Mahu Tukar Ag Bukankah Itu Petunjuk Umno Mahu Selamatkan Kluster Mahkamah


agendaily.com03/09/2022Anak Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa bersama ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri taklimat khas Presiden UMNO baru-baru ini.
Semasa perhimpunan raksasa diadakan selepas Datuk Seri Najib Razak dihukum penjara, pemimpin utama UMNO berada di atas pentas utama mengkritik hebat badan kehakiman sehingga mempertikai mengapa tidak ditukar Peguam Negara (AG).

Keputusan mahkamah melibatkan kes Najib dipertikai dan desakan menukar AG timbul dalam perhimpunan yang dipanggil atas jemputan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, bukankah itu menunjukkan pemimpin Kluster Mahkamah sudah mula bimbang dengan pertuduhan dihadapi mereka ketika ini?

Agenda perhimpunan tersebut secara jelas bertujuan untuk menunjukkan bantahan UMNO terhadap keputusan kes Najib, jika tidak masakan berdegar-degar pemimpin utama parti memberi kecaman hebat terhadap badan perundangan tertinggi negara secara terbuka.

Malah, peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijemput sebagai tetamu khas untuk memberikan penjelasan kepada penyokong UMNO berhubung keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Najib dan secara terbuka boleh dikatakan menghina keputusan mahkamah tersebut.

Yang peliknya, Shafee tidak pula berhujah sedemikian semasa dalam kamar mahkamah bagi mempertahankan bosnya, Najib semasa perbicaraan lalu.

Tidak kurang juga Penasihat Khas Undang-Undang Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang sudah meletakan jawatannya baru-baru ini yang seakan menyindir Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana tidak melantik AG baharu selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan.

Zahid pula semasa memberi ucapan pada akhir perhimpunan berterusan mendesak supaya Ismail Sabri mengadakan pilihan raya umum ke-15 dengan segera, ia bukan sekali tetapi sudah berkali-kali gesaan sama dilontarkannya.

Keadaan semakin tidak menentu dan masa semakin suntuk bagi Kluster Mahkamah dalam UMNO memandangkan perbicaraan mereka semua sudah sampai ke penghujung.

Selepas Najib dimasukkan ke penjara, kemudiaan baru-baru ini isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sudah dijatuhi hukuman bersalah dalam perbicaraan rasuah solar di Sarawak.

Terbaharu Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad sudah diarah untuk membela diri dalam perbicaraan kes rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Selain itu, keputusan kes mahkamah melibatkan Ahli Parlimen Baling yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram dihadapinya juga bakal diketahui pada 5 September ini.

Zahid juga tidak terkecuali daripada rentetan kes-kes mahkamah dihadapi pemimpin UMNO ketika ini, keputusan kes mahkamah yang paling terdekat sekali bakal diputuskan adalah melibatkan perbicaraan kes Yayasan Akalbudi (YAB).

Untuk rekod, kes Zahid tersebut sudah masuk ke peringkat pembelaan dan bakal diputuskan keputusannya selepas ini.

Namun, berdasarkan fakta dan kronologi tindak-tanduk ini, Zahid menafikan desakan PRU-15 perlu disegerakan kerana takut kes mahkamah adalah tidak benar.

“Kita minta PRU-15 disegerakan bukan kerana kita takut. Sama sekali tidak berkaitan kes mahkamah yang dikenakan terhadap pemimpin BN.

“Saksikan tindakan mahkamah dikenakan ke atas pemimpin BN selepas mereka berkuasa kami harungi dengan tabah. Beranilah kerana benar,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Menurut Zahid, pembangkang kini sedang mencipta tohmahan untuk memburukkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kita minta PRU-15 diadakan segera kerana kita tahu apa yang sedang diusahakan oleh lawan untuk memanipulasi fikiran rakyat.

“Mereka sedang mencipta pelbagai naratif untuk memburuk-burukkan pemimpin BN sama seperti mereka lakukan pada PRU-14,” katanya lagi.

Tegasnya, PRU-15 perlu diadakan kerana ia bagi menyelamatkan rakyat yang semakin terbeban dengan kerajaan sedia ada, walhal diketahui umum Perdana Menteri sekarang juga datangnya daripada parti UMNO.

“Mereka dalam terdesak sedang menggerakkan segala saki baki ‘kuasa’ yang masih dalam genggaman untuk melancarkan propaganda baharu.

