Mahu Tambah Koleksi Drama Korea Ini 12 Naskhah Baru Yang Bakal Temui Penonton Mac Ini


Dah masuk bulan ketiga tahun 2020 tetapi arena drama Korea nampaknya tidak berhenti mengeluarkan pelbagai produk baru. Meskipun banyak drama yang diriliskan pada awal tahun ini seperti “Itaewon Class” dan “Romantic Doctor Kim 2” mendapat pujian melambung, masih terdapat banyak lagi naskhah yang bakal disajikan kepada para penonton pada bulan Mac nanti!
Nah ini senarainya!
1. NOBODY KNOWS SBS | 2 Mac Cha Youngjin (Kim Seohyung) ialah seorang detektif yang kehilangan sahabat baik di tangan seorang pembunuh bersiri. Wanita tersebut masih memendam rasa bersalah dan berasa trauma setiap kali teringatkan kematian rakannya itu. Selepas 19 tahun mendiamkan diri, pembunuh bersiri itu kembali dan Youngjin memulakan misinya bagi membanteras penjenayah tersebut

2. YOO BYUL NA! CHEF MOON Channel A | 6 Mac Moon Seungmo (Eric) adalah seorang chef popular. Namun selepas kematian tragik kedua ibu bapanya di dalam sebuah kebakaran, lelaki itu berpindah ke sebuah perkampungan bernama Seoha. Hari-harinya yang tenang mula kucar-kacir selepas kehadiran Yoo Yoojin (Go Wonhee).
Manakala, Yoojin merupakan pereka fesyen yang terkenal di dunia dan bekerja di bawah label Yoo Bella. Malang menimpa apabila wanita itu terlibat dalam kemalangan yang meragut memorinya dan tanpa dijangka dia mula menetap di Kampung Seoha. Berubah perangai, dia dikenali sebagai seorang yang luar biasa di perkampungan itu lantas diberi nama timangan ‘Yoobyeolna’.

3. MEMORIST tvN | 11 MAC Berkisarkan daripada webtoon dengan tajuk yang sama, ia membawa kisah Dong Baek (Yoo Seungho) iaitu seorang detektif yang boleh membaca fikiran seseorang. Selepas mengenali dengan seorang profiler hebat iaitu Han Sunmi (Lee Seyoung), mereka mula bergabung tenaga untuk memburu seorang pembunuh bersiri.

4. HOSPITAL PLAYLIST tvN | 12 MAC Kisah lima sekawan belajar di sekolah perubatan yang sama pada tahun 1999 sebelum bertugas di dalam sebuah hospital yang sama. Setiap daripada mereka mempunyai personaliti berbeza, Ikjoon (Jo Jungseok) yang pandai tetapi liar, Seokhyeong (Kim Daemyung) yang anti-sosial, Joonwan (Jung Kyungho) dibenci ramai kerana kebengisannya, Jungwon (Yoo Yeonseok) yang sensitif dan Songhwa (Jeon Mido) yang merupakan ’emak’ kepada kumpulan tersebut. Bersama-sama dengan lima doktor hebat ini, penonton akan dibawa melalui kehidupan harian dan biasa para kakitangan hospital dan pesakit.

5. KINGDOM SEASON 2 Netflix | 13 MAC Bersambung daripada kejadian musim pertama, satu wabak misteri telah menghuru-harakan Joseon. Ketamakan keluarga Cho menyebabkan neraka di dunia apabila ramai penduduk dijangkiti wabak serius yang merubah mereka menjadi zombi. Bagi memulihkan keadaan tersebut, Putera Raja Lee Chang (Ju Jihoon) telah melalui misi berdarah tanpa dapat mempercayai sesiapa pun.

6. RUGAL OCN | 16 MAC Kang Kibeom (Choi Jinhyuk) adalah seorang penyiasat elit dan menjalani misi berbahaya dengan menyiasat pertubuhan jenayah yang dikenali sebagai Argos. Sifat ingin tahu lelaki itu membawa padah apabila isteri dan anaknya telah dibunuh oleh beberapa lelaki bertopeng yang dihantar oleh Argos. Bukan itu sahaja, kumpulan penjahat tersebut telah memukulnya dengan teruk selain mengorek kedua-dua biji matanya. Sedar daripada tidur yang panjang, Kibeom telah dituduh sebagai pembunuh.
National Intelligence Service (NIS) pula telah menawarkan tempat kepada detektif tersebut sebagai salah seorang ahli Rugal iaitu pasukan khas yang ditubuhkan oleh perkhidmatan tersebut. Dengan bantuan bioteknologi, dia diberikan dua biji mata palsu yang memiliki kelebihan istimewa. Kibeom dan kesemua ahli Rugal kemudiannya berpimpinan tangan bagi menumpaskan organisasi jenayah zalim itu.

