Mahkamah Tolak Rayuan Anak Jj Memasukkan Saham Rantaian Wawasan Jadi Harta Pusaka


 

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan ibu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Mohd Jarjis untuk memasukkan tiga juta saham syarikat Rantai Wawasan Sdn Bhd dalam senarai harta pusaka peninggalan anaknya.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Azizah Nawawi, Datuk P. Ravinthran dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Aminah Abdullah untuk mengisytiharkan bahawa enam juta saham dalam syarikat Alpine Motion Sdn Bhd dan dua saham dalam syarikat Ivory Insight Sdn Bhd adalah sebahagian daripada harta pusaka peninggalan Allahyarham.
Hakim  Mohd Nazlan yang membacakan keputusan sebulat suara pada prosiding dalam talian hari ini, menolak rayuan yang dikemukakan oleh dua anak Jamaluddin, Ikhwan Hafiz Jamaludin dan Nur Anis Jamaludin serta rayuan balas oleh Aminah.
Panel itu yang diketuai Hakim Azizah memerintahkan kedua-dua pihak menanggung kos masing-masing.
Aminah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk memasukkan saham Alpine Motion dan Ivory Insights sebagai sebahagian daripada harta pusaka anaknya manakala cucunya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memasukkan saham Rantai Wawasan dalam senarai harta pusaka bapa mereka.
Hakim Mohd Nazlan yang membacakan alasan penghakiman berkata saham Rantai Wawasan harus dimasukkan ke dalam harta pusaka Jamaluddin sebagai surat ikatan amanah yang diwujudkan pada 2009 ketika Allahyarham masih hidup adalah sah manakala surat ikatan amanah yang diwujudkan pada 2015 oleh anak-anak Jamaluddin selepas kematian arwah, adalah terbatal dan tidak sah.
Mengenai saham Alpine motion dan Ivory Insights, beliau berkata bukti menunjukkan saham berkenaan tidak pernah menjadi milik Jamaluddin dan tidak ada bukti pembayaran yang dibuat oleh Allahyarham untuk saham itu.
Dalam saman yang difailkan pada 3 Jan 2019, Aminah, 87, mendakwa Nur Anis dan Ikwan Hafiz sebagai pentadbir bersama harta pusaka peninggalan Jamaludin, telah gagal memasukkan saham ketiga-tiga syarikat sebagai harta pusaka dalam senarai aset di dalam surat kuasa mentadbir selepas Allahyarham meninggal dunia pada 4 April 2015, dan juga gagal memasukkan saham itu sebagai liabiliti sejak 6 Julai 2017.
Aminah menuntut tiga juta saham Rantai Wawasan bernilai RM1.44 bilion, enam juta saham Alpine Motion bernilai RM233 juta dan dua saham Ivory Insights bernilai RM80 juta untuk dimasukkan ke dalam harta pusaka anaknya.
Dalam pernyataan tuntutannya, Aminah mendakwa cucunya gagal memasukkan saham tiga syarikat - Rantai Wawasan, Alpine Motion dan Ivory Insight - sebagai sebahagian daripada harta pusaka si mati dengan niat untuk menafikan hak dan kepentingannya sebagai benefisiari.
Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai JJ, merupakan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, terbunuh dalam nahas helikopter pada 4 April 2015.
Peguam Wan Zafran Pawancheek dan Pawancheek Marican mewakili Aminah manakala sepasukan peguam diketuai Saheran Suhendran mewakili Nur Anis dan Ikhwan Hafiz. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/08/mahkamah-tolak-rayuan-anak-jamaluddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biskut Baby Pun Tak Beli Luar Tolak Perasa Makanan Luar Ayda Jebat Syukur Anak Tak Memilih Makan

Biskut Baby Pun Tak Beli Luar Tolak Perasa Makanan Luar Ayda Jebat Syukur Anak Tak Memilih Makan

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 151 hits
Pengalaman memberikan anak buat pertama kalinya memang menyeronokkan Bagi pelakon dan penyanyi Ayda Jebat dia bersyukur bila mana anaknya makan cukup berselera setiap hari Menjawab pertanyaan pengikutnya di Insta Storynya mengenai pemakanan...
Hakim Pn Surabaya Tolak Eksepsi Bechi Anak Kiai Jombang

Hakim Pn Surabaya Tolak Eksepsi Bechi Anak Kiai Jombang

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 160 hits
Majelis Hakim Pengadilan Negeri Surabaya menolak nota keberatan atau eksepsi terdakwa perkara dugaan pencabulan Moch Subchi Azal Tsani atau MSAT Dengan demikian sidang ini pun dilanjutkan pada pembuktian pada Senin pekan depan
Mahkamah Putuskan Anak Lahir Di Luar Negara Oleh Wanita M Sia Tidak Layak Dapat Kerakyatan

Mahkamah Putuskan Anak Lahir Di Luar Negara Oleh Wanita M Sia Tidak Layak Dapat Kerakyatan

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 479 hits
Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2 1 semalam memutuskan bahawa kanak kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang und...
Menu Muffin Nasi Sesuai Untuk Anak Yang Tolak Nasi Bahan Pun Simple Je

Menu Muffin Nasi Sesuai Untuk Anak Yang Tolak Nasi Bahan Pun Simple Je

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 204 hits
Menu MUFFIN NASI sesuai untuk anak anak yang dah bosan atau tolak makan nasi Trick anak sikit supaya anak tak sedar pun dia dah makan nasi Bahan bahan pun sangat mudah didapati dan cara penyediaan sangat mudah Hanya perlu bakar dalam airfry...
Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR 21 Ogos Banyak ketidakpastian dilihat mengenai apa yang bakal berlaku dalam rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebara...
Siti Nordiana Akur Keputusan Mahkamah Tolak Permohonan 2 Individu Batal Saman

Siti Nordiana Akur Keputusan Mahkamah Tolak Permohonan 2 Individu Batal Saman

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 220 hits
Kes saman Siti Nordiana Alias atau lebih mesra disapa Nana yang sudah setahun dijalankan nampaknya masih berlarutan sehingga ke hari ini Terdahulu penyanyi dan pelakon ini memfailkan saman ke atas lima individu termasuk dua rakan seperjuang...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti