Mahkamah Swiss Sabitkan Pegawai Bank Bersalah Tutup Mata Dana 1mdb
Effendey SalehAugust 1, 2020 Mahkamah Switzerland telah mensabitkan kesalahan terhadap seorang pegawai bank kerana gagal untuk memberikan amaran mengenai wang jutaan dolar berkaitan dengan syarikat pelaburan negara 1MDB yang terpalit dengan skandal itu.
Mahkamah Jenayah Persekutuan pada Jumaat berkata pihaknya telah mendapati bank tersebut bersalah kerana melanggar syarat untuk melaporkan transaksi yang mencurigakan dan mengenakan hukuman denda sebanyak $50,000 Swiss franc (AS$55,000) ditambah dengan kos mahkamah.
Keputusan mahkamah itu masih boleh dirayu.
Bekas eksekutif anti pengubahan wang haram di bank swasta Coutts & Co Ltd telah menafikan melakukan kesalahan. Reuters tidak menamakan pesalah itu kerana undang-undang Switzerland mengenai privasi dalam proses mahkamah.
Pihak berkuasa kewangan Swiss, Finma pada tahun 2017 memerintahkan Coutts untuk membayar $6.5 juta Swiss franc kerana melanggar peraturan pengubahan wang haram dalam perniagaannya yang berkaitan dengan 1MDB tetapi menghentikan prosidingnya sendiri terhadap eksekutif itu
Siasatan Finma mendapati antara tahun 2009 dan 2015, aset bernilai AS$2.4 bilion dipindahkan melalui akaun di Coutts, yang ditubuhkan pada abad ke-18 dan terkenal sebagai bank kepada Ratu Elizabeth dari Britain.
Pendakwaan Switzerland itu memberi amaran terperinci daripada rakan sekerja eksekutif bank Coutts mengenai transaksi oleh Low Taek Jho, atau Jho Low, ahli perniagaan Malaysia yang berkait dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh kerajaan bekas perdana menteri, Najib Razak.
Di Malaysia, pada Selasa lalu, Najib didapati bersalah melakukan rasuah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun pada hari Selasa dalam perbicaraan pertama berhubung skandal 1MDB bernilai berbilion dolar yang luas rangkaiannya hingga ke negara-negara Teluk dan Hollywood
Low menafikan sebarang salah laku, pada Januari lalu dia berkata dirinya hanya bertindak sebagai perantara untuk perjanjian yang melibatkan 1MDB.
Pegawai Jabatan Keadilan AS (DOJ) menganggarkan AS$4.5 bilion diselewengkan dari Malaysia oleh pegawai dan sekutu peringkat tinggi 1MDB antara 2009 dan 2014 dan kemudian wang itu diubah secara haram melalui negara-negara termasuk AS, Switzerland, Singapura dan Luxembourg.
– Reuters
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/08/mahkamah-swiss-sabitkan-pegawai-bank.html