Selepas Pkp Berakhir Adakah Kita Boleh Jalani Kehidupan Seperti Biasa Baca Ini Dulu


Hi Korang,
Ok lagi satu bacaan ilmiah untuk korang
Kak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang. Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita




Satu dunia dalam kegelisahan akibat pandemik COVID-19

Disebabkan itu, macam-macam tindakan keselamatan dan kesihatan dilakukan setiap negara bagi membendung penularan wabak ini dari terus berleluasa

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 sebagai langkah memutuskan rantaian jangkitan COVID-19

Meskipun langkah ini dilihat memberi kesan positif, pihak kerajaan masih perlu melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April 2020

Ia mungkin juga menjadi lebih panjang dalam usaha meratakan lekuk graf jangkitan COVID-19

Kehidupan semasa PKP berlangsung, apa yang berlaku sekarang?

Tak dinafi, kehidupan semasa PKP ini sangat meresahkan

Masakan tidak, seluruh rakyat Malaysia dikehendaki duduk diam-diam sahaja di rumah dan tidak dibenarkan keluar

Hanya ketua keluarga saja dibenarkan keluar sebagai wakil untuk membeli barangan atau ubatan penting buat diri sendiri serta ahli keluarga yang lain

Ketika di luar, individu disaran menggunakan topeng muka dan mengamalkan penjara sosial sekurang-kurangnya 1 meter dari individu lain

Ketika perintah ini diumumkan dahulu, ramai netizen yang tak dapat menerimanya

Ada yang tak mematuhi arahan dengan berlegar-legar di luar rumah seolah-olah tiada apa yang berlaku

Ada yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman atau pergi melancong bersama ahli keluarga

Malah, ada juga yang masih berdegil menganjurkan pelbagai kenduri-kendara

Lebih teruk, ada juga yang melakukan pembelian panik keperluan rumah sehingga mengakibatkan pasar raya menjadi lautan manusia

Kesannya, banyak keperluan seperti roti, beras, mi segera dan minyak masak yang habis stok

Kehidupan selepas PKP berakhir, apa yang akan terjadi?

Adakah anda dapat bayangkan kehidupan selepas PKP ini berakhir

Adakah kehidupan akan kembali seperti sebelum ini? Hakikatnya, ia tidak mudah seperti yang kita sangka

Dalam erti kata yang lebih mudah, tidak wujud istilah ‘business as usual’

Jika hendak difikirkan secara logik, tiada jaminan yang mengatakan wabak COVID-19 akan hilang dengan sepenuhnya selepas tamat tempoh kedua PKP. Jadi, tempoh ketiga, keempat, kelima dan seterusnya masih perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Namun, sudah tentu kita juga sudah tidak lagi mahu berada di rumah hingga tiada pendapatan masuk

Sampai bila kita perlu minta bantuan kerajaan

Sesuatu perlu dilakukan untuk membolehkan kita hidup kembali normal selepas ini

Apakah yang perlu kita buat selepas wabak COVID-19 reda?

Wabak COVID-19 sukar untuk ditamatkan “begitu sahaja”

Namun, ia boleh reda dengan meratakan lekuk graf jangkitan. Antara usaha yang perlu kita lakukan sekarang adalah dengan mematuhi PKP sehinggalah ia berakhir

Namun selepas ia berakhir, kita masih tidak boleh kembali ke kehidupan normal

Contohnya, kita tidak boleh anjurkan kenduri-kendara, perhimpunan, persembahan atau pertunjukan yang memerlukan kehadiran ramai individu di suatu tempat

Sebaliknya, kita masih perlu pakai topeng muka dan pengamalan jarak sosial ketika di luar rumah atau di tempat kerja

Begitu juga dengan aspek kebersihan

Kita masih lagi perlu amalkan etika batuk dan bersin serta mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer untuk mengelak wabak ini berulang

Maka, bersamalah kita mematuhi PKP dan mengamalkan langkah keselamatan, kesihatan dan kebersihan agar lekuk graf jangkitan dapat diratakan

Bersama, kita mampu mengharunginya

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan

Artikel Oleh Ahmad Farid, Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Okla nanti kak lily kongsikan lagi artikel ilmiah ni lagi. Terima kasih kepada team Hello Doktor untuk perkongsian ni ek
#HelloHealthGroup#HelloDoktor#HelloHealthCoronaVirus




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2020/04/selepas-pkp-berakhir-adakah-kita-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kehidupan Selepas Pkp Berakhir Mungkin Tak Sama Macam Dahulu Ia Tak Mudah Seperti Kita Jangka