“Rakyat perlu diselamatkan daripada dikelirukan lagi oleh mereka kerana natijahnya amatlah buruk untuk masa depan negara,” katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/mahu-tukar-ag-bukankah-itu-petunjuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Lcs Umno Bergolak Singkir Kluster Mahkamah

Isu Lcs Umno Bergolak Singkir Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 130 hits
Isu LCS Umno bergolak singkir kluster mahkamahPosted By on August 21 2022Skandal pembinaan kapal tempur persisir Tentera Laut Diraja Malaysia bukan sahaja menyebabkan rakyat kembali mengambil perhatian ke atas kebobrokan Kerajaan BN tetapi ...
Bolehkah Rakyat Hina Mahkamah Seperti Ditaklimat Presiden Umno

Bolehkah Rakyat Hina Mahkamah Seperti Ditaklimat Presiden Umno

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 193 hits
Jika boleh Kementerian Dalam Negeri dan PDRM wajar memaklumkan supaya rakyat boleh buat perkara yang sama secara besar besaran Jika Tak boleh ambillah tindakan Jangan hanya berani setakat ambil tindakan pada budak yang buat demo sahaja
Keh Keh Tak Ada Kluster Mahkamah Kata Zahid Tapi Kluster Mahkamah Tunjuk Kuasa Tekan Pm

Keh Keh Tak Ada Kluster Mahkamah Kata Zahid Tapi Kluster Mahkamah Tunjuk Kuasa Tekan Pm

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 159 hits
Kluster mahkamah tunjuk kuasa tekan PM August 28 2022 Kira kira 3 000 pemimpin bahagian Umno menghadiri perhimpunan di ibu pejabat parti semalam untuk diberi taklimat mengenai isu semasa PETALING JAYA Perhimpunan khas yang diadakan Umno sem...
Antara Punca Kluster Mahkamah Ingin Mempercepatkan Pru15

Antara Punca Kluster Mahkamah Ingin Mempercepatkan Pru15

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 195 hits
Antara Punca Kluster Mahkamah Ingin Mempercepatkan PRU15 Keputusan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2 8 juta berhubu...
Pas Masih Mengharap Parti Kluster Mahkamah

Pas Masih Mengharap Parti Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 235 hits
PAS Masih Mengharap Parti Kluster Mahkamah Pas memberi tempoh masa sehingga hari penamaan calon kepada UMNO untuk berunding mengenai kerusi yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 Ketua Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari memberikan t...
Pelan B Umno Untuk Selamatkan Najib Dengan Desak Pru Segera

Pelan B Umno Untuk Selamatkan Najib Dengan Desak Pru Segera

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 131 hits
agendaily com21 08 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakan karibnya Datuk Seri Najib Razak kini hanya mahu menyelamatkan diri daripada kes mahkamah dihadapi mereka Perjalanan perbicaraan kes di Mahkamah Persekutuan yang se...
Mengapa Umno Benci Sangat Dengan Laporan Pac Takut Jerung Itu Adalah Najib Atau Zahid Ke

Mengapa Umno Benci Sangat Dengan Laporan Pac Takut Jerung Itu Adalah Najib Atau Zahid Ke

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 197 hits
BORHAN AHMADOrang awam di Malaysia kini keliru mengapa Umno kini benci terhadap laporan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara mengenai skandal kapal tempur pesisir yang melibatkan RM9 billion Adakah mereka bimbang jerung yang dimaksudkan oleh ...
Wan Rosdy Timbalan Ketua Umno Pekan Akan Jadi Pemangku Jawatan Ketua Bahagian Itu

Wan Rosdy Timbalan Ketua Umno Pekan Akan Jadi Pemangku Jawatan Ketua Bahagian Itu

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 154 hits
KUANTAN Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Zamri Ramly akan menjadi caretaker jawatan Ketua UMNO Pekan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dan denda terhadap penyandangnya Najib Razak Tim sebagai pemangku ketua bahagian...
Mahkamah Bersihkan Umno Rakyat Masih Perlukan Umno

Mahkamah Bersihkan Umno Rakyat Masih Perlukan Umno

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 185 hits
suaramerdeka com my2 9 2022Beberapa hari ini kes mahkamah semakin tidak menyebelahi para pemimpin UMNO dan ahli keluarga mereka Mereka ini sudah didapati bersalah atau diarahkan membela diri Itu urusan mahkamah Kita tidak seharusnya mencamp...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab