terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6 3 bilion Projek terowong itu diberi kepada syarikat Zaru...
Isu Rakyat Tidak Dapat Dibincangkan Bila Parlimen Ditutup Wan Azizah

Isu Rakyat Tidak Dapat Dibincangkan Bila Parlimen Ditutup Wan Azizah

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 163 hits
Astro AwaniJun 3 2021 Dr Wan Azizah berkata isu rakyat termasuk kesenjangan ekonomi kesihatan mental rakyat keganasan rumahtangga dan pendidikan tidak dapat dibahaskan dengan tuntas Astro AWANIKUALA LUMPUR Penutupan Parlimen sejak sesi bera...
Lambakan Raja Buah Di Pulau Pinang Peniaga Jangka Rugi Rm80 000

Lambakan Raja Buah Di Pulau Pinang Peniaga Jangka Rugi Rm80 000

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 327 hits
Kredit SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 02 Jun 2021 sinar harianShamsol menunjukkan durian hasil kebunnya di Balik Pulau GEORGETOWN Penghujung Jun hingga Ogos yang lazimnya kemuncak musim raja buah tidak lagi menjadi berita gembira kepada pemilik ...
Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang Fasa 1 Total Lockdown 3 0 Mohon Segera

Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang Fasa 1 Total Lockdown 3 0 Mohon Segera

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 255 hits
Zakat Pulau Pinang Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan mengenai Skim Bantuan Makanan Kecemasan yang diperkenalkan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan bagi sepanjang tempoh PKP 3 0 atau total lockdown yan...
Cerita Beg Plastik Di Pulau Pinang

Cerita Beg Plastik Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 600 hits
Nak Beg Plastik RM1 Kelmarin kami ke KFC suami seorang jelah masuk untuk membeli sementara saya menunggu di dalam kereta Tak lama kemudian suami datang semula ke kereta untuk mengambil beg belanja kami Katanya orang orang yang beratur di ha...
Nurul Izzah Gesa Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Dibatalkan

Nurul Izzah Gesa Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Dibatalkan

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 335 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya membatalkan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang dengan serta merta Beliau menyifatkan projek tersebut telah t...
Selamatkan Kawasan Selatan Pulau Pinang Daripada Dimusnahkan Nelayan

Selamatkan Kawasan Selatan Pulau Pinang Daripada Dimusnahkan Nelayan

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 263 hits
Projek pembangunan ini bukan sahaja mengancam perkerjaan nelayan tetapi juga bakal membawa kemusnahan kepada alam sekitar By ARTIKEL INI DISIARKAN PADA 3 JUN 2021 LEPAS NAMUN UNTUK KEFAHAMAN PEMBACA BLOG WRLR IANYA DITERBITKAN SEMULA UNTUK ...
Desakan Bagi Menghentikan Projek Reklamasi Selatan Pulau Pinang Semakin Mendapat Perhatian

Desakan Bagi Menghentikan Projek Reklamasi Selatan Pulau Pinang Semakin Mendapat Perhatian

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 224 hits
Baik hentikan projek reklamasi mega ini dan fikir alternatif lestari yang lain bagi memastikan keselamatan makanan serta sistem pengangkutan yang lebih mampanBy 7 Jun 2021Aliran mendukung desakan bagi membatalkan projek Reklamasi Pulau Pina...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization