Mahu Perkembangan Bayi Cepat Tak Perlu Pakai Sarung Tangan Biar Jarinya Bebas Menyentuh
Memang nampak comel dan selamat apabila bayi baru lahir pakai sarung tangan. Lagi satu alasan yang biasa diberikan adalah ia akan selamat kerana bayi tak akan mencakar muka sendiri serta nak elak anak rasa sejuk.
Namun ibu bapa tahu tak sebenarnya kesan pemakaian sarung tangan ini akan mengehadkan perkembangan anak?
Menurut Najmi Nawawi yang juga penulis buku dan pakar motivasi, kita hidup di zaman semua orang berlumba-lumba supaya perkembangan anak mereka cepat. Tetapi kenapa masih ada yang pakaikan anak mereka ‘mittens’, sedangkan ia akan melambatkan perkembangan anak-anak. Takkan kita mahu anak kita ketinggalan pula nanti.
Jika anak dipakai dengan ‘mittens’, tangan anak-anak akan sentiasa dalam keadaan menggenggam dan ini bukanlah sesuatu yang baik. Kita perlu buka ‘mittens’ agar anak dapat membuka genggaman dan mula menyentuh tekstur agar dapat merangsang perkembangan otak bayi.
Jangan risau anak cakar muka sendiri, kerana anak kita sangat bijak. Mereka akan belajar dari sakitnya tercakar muka sendiri dan tidak akan mengulangi lagi. Dalam masa yang sama, ia menjadi tugas ibu bapa untuk memastikan kuku anak mereka pendek.
Baca juga artikel ini: https://majalahpama.my/di-sebabkan-benang-sarung-tangan-terlilit-jari-anak-mati-bertukar-hitam-dan-terpaksa-di-potong/
Beri peluang untuk anak tingkatkan kemampuan motor halus dan kasar mereka, kinestetik dan sebagainya. Biarlah jari jemari comel itu menerokai tekstur pelbagai dunia.
Anak aku Aisyah Deen tidak dipakai ‘mittens’ sejak dari lahir lagi. Mommy and daddy-nya betul-betul mahu Aisyah Deen tidak ketinggalan dengan kawan-kawan yang hebat-hebat semuanya nanti.
p/s : Persaingan dalam perkembangan anak-anak ialah satu persaingan yang sihat. Saling membantu dan berkongsi ilmu untuk dunia mereka yang lebih baik.
Sumber: Najmi Nawawi
The post Mahu Perkembangan Bayi Cepat, Tak Perlu Pakai Sarung Tangan. Biar Jarinya Bebas Menyentuh appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/mahu-perkembangan-bayi-cepat-tak-perlu-pakai-sarung-tangan-biar-jarinya-bebas-menyentuh/