Mahkamah Seluruh Negara Tutup Esok Sehingga 31 Mac Bicara Kes Tangguh


Kuala Lumpur: Mahkamah di seluruh negara akan ditutup bermula esok hingga 31 Mac selaras dengan keputusan kerajaan yang mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19.
Perbicaraan dan pendengaran kes sivil serta jenayah juga ditangguhkan dan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata bagaimanapun jika terdapat keperluan untuk pendaftaran kes baharu, pegawai penyiasat hendaklah memaklumkan lebih awal kepada Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret yang bertugas bagi tujuan persediaan oleh mahkamah.
Bagi kesalahan yang boleh dijamin, Pengarah Mahkamah Negeri hendaklah memastikan urusan jamin dapat diproses seperti biasa, katanya.
”Permohonan untuk tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.
“Bagi mahkamah yang menggunakan sistem e-Kehakiman, pemfailan kes-kes sivil baharu dan notis rayuan dan dokumen-dokumen akan berjalan seperti biasa melalui sistem e-Filing manakala bagi mahkamah yang tidak mempunyai sistem e-Kehakiman, pemfailan kes-kes sivil baharu dan dokumen-dokumen akan hanya diterima mulai 1 April 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Terrirudin berkata ia adalah panduan pengendalian kes-kes di mahkamah seluruh negara seperti yang diarahkan oleh Ketua Hakim Negara bagi memastikan akses kepada keadilan  berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa bagi tempoh berkenaan.
Beliau berkata bagi kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil yang memerlukan kesegeraan, pemfailan boleh dibuat di mahkamah berdekatan yang mempunyai sistem e-Kehakiman di negeri berkenaan.
Katanya, sebagai contoh, bagi kausa tindakan di Bangi, kes tersebut boleh difailkan melalui sistem e-Kehakiman di Mahkamah Shah Alam.
Menurut Ahmad Terrirudin, pengurusan kes sivil secara e-Review akan terus dijalankan seperti biasa secara dalam talian manakala pengurusan kes sivil secara manual akan ditangguhkan dan akan diberikan tarikh yang baharu.
“Pengurusan kes bagi kes-kes jenayah di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan  ditangguhkan dan penetapan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Tinjauan Bernama hari ini mendapati kakitangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini melakukan pemeriksaan suhu kepada orang awam, peguam dan timbalan pendakwa raya yang memasuki bangunan tersebut melalui lobi utama.
”Setiap individu yang ingin memasuki mahkamah diletakkan cecair pembasmi kuman di tapak tangan oleh kakitangan mahkamah yang bertugas selain diberi pelekat biru tanda mereka berada dalam keadaan sihat”, katanya.
Sumber: Bernama
The post Mahkamah Seluruh Negara Tutup Esok Sehingga 31 Mac, Bicara Kes Tangguh appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/17/mahkamah-seluruh-negara-tutup-esok-sehingga-31-mac-bicara-kes-tangguh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan Di Seluruh Negara Bermula 18 Mac

Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan Di Seluruh Negara Bermula 18 Mac

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 492 hits
PUTRAJAYA DIKEMASKINI Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan selama dua minggu di seluruh negara mulai 18 Mac 2020 iaitu lusa hingga 31 Mac 2020 Beliau menjelaskan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpuna...
Covid 19 Semua Aktiviti Masjid Surau Seluruh Negara Ditangguh 10 Hari Mulai Esok

Covid 19 Semua Aktiviti Masjid Surau Seluruh Negara Ditangguh 10 Hari Mulai Esok

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 524 hits
Solat Jumaat solat berjemaah serta semua aktiviti di masjid dan surau di seluruh negara ditangguhkan mulai 17 hingga 26 Mac berikutan situasi terkini penularan COVID 19 di Malaysia Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli M...
Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac 2020 Hingga 31 Mac 2020 Di Seluruh Negara

Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac 2020 Hingga 31 Mac 2020 Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 469 hits
Utusan Perdana Menteri Malaysia 3 Mac 2020 9 malam Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 iaitu lusa hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan...
Pembelian Panik Berlaku Di Seluruh Negara

Pembelian Panik Berlaku Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 550 hits
Sana sini situ orang berbelanja barang dapur Alhamdulillah Mama Yan dan suami dah belanja semalam Kat Billion Segamat Takde orang pun Anak anak dah hantar balik segamat sejak start cuti sekolah lagi Memang macam tu la sifirnya Selagi tak ha...
Semua Perbicaraan Di Seluruh Negara Ditunda Akibat Covid 19

Semua Perbicaraan Di Seluruh Negara Ditunda Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan di semua mahkamah seluruh negara digantung mulai esok sehingga 31 Mac ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan semalam bagi mengekang penularan Covid 19 Ketua Pendaftar Ahmad Terrirudin Moh...
Peningkatan Mendadak Covid 19 Pm Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Selama 14 Hari Seluruh Negara

Peningkatan Mendadak Covid 19 Pm Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Selama 14 Hari Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 597 hits
Pelbagai spekulasi yang berlegar sejak akhir akhir ini berkenaan wabak koronaviru atau dikenali sebagai Covid 19 Malam in Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan untukmelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 iaitu lusa ...
Covid 19 Hampir 200 000 Dijangkiti Virus Seluruh Dunia Malaysia Catat Kes Tertinggi Di Rantau Asean Kkm

Covid 19 Hampir 200 000 Dijangkiti Virus Seluruh Dunia Malaysia Catat Kes Tertinggi Di Rantau Asean Kkm

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 470 hits
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengeluarkan statistik terbaru pada hari ini berkaitan jangkitan COVID 19 di seluruh dunia Menerusi laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia kematian mencecah hampir 8 000 di dunia dan hampir 200 000 dijangk...
Contact Number Pusat Covid 19 Seluruh Negara

Contact Number Pusat Covid 19 Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 335 hits
Assalamualaikum wbt Peringatan Berguna Jika anda merasakan anda dijangkiti jangan pergi ke klinik biasa dan jangan pergi ke hospital tetapi sila hubungi terus ke cawangan kawalan penyakit berjangkit yang akan mempunyai pakar datang untuk me...
Tiada Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Negara Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Agama

Tiada Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Negara Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Agama

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 412 hits
Putrajaya 19 Mac Semua masjid di seluruh negara menghentikan solat Jumaat sehingga Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID 19 berakhir 31 Mac ini Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata hal ini bagi membantu memu...
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Doa Dipermudahkan Urusan

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aliff Syukri Usik Ammar Tentang Cik B Terima Kasih Cik B Bakal Menantu Papa

Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Dior188

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027