Mahkamah Putuskan Kelantan Lampaui Kuasa Bukan Madani Lawan Islam




Pembangkang PN, khususnya Pas digesa menamatkan segera tohmahan kononnya Kerajaan Madani menekan undang undang syariah selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman dengan membatalkan beberapa perkara dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) Kelantan 2019 hari ini kerana digubal di luar bidang kuasa negeri.
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malangnya para pemimpin pembangkang memainkan isu tersebut sebagai keputusan yang menentang hukum syariah di Malaysia.
“Kenyataan Ketua Hakim Negara hari ini, keputusan cukup jelas, dia (petisyen) tak ada kena mengena dengan syariah, dia mengenai keputusan DUN (menggubal undang undang).
“Bulan depan, katakan DUN buat beberapa undang undang baru yang bercanggah dengan kuasa negeri dan Persekutuan maka dirujuk ke Mahkamah Persekutuan. Sekiranya bercanggah (mahkamah) akan membatalkan, dia tidak kira tajuk apa. Tajuk apa pun ada kuasa Persekutuan dan negeri.
“Kuasa Persekutuan memang banyak. Tetapi kalau masalah tanah, agama ini kuasa negeri. Jadi ada bidang kuasa masing masing.
“Apakah tidak diketahui oleh pemimpin pembangang? Mereka tahu, tetapi gunakan sentimen supaya orang Islam merasakan kerajaan pimpinan Anwar ini menentang syariah. Padahal tiada kena mengena. Undang undang (yang dicabar enakmen) negeri Kelantan, yang cabar orang Kelantan, kebetulan ahli Muafakat Nasional,” katanya dalam majlis perjumpaan bersama penjawat awam di MITC, Melaka petang tadi.
Tegas Anwar, alasan PM atau kabinet menentang syariah dengan keputusan Mahkamah Persekutuan amat tersasar kerana Nik Elin yang mengemukakan petisyen itu melawan Kerajaan Kelantan, bukannya PM atau Kerajaan Malaysia.
“Dia cabar di Mahkamah Persekutuan, bukan kabinet, bukan PM. Dia nak tanya sama ada undang undang itu sah dari segi proses atau tidak? Mahkamah putuskan dari segi proses dan bidang kuasa, tidak betul.
“Apa dilakukan terdahulu oleh PN? Mereka tidak bantah. Ini (petisyen) berlaku semasa 2020 dan 2021, sekarang dijadikan bahan politik. Dulu tidak ada tindakan,” bidasnya.
Bagaimanapun, ujar PM, Kerajaan Persekutuan sedar wujud ketelanjuran di pihak Kerajaan Negeri dalam menggubal enakmen sebelum ini dan dengan itu Kerajaan Madani telah pun menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah untuk menilai perkara berkenaan.
“Untuk mengkaji di peringkat kebangsaan kita tubuh jawatankuasa tentang hukum syariah. Kabinet putuskan setuju, rujuk kepada Majlis Kemajuan Islam (MKI) dan Raja raja Melayu dan sekarang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, saya sebagai timbalan pengerusi.
“Apa peranan dia? Untuk memutuskan peranan dan meningkatkan peranan Mahkamah Syariah dalam negara,” katanya.
Ahli Parlimen Tambun itu amat kesal dengan sikap pembangkang menggunakan politik fitnah untuk mencari pengaruh, termasuk pada minggu lalu apabila Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman ke atas bekas PM Najib Razak.
Katanya, pembangkang mempropagandakan PM dan Kabinet membuat keputusan tersebut, biar pun mereka sangat maklum keputusan memberi pengampunan adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.
“Kabinet tidak pernah membincangkan (pengampunan), saya hanya melaporkan (ke Kabinet) minggu lalu setelah keputusan dibuat.
“Keputusan Lembaga Pengampunan didengar oleh Agong tetapi keputusan Agong itu muktamad berdasarkan Perkara 41 (2) Perlembagaan.
“Apakah orang (pembangkang) tidak tahu? Dia tahu tetapi dipolitikkan. Lebih bahaya seperti yang berlaku hari ini, buat perhimpunan di depan Mahkamah Persekutuan seolah olah kerajaan hari ini yang menentang syariah Islam,” katanya.
Penyokong Pas-PN pagi tadi membuat himpunan di hadapan Mahkamah Persekutuan dengan agenda mendakwa undang undang syariah ