Najib Kembali Ke Mahkamah Untuk Perbicaraan Kes 1mdb


BERNAMA

SELEPAS dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd minggu lalu, Datuk Seri Najib Razak kembali ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan RM2.3 bilion.
Bekas perdana menteri ketujuh itu, yang dibebaskan dengan jaminan RM2 juta dan penyokongnya dilihat memakai pelitup muka sepanjang perbicaraan.
Prosiding hari ini bermula dengan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed meneruskan soal balas terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 50, yang memberikan keterangan sejak 23 September tahun lalu.
Selepas diajukan beberapa soalan berkaitan pengambilalihan sebuah syarikat tenaga iaitu Mastika Lagenda Sdn Bhd oleh 1MDB, Shahrol Azral bersetuju dengan cadangan Wan Aizuddin bahawa urus niaga itu hanyalah satu wayang bagi menipu lembaga pengarah.
"Pada masa itu (2012), saya tidak tahu tetapi kini berdasarkan pengalaman, ya," kata saksi itu.
Mastika Lagenda memiliki 75 peratus saham dalam syarikat Genting Sanyen Power Sdn Bhd (GSP), yang sebelum ini dilaporkan diambil alih oleh 1MDB selepas mendapat persetujuan menyeluruh daripada Najib.
Wan Aizuddin berkata, berdasarkan fakta, tidak ada persetujuan bertulis daripada lembaga pengarah dan Najib, yang ketika itu mewakili Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) untuk meneruskan pengambilalihan Mastika Lagenda.
Beliau berkata, perkara yang sama berlaku bagi tawaran opsyen untuk pengambilan 49 peratus saham ekuiti dalam 1MDB Energy Holdings Ltd, anak syarikat 1MDB.
Shahrol Azral bagaimanapun tetap mengatakan bahawa beliau mendapat persetujuan menyeluruh untuk meneruskannya.
Meskipun beliau diasak berkali-kali mengenai dakwaan bersubahat dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan tokoh lain yang terbabit dalam skandal 1MDB untuk menggelapkan berjuta-juta ringgit daripada syarikat itu, Shahrol Azral tetap mengatakan bahawa beliau tidak terbabit langsung dengan mereka.
Terdahulu, Hakim Collin Lawrence Sequerah bertanya berapa lama lagi pembelaan akan menyoal balas saksi itu dan Wan Aizuddin menjawab dua minggu.
Wan Aizuddin memaklumkan mahkamah bahawa peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan meneruskan soalan balas terhadap saksi itu esok.
Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Perbicaraan bersambung esok.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/najib-kembali-ke-mahkamah-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Apa Yang Berlaku Dalam Perbicaraan Mahkamah Kes Src Najib Razak

Inilah Apa Yang Berlaku Dalam Perbicaraan Mahkamah Kes Src Najib Razak

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 357 hits
Ada kad Thank you ke tidak ini adalah apa yang berlaku dalam perbicaraan mahkamah kes SRC 1 PERBICARAAN kes SRC 29 April 2019 Pengurus Ambank R Uma Devi mengesahkan kemasukan dana berjumlah RM642 juta daripada Putera Faisal Turki dan Kement...
Najib Menarik Balik Permohonan Semakan Berkaitan Penangguhan Perbicaraan Kes Src

Najib Menarik Balik Permohonan Semakan Berkaitan Penangguhan Perbicaraan Kes Src

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 298 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menarik balik permohonan semakannya terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengenepikan perintah untuk menangguhkan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd Peguam Naji...
Mahkamah New York Rekod Pembabitan Najib Rosmah 1mdb

Mahkamah New York Rekod Pembabitan Najib Rosmah 1mdb

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 297 hits
Mahkamah New York rekod pembabitan Najib Rosmah 1MDBOleh July 26 2020Via WhatsApp1 TIM LEISSNER mengaku berkonspirasi dengan JHO LOW dalam mengurus pinjaman bon Goldman Sachs berjumlah USD 6 5 bilion dolar atau RM 27 3 bilion ringgit kepada...
Mahathir Cuba Pengaruhi Mahkamah Dalam Kes Najib Razak

Mahathir Cuba Pengaruhi Mahkamah Dalam Kes Najib Razak

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 414 hits
Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu isu dalam kes perbicaraan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di dalam Dewan Rakyat sebentar tadi adalah satu cubaan mempengaruhi keputusan mahkamah dan masyarakat Sejak 2...
Kes Najib Orang Ramai Mula Berkumpul Di Luar Mahkamah

Kes Najib Orang Ramai Mula Berkumpul Di Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 406 hits
UTUSAN ONLINE KUALA LUMPUR Orang ramai terdiri daripada media tempatan dan antarabangsa serta penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak mula berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini bagi mengikuti keputusan kes beliau atas ...
Mahkamah Kes Src Najib Bersalah Di Atas Tujuh Pertuduhan Libatkan Dana Rm42 Juta

Mahkamah Kes Src Najib Bersalah Di Atas Tujuh Pertuduhan Libatkan Dana Rm42 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 401 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tujuh pertuduhan tuduhan pecah amanah salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC ...
Keputusan Kes Src Keadilan Najib Dinafikan Jumpa Di Mahkamah Rayuan

Keputusan Kes Src Keadilan Najib Dinafikan Jumpa Di Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 592 hits
Najib Tun Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International Hakim berkata tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan sebanyak RM2 bilion kepada S...
Mahkamah Kes Src Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun Denda Rm210 Juta

Mahkamah Kes Src Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun Denda Rm210 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 397 hits
KUALA LUMPUR DIKEMASKINI Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dihukum penjara 72 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah tujuh pertuduhan salah guna pecah amanah dan pengubahan ...
Kes Src Najib Kawalan Ketat Polis Di Kompleks Mahkamah Kl

Kes Src Najib Kawalan Ketat Polis Di Kompleks Mahkamah Kl

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 341 hits
129 total views 129 views today Polis memperketatkan kawalan di sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur termasuk dua laluan masuk utama bangunan itu berikutan Mahkamah Tinggi dijadual mengumumkan keputusan kes Datuk Seri Najib Razak yang men...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Breakthrough Study Discovers Novel Type 1 Diabetes Variant In Africa Secures Funding Newsnation

Tun Faisal Dakwa Pn Pernah Turunkan Harga Minyak Juga Tanpa Berjanji Dalam Manifesto