7. MEMOIR OF THE MAN MBC | 18 MAC Lee Junghoon (Kim Dongwook) bekerja sebagai penyampai berita di sebuah stesen televisyen. Walaupun nampak sempurna tapi sebenarnya dia mempunyai penyakit hyperthymesia, satu kondisi di mana dia mampu mengingati semua kejadian dalam hidupnya. Manakala Yeo Hajin (Moon Gayoung) ialah seorang pelakon terkenal yang tidak punyai secebis ingatan langsung mengenai masa silamnya. Disebabkan ini, wanita itu hidup sewenang-wenangnya.

8. A PIECE OF YOUR MIND tvN | 23 MAC Drama ini mengisahkan hubungan romantik di antara Ha Won (Jung Haein) dan Han Seowoo (Chae Soobin). Lelaki baik itu merupakan seorang programmer AI dan merupakan penaung kepada Syarikat M&H. Seowoo pula ialah seorang jurutera rakaman muzik klasik. Meskipun kehidupannya tidak stabil tanpa rumah dan keluarga, dia mempunyai pandangan yang positif terhadap kehidupan.

9. 365: A YEAR AGAINST DESTINY MBC | 23 MAC 10 orang individu yang mengimpikan kehidupan sempurna telah diberi peluang untuk kembali semula ke setahun yang lepas. Mereka dibenarkan untuk mengubah takdir kehidupan mereka pada ketika itu tetapi satu perkara misteri telah berlaku dan menggugat nyawa setiap daripada individu tersebut.
Ji Hyungjoo (Lee Joonhyuk) merupakan seorang detektif veteran dan mempunyai pengalaman selama 7 tahun dalam bidang tersebut. Lelaki tersebut turut mendapat peluang untuk kembali ke masa lampau dan dia seronok dengan perubahan hidupnya tetapi dia mula sedar setiap orang yang pulang ke setahun yang lepas tanpa sengaja telah terlibat dalam sebuah kes misteri. Detektif itu cuba merungkai segala rahsia disebalik kejadian itu.
Shin Gahyun (Nam Jihyun) adalah seorang penulis komik dan dia merupakan penulis kepada naskhah popular “Hidden Killer” sepanjang 3 tahun ini. Wanita ini merupakan seorang yang gilakan kerjanya dan sensitif terhadap kesempurnaan. Tanpa diduga, dia telah terlibat dalam satu kemalangan yang mengubah kehidupannya menjadi seperti neraka. Pada masa genting ini, Gahyun telah diberi kesempatan untuk kembali ke setahun lepas, namun dia terpaksa berhadapan dengan satu kes misteri semasa di kehidupan lampaunya.

10. WELCOME KBS | 25 MAC Sola (Shin Yeeun) merupakan seorang gadis berusia 20-an dan bekerja di sebuah syarikat reka grafik. Dia mempunyai impian yang besar untuk menjadi seorang pelukis komik selain dia juga merupakan seorang yang suka bersosial. Pada suatu hari, gadis ini telah membawa pulang seekor kucing bernama Hongzo (Kim Myungsoo). Tanpa pengetahuannya, kucing itu sebenarnya bukanlah kucing biasa kerana ia boleh berubah menjadi manusia. Sejak mula tinggal bersama dengan haiwan tersebut, hidupnya mula terlibat dengan pelbagai kejadian yang tidak dijangka.

11. THE WORLD OF THE MARRIED JTBC | 27 MAC Ji Sunwoo (Kim Heeae) ialah seorang doktor perubatan keluarga. Mempunyai suami, Lee Taeo (Park Haejoon) dan seorang anak lelaki, kehidupan wanita ini adalah sangat sempurna. Tetapi panas tidak sampai ke petang apabila wanita hebat ini telah dikhianati oleh suaminya sendiri serta orang terdekat.
Manakala, Lee Taeo bercita-cita ingin menjadi seorang pengarah filem terkenal. Dia mengusahakan sebuah perniagaan hiburan dengan sokongan isteri tercinta. Walaupun sangat menyayangi Sunwoo, lelaki itu terjebak dengan satu hubungan romantik yang bahaya.

12. WINGS, FLY UP Walaupun tidak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inti pati drama ini tetapi ia membawa penonton menelusuri kisah seorang bekas atlet taewondo yang jatuh terduduk kerana suatu insiden.

