Mahkamah Terus Beroperasi Walaupun Tidak Seperti Biasa Cj


Bernama Mahkamah akan terus beroperasi tetapi dalam ruang lingkup yang lebih terhad untuk memastikan akses berterusan kepada sistem keadilan,” kata Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.

Dalam kenyataannya, beliau berkata Badan Kehakiman Malaysia akan menyesuaikan dengan keadaan itu agar proses dan perkhidmatannya tetap berjalan walaupun dilanda pandemik itu.

“Tidak realistik dan mustahil bagi mahkamah untuk beroperasi seperti biasa semasa penularan pandemik Covid-19,” kata hakim tertinggi badan kehakiman itu.

Tengku Maimun berkata sekiranya dilaksanakan ia berisiko mendatangkan bahaya kesihatan dan keselamatan para hakim, peguam serta litigan dan petugas mahkamah

Beliau berkata tiga surat pentadbiran telah dikeluarkan oleh pejabat Ketua Pendaftar kepada pihak berkepentingan yang relevan pada 17 Mac, 23 Mac dan 10 April untuk mengatur pentadbiran keadilan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Tengku Maimun berkata keutamaan adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 berkaitan fungsi pengadilan untuk memberi sokongan yang diperlukan kepada penjara dan polis, yang kedua-duanya disenaraikan sebagai perkhidmatan penting di bawah peraturan itu
Beliau berkata dalam tempoh pelaksanaan PKP terutama berkaitan hal-hal jenayah, mahkamah masih boleh mendengar permohonan reman, pendakwaan kes baharu, permohonan kes jenayah, semakan keputusan mahkamah rendah dan pengurusan kes biasa.

Katanya permohonan reman juga dilakukan di balai polis.

Tengku Maimun berkata Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah akan terus mendengar kes-kes mendesak walaupun tidak perlu berbuat demikian di bawah peraturan tersebut
“Mahkamah juga terus menjalankan pengurusan kes melalui e-mel, e-Review dan mendengar perbicaraan secara dalam talian. Mekanisme e-filing yang telah berjalan selama hampir satu dekad, yang membolehkan pemfailan dokumen dan kertas kausa, terus beroperasi seperti biasa bagi kes sivil dan jenayah,” katanya.

Beliau juga berkata dokumen yang difailkan melalui sistem itu diproses seperti biasa semasa tempoh PKP.

Tengku Maimun berkata hakim dan pegawai kehakiman bertugas dari rumah dan mereka dapat dihubungi sepanjang masa untuk memastikan kes-kes yang memerlukan perhatian segera, ditangani dengan cepat.

Beliau juga memberikan jaminan bahawa mahkamah dilengkapi dengan peralatan pendengaran dalam talian terkini dan badan kehakiman itu bersedia menjalankan dan sebenarnya sudahpun menjalankan pendengaran dalam talian bagi kes sivil dengan persetujuan pihak-pihak terlibat.

Beliau berkata Badan Kehakiman itu juga telah mengambil langkah untuk meminda undang-undang berkaitan seperti Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Akta Mahkamah Rendah 1948 dan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi pelaksanaan pendengaran kes secara dalam talian.

Tengku Maimun mengeluarkan kenyataan media itu bagi memberi penjelasan berhubung artikel yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times pada 17 April.

Beliau berkata berdasarkan statistik mahkamah semasa tempoh pelaksanaan PKP menunjukkan terdapat 376 pengurusan kes yang dijalankan di Mahkamah Persekutuan melalui e-Review manakala 25 kes dijalankan melalui e-mel.

Tengku Maimun juga berkata terdapat 18 kes perbicaraan sivil melalui sidang video di Mahkamah Tinggi dan 12 kes melibatkan notis perakuan segera melalui sidang video.

“Langkah-langkah khusus yang diambil Badan Kehakiman Malaysia jelas menunjukkan bahawa ia kekal komited untuk kemajuan teknologi moden,” katanya.- Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/mahkamah-terus-beroperasi-walaupun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpt Kemasukan Pelajar Baharu Ke Ipta Tahun Ini Seperti Biasa

Kpt Kemasukan Pelajar Baharu Ke Ipta Tahun Ini Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 302 hits
Permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi awam bagi sesi 2020 2021 masih lagi dibuka sehingga esok melalui sistem UPUOnline Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 16 April Proses kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi awam
Kalau Saya Cari Lain Pun Pasti Takkan Jumpa Seperti Bella Saya Terus Berdoa Moga Ada Peluang Kedua

Kalau Saya Cari Lain Pun Pasti Takkan Jumpa Seperti Bella Saya Terus Berdoa Moga Ada Peluang Kedua

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 416 hits
Kalau Saya Cari Lain Pun Pasti Takkan Jumpa seperti Bella Saya Terus Berdoa Moga Ada Peluang Kedua Mengakui bersikap angkuh dan sambil lewa dengan kebaikan yang dilakukan bekas isteri sebelum ini Aliff Aziz berdoa agar dapat diberikan pelua...
Speaker Sidang Parlimen 18 Mei Disiar Secara Langsung Seperti Biasa

Speaker Sidang Parlimen 18 Mei Disiar Secara Langsung Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 335 hits
Sidang Parlimen pada 18 Mei ini akan disiarkan secara langsung seperti biasa kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof Bagaimanapun Ariff berkata tidak semua media akan dibenarkan masuk ke Parlimen ekoran pandemik Covid 19 Anda...
Selepas Pkp Berakhir Adakah Kita Boleh Jalani Kehidupan Seperti Biasa Baca Ini Dulu

Selepas Pkp Berakhir Adakah Kita Boleh Jalani Kehidupan Seperti Biasa Baca Ini Dulu

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 479 hits
Hi Korang Ok lagi satu bacaan ilmiah untuk korangKak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita Satu dunia dalam kegel...
Mkn Nafi Sebar Mesej Bazar Ramadhan 2020 Dibenarkan Operasi Seperti Biasa

Mkn Nafi Sebar Mesej Bazar Ramadhan 2020 Dibenarkan Operasi Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 403 hits
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media semalam memaklumkan bahawa bazar Ramadhan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung Namun hari ini ada pihak yang tidak bertanggungjawab ...
Ridwan Kamil Terus Ingatkan Jaga Jarak Karaoke Di Bandung Malah Nekat Beroperasi

Ridwan Kamil Terus Ingatkan Jaga Jarak Karaoke Di Bandung Malah Nekat Beroperasi

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 242 hits
Tempat ini buka tapi seolah olah tidak ada pembukaan atau penerimaan pengunjung Ternyata tamu atau pengunjung terlebih dahulu melakukan kesepakatan dengan pihak manajemen karaoke
Covid19 Pkp Masih Berjalan Seperti Biasa Tanpa Sebarang Kelonggaran

Covid19 Pkp Masih Berjalan Seperti Biasa Tanpa Sebarang Kelonggaran

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 385 hits
COVID19 PKP MASIH BERJALAN SEPERTI BIASA TANPA SEBARANG KELONGGARAN Teruskan duduk rumah jangan keluar tanpa alasan yang munasabah Sama sama kita bantu mencegah penularan wabak COVID19 PKP MASIH BERJALAN SEPERTI BIASA TANPA SEBARANG KELONGG...
Bermula Esok Pengingkar Pkp Akan Terus Dituduh Di Mahkamah

Bermula Esok Pengingkar Pkp Akan Terus Dituduh Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 370 hits
Anggota polis melakukan pemeriksaan pasport ke atas pekerja asing yang memandu kereta ketika PKP PETALING JAYA Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata mulai esok pengingkar perintah kawalan pengerakan akan terus ditahan dan dituduh d...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee