Biskut Baby Pun Tak Beli Luar Tolak Perasa Makanan Luar Ayda Jebat Syukur Anak Tak Memilih Makan
Pengalaman memberikan anak buat pertama kalinya memang menyeronokkan. Bagi pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat dia bersyukur bila mana anaknya makan cukup berselera setiap hari.
Menjawab pertanyaan pengikutnya di Insta Storynya mengenai pemakanan anaknya, kata Ayda Jebat dia paling bersyukur kerana anaknya tidak memilih makanan atau picky eater.
Apa jua makanan yang diberikan padanya, dia tidak memilih.
“Tak picky eater, dia makan je apa yang kita bagi. And dia makan banyak.
“Makanan kita pun dia perhatian..hahaha,” tulis Ayda ringkas.
Malah kata Ayda lagi, dek kerana anaknya mempunyai masalah ekzema, dia lebih menjaga pemakanan Ana Nayla malah tidak pernah mengambil sebarang makanan dari luar.
Semuanya disediakan sendiri dari rumah, baik makanan utama mahupun biskut untuk bayinya. Kata Ayda, dia paling elakkan pengambilan perasa dalam makanan anaknya. Semuanya disebabkan dia bimbang Ana Nayla akan terkesan begitu juga pengambilan perasa tambahan yang tidak disyorkan buat bayi di bawah usia dua tahun.
“No instant food! Even cookies ke, biskut baby pun tak beli luar. Tak pernah bagi serbuk perasa.
“Oh no, untuk apa ya nak ada perasa? Doktor Ana Nayla ak bagi. Makanan mesti masak dari rumah. No outside food pun.
“Lagi pun baby ada eczyma, kena jaga food dia,” begitu kongsi Ayda di Insta Storynya.
Apa yang dilakukan oleh Ayda ini sememangnya tepat dan amat disarankan. Lagi-lagi bila si kecil kesayangan mempunyai masalah ekzema. Perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan setiap hari.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Biskut Baby Pun Tak Beli Luar” Tolak Perasa & Makanan Luar, Ayda Jebat Syukur Anak Tak Memilih Makan! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/biskut-baby-pun-tak-beli-luar-tolak-perasa-makanan-luar-ayda-jebat-syukur-anak-tak-memilih-makan/