Nurul Izzah Gesa Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Dibatalkan



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya membatalkan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) dengan serta-merta.
Beliau menyifatkan projek tersebut telah tersasar daripada tujuan asalnya, sebaliknya lebih banyak menumpukan kepada kepentingan sesetengah pihak serta mengabaikan kelestarian alam sekitar dan menjejaskan punca rezeki golongan nelayan.

“PSR yang diumumkan pada tahun 2015 asalnya bertujuan untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). Walaupun saya bersama rakan-rakan parti pada awalnya menyokong pembangunan sistem pengangkutan awam yang lebih baik, keraguan mula timbul apabila PTMP diubah untuk merangkumi lebuhraya mega merentasi bukit dan sungai, transit aliran ringan (LRT), monorel, skycab dan pelan tambakan laut.
“Kini jelas bahawa PSR tidak lagi menjadi punca pembiayaan PTMP, tetapi tertumpu kepada penghasilan dan penjualan harta tanah spekulatif dengan meminggirkan kepentingan alam sekitar dan ekosistem seimbang. Projek ini boleh digambarkan sebagai penswastaan laut kita secara tidak langsung untuk pembangunan yang berpaksikan kepentingan swasta,” katanya dalam kenyataan.
Keseluruhan projek PSR akan dibiayai dan dikendalikan oleh usaha sama 70-30 antara SRS Consortium Sdn Bhd selaku rakan penyampaian projek PSR dan kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Nurul Izzah juga mempersoalkan mengapa kerajaan negeri tetap mahu meneruskan projek itu walaupun Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) mengesahkan bahawa PSR akan mengakibatkan kehilangan alam sekitar secara kekal.
“Daripada menambak tanah seluas 4,500 ekar dari laut, terdapat banyak tanah di daratan Pulau Pinang yang dapat diusahakan.
“Lebih banyak usaha harus ditumpukan pada pembangunan skala kecil pro masyarakat seperti Think City di tanah besar Pulau Pinang untuk mengatasi pembangunan yang tidak seimbang; hal ini harus menjadi trajektori utama pembangunan Pulau Pinang, selari dengan visi Penang 2030,” katanya.
Nurul Izzah juga berpandangan walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang menawarkan pakej dan program ex-gratia yang bertujuan untuk memberikan faedah jangka panjang kepada 1,615 nelayan yang terjejas, projek ini bakal mengancam mata pencarian hampir 5,000 nelayan akibat impak penambakan yang melangkaui Teluk Kumbar dan perairan Pulau Pinang.

“Malah, memorandum komuniti nelayan yang diterima oleh Ahli Parlimen PKR di Pulau Pinang, yang menyatakan bahawa sambutan positif terhadap projek PSR hanya diperoleh daripada nelayan sambilan dan nelayan yang telah bersara. Keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri harus berpusat pada pembangunan lestari tanpa mengabaikan atau menafikan suara nelayan sepenuh masa yang tetap teguh dalam pendirian mereka untuk menentang projek ini.
“Oleh demikian, saya tidak mempunyai pilihan selain daripada menyuarakan bantahan ini secara terbuka dengan harapan projek penambakan ditamatkan dan digantikan dengan rancangan pembangunan dan pembaharuan ekonomi yang benar-benar lestari, sejajar dengan keperluan untuk membangun kembali dengan lebih baik, walau berskala kecil tetapi pro rakyat serta lebih hijau dalam pemulihan global pasca pandemik,” katanya.
Bagaimanapun, Nurul Izzah sedia menyokong pembangunan yang benar-benar menghasilkan impak sosioekonomi yang seimbang dan lestari dengan impak minimum terhadap alam sekitar dan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat.
“Saya menyeru agar Kementerian Alam Sekitar dan Air membatalkan kelulusan awal yang diberikan oleh Jabatan Alam Sekitar dan memperkuat segala usaha untuk berkolaborasi dengan kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menguruskan pemulihan sosioekonomi rakyat, lebih-lebih lagi ketika kita mengharungi impak serta risiko pasca wabak yang tidak menentu,” katanya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/06/nurul-izzah-gesa-projek-tambakan-laut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lim Guan Eng Dan Peristiwa Rasuah Di Dalam Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