Kehidupan Selepas Pkp Berakhir Mungkin Tak Sama Macam Dahulu Ia Tak Mudah Seperti Kita Jangka

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 382 hits
Tak dinafi kehidupan semasa PKP ini sangat meresahkan Masakan tidak seluruh rakyat Malaysia dikehendaki duduk diam diam sahaja di rumah dan tidak dibenarkan keluar Hanya ketua keluarga saja dibenarkan keluar sebagai wakil untuk membeli bara...
Adakah Kita Bersedia Untuk Berdisiplin Selepas Tamat Pkp Najib

Adakah Kita Bersedia Untuk Berdisiplin Selepas Tamat Pkp Najib

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 249 hits
Ramai yang tak setuju tentang langkah kerajaan untuk membenarkan kedai gunting kedai elektronik dobi dan kedai cermin mata untuk dibuka Itu saya setuju bahawa ianya boleh ditangguh dua minggu lagi kerana rambut saya belum panjang dan mata s...
Kami Bertiga Berdoa Baca Al Quran Supaya Rindu Hilang Lepas Pkp Baru Boleh Jumpa Ibu Ayah

Kami Bertiga Berdoa Baca Al Quran Supaya Rindu Hilang Lepas Pkp Baru Boleh Jumpa Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 465 hits
Bila rasa rindukan ibu dan ayah saya serta adik adik akan berdoa supaya rasa rindu ini hilang Itulah perasaan Hussain Izzuddin Che Mamad yang baru berumur 9 tahun Dia meluahkan rasa sebak apabila melihat adik adiknya sedih tidak dapat berju...
Covid19 Pkp Masih Berjalan Seperti Biasa Tanpa Sebarang Kelonggaran

Covid19 Pkp Masih Berjalan Seperti Biasa Tanpa Sebarang Kelonggaran

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 313 hits
COVID19 PKP MASIH BERJALAN SEPERTI BIASA TANPA SEBARANG KELONGGARAN Teruskan duduk rumah jangan keluar tanpa alasan yang munasabah Sama sama kita bantu mencegah penularan wabak COVID19 PKP MASIH BERJALAN SEPERTI BIASA TANPA SEBARANG KELONGG...
Pkp Dilanjutkan Hingga 28 April Pm Mahu Rakyat Jalani Kehidupan Kebiasaan Baharu

Pkp Dilanjutkan Hingga 28 April Pm Mahu Rakyat Jalani Kehidupan Kebiasaan Baharu

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 436 hits
PKP dilanjutkan sehingga 28 April ini Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara sebentar tadi sememangnya sudah dijangka lebih awal Malah ia me...
Tidak Boleh Terawih Di Masjid Kunjungi Bazar Ramadan Seperti Dulu Pm

Tidak Boleh Terawih Di Masjid Kunjungi Bazar Ramadan Seperti Dulu Pm

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 299 hits
Susulan daripada perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan ramai yang kecewa tetapi ini merupakan satu langkah untuk mencegah penularan wabak Covid 19 Bulan Ramadan tidak lama lagi mesti ada yang merindui suasana bazar Ramadan dan ...
Speaker Sidang Parlimen 18 Mei Disiar Secara Langsung Seperti Biasa

Speaker Sidang Parlimen 18 Mei Disiar Secara Langsung Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 269 hits
Sidang Parlimen pada 18 Mei ini akan disiarkan secara langsung seperti biasa kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof Bagaimanapun Ariff berkata tidak semua media akan dibenarkan masuk ke Parlimen ekoran pandemik Covid 19 Anda...
Selepas Perketat Pkp Kerajaan Tebuk Atap Tidak Tahu Buat Apa

Selepas Perketat Pkp Kerajaan Tebuk Atap Tidak Tahu Buat Apa

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 314 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Khalid bersama Malaysia Dateline dalam aplikasi Zoom Kerajaan tebuk atap diketuai Muhyiddin seolah olah tiada strategi untuk mencari kaedah terbaik bagi melonggarkan semula Perintah Kawalan Pergerakan selepas terus me...
Kpt Kemasukan Pelajar Baharu Ke Ipta Tahun Ini Seperti Biasa

Kpt Kemasukan Pelajar Baharu Ke Ipta Tahun Ini Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 238 hits
Permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi awam bagi sesi 2020 2021 masih lagi dibuka sehingga esok melalui sistem UPUOnline Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 16 April Proses kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi awam
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025