Cepatlah datang bulan Mac! Dah tak sabar nak tonton kesemua drama hebat ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kimchidaily.my/mahu-tambah-koleksi-drama-korea-ini-12-naskhah-baru-yang-bakal-temui-penonton-mac-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedutan Klip Pendek Lee Minho Untuk Drama Baru The King Eternal Monarch Buat Penonton Teruja

Sedutan Klip Pendek Lee Minho Untuk Drama Baru The King Eternal Monarch Buat Penonton Teruja

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 322 hits
Setelah lama berehat daripada dunia lakonan kerana menjalani latihan khidmat ketenteraan pelakon Lee Minho kini akan kembali menyinari kaca televisyen anda Menerima reaksi positif menerusi drama terakhirnya iaitu Legend Of The Blue Sea yang...
Drama Korea Terbaru Bulan Mac 2020

Drama Korea Terbaru Bulan Mac 2020

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 544 hits
Berikut senarai drama Korea terbaru bulan Mac 2020 Nobody Knows Genre Detektif MisteriEpisod 16Tarikh 2 Mac 21 April 2020Pelakon Kim Seo Hyung Ryu Duk Hwan Park Hoon Ahn Jin Ho Moon Sung Geun Min Jin Woong Kang Ye Won Jun Suk Chan Baek Soo ...
Kata Kata Bijak Dari Drama Korea Yang Membuatmu Belajar Kehidupan

Kata Kata Bijak Dari Drama Korea Yang Membuatmu Belajar Kehidupan

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 256 hits
Adakalanya kita perlu merenungi masalah atau hambatan yang menimpa hidup kita Hambatan atau masalah tersebut akan selalu datang dalam hidup Berikut kata kata bijak dari drama korea yang mungkin bisa membuat kita memikirkan dan merenungi keh...
Blackshark 3 5g Bakal Dilancarkan Pada 3 Mac

Blackshark 3 5g Bakal Dilancarkan Pada 3 Mac

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 180 hits
Black Shark merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada penawaran telefon pintar permua Untuk tahun ini mereka bakal memperkenalkan Black Shark 3 dimana ia dijangka diperkenalkan pada 3 Mac 2020 kelak Buat masa ini ia diketahui ya...
Realme C3 Dengan Tri Kamera Belakang Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Mac

Realme C3 Dengan Tri Kamera Belakang Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Mac

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 298 hits
https ift tt 38R3sFs Realme Malaysia kini telah mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan terbaru mereka iaitu Realme C3 pada 3 Mac 2020 kelak Variasi yang bakal ditawarkan di Malaysia baka...
Sebab Saya Tak Suko Drama Melayu Baru Nak Tampar Koreh Bersambung Esok Ustaz Syamsul Debat

Sebab Saya Tak Suko Drama Melayu Baru Nak Tampar Koreh Bersambung Esok Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 340 hits
Sebab Saya Tak Suko Drama Melayu Baru Nak Tampar Koreh Bersambung Esok Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Comelnya Anak Kim Tae Hee Dalam Teaser Drama Korea Terbaru Hi Bye Mama

Comelnya Anak Kim Tae Hee Dalam Teaser Drama Korea Terbaru Hi Bye Mama

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 355 hits
tvN telah melancarkan teaser drama terbaru Hi Bye Mama yang pasti akan mencair kan penonton Anda boleh saksikannya menerusi pemain video dibawah Hai Bye Mama berkisarkan tentang seorang wanita bernama Cha Yu Ri yang kembali ke pangkuan suam...
Oneplus Mempunyai Satu Lagi Kejutan Pada 3 Mac 2020 Peranti Konsep Baru

Oneplus Mempunyai Satu Lagi Kejutan Pada 3 Mac 2020 Peranti Konsep Baru

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 192 hits
OnePlus telah pun memperlihatkan peranti konsep mereka pada awal tahun ini yang menerima pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna seluruh dunia Terbaru OnePlus telah mula mengacah sebuah lagi kejutan baru melalui media sosial mereka Buat m...
Selepas 4 Tahun Berehat Jun Jihyun Dikatakan Bakal Kembali Dengan Drama Terbaru Garapan Penulis Signal

Selepas 4 Tahun Berehat Jun Jihyun Dikatakan Bakal Kembali Dengan Drama Terbaru Garapan Penulis Signal

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 243 hits
Jun Jihyun merupakan antara pelakon yang paling laku di dalam industri lakonan Korea Bukan sahaja filem yang berebut mahukannya sebagai teraju utama tetapi pengarah drama juga beratur panjang bagi meyakinkan wanita ini untuk menjadi wajah k...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024