Lim Guan Eng Dan Peristiwa Rasuah Di Dalam Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 388 hits
Pada 12 Januari 2018 Zarul Ahmad Zulkifli telah membuat pengakuan kepada SPRM yang syarikat beliau Zentih Construction telah dibei projek terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6 3 bilion Projek terowong itu diberi kepada syarikat Zaru...
Aktiviti Lombong Pasir Untuk Projek Tambak Laut P Pinang Membimbangkan Kata Aktivis

Aktiviti Lombong Pasir Untuk Projek Tambak Laut P Pinang Membimbangkan Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 309 hits
June 3 2021 Sahabat Alam Malaysia berkata perlombongan pasir boleh memberi kesan buruk terhadap persekitaran dan kehidupan laut dalam jangka masa panjang GEORGE TOWN Seorang aktivis alam sekitar memuji kelantangan seorang menteri persekutua...
Desakan Bagi Menghentikan Projek Reklamasi Selatan Pulau Pinang Semakin Mendapat Perhatian

Desakan Bagi Menghentikan Projek Reklamasi Selatan Pulau Pinang Semakin Mendapat Perhatian

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 371 hits
Baik hentikan projek reklamasi mega ini dan fikir alternatif lestari yang lain bagi memastikan keselamatan makanan serta sistem pengangkutan yang lebih mampanBy 7 Jun 2021Aliran mendukung desakan bagi membatalkan projek Reklamasi Pulau Pina...
Pulau Pinang Tangguh Kebenaran Bernikah Bermula Esok

Pulau Pinang Tangguh Kebenaran Bernikah Bermula Esok

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 331 hits
Oleh Zuhainy Zulkiffli Berita HarianGEORGETOWN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menangguhkan permohonan kebenaran berkahwin di negeri ini susulan sekatan tambahan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 bermula esok JHEAIPP menerusi kenya...
Guna Lorong Tikus Rentas Pulau Pinang Kedah Untuk Beli Nasi

Guna Lorong Tikus Rentas Pulau Pinang Kedah Untuk Beli Nasi

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 409 hits
Oleh KHUZAIRI ISMAIL SEBAHAGIAN individu yang ditahan polis ketika menggunakan laluan tikus di tiga lokasi utama di Tasek Gelugor untuk merentas antara Pulau Pinang dan Kedah tanpa surat kebenaran PDRM UTUSAN MUHAMMAD FIRDAUS AMRANTASEK GEL...
Polis Pulau Pinang Panggil Beberapa Saksi Bantu Siasatan Isu Tawaran Sumbangan Vaksin Covid19

Polis Pulau Pinang Panggil Beberapa Saksi Bantu Siasatan Isu Tawaran Sumbangan Vaksin Covid19

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 342 hits
Polis Pulau Pinang akan merekodkan keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung individu kononnya menawarkan sumbangan vaksin Covid 19 keluaran Sinovac untuk negeri itu Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan berkata seta...
Kluster Perkilangan Catat Jangkitan Tinggi Covid 19 Di Pulau Pinang

Kluster Perkilangan Catat Jangkitan Tinggi Covid 19 Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 347 hits
Malinda Abdul Malik Malaysia GazetteGEORGE TOWN Kluster perkilangan masih mencatatkan rekod tertinggi jangkitan Covid 19 di Pulau Pinang Perkara itu ditegaskan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow susulan pertambahan dua laporan terbaru...
Pemandu E Hailing Maut Jatuh Dari Jambatan Pulau Pinang

Pemandu E Hailing Maut Jatuh Dari Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 392 hits
Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat kira kira pukul 4 petang tadi Oleh MOHD SYALMIZI HAMID Kosmo Online24 Mei 2021 6 19 pmSEBERANG PERAI Seorang pemandu e hailing ditemui mati selepas terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang di...
Cerita Beg Plastik Di Pulau Pinang

Cerita Beg Plastik Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 626 hits
Nak Beg Plastik RM1 Kelmarin kami ke KFC suami seorang jelah masuk untuk membeli sementara saya menunggu di dalam kereta Tak lama kemudian suami datang semula ke kereta untuk mengambil beg belanja kami Katanya orang orang yang beratur di ha...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Mcmc Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di Tiktok Fahmi

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rezeki Lepas Hujan Di Dahan Mati Sehingga Menjadi Resipi Masak Lemak Kulat Sisir

Reform Roadmap Welcome But Key Appointments Process Remains Unclear

Pico Laser Kl Brighter Smoother Skin With Dr Chong Clinic

Cafe Hipster Dalam Hutan Di Kuala Lumpur

Isteri Punca Suami Jadi Silent Treatment

Suka Yang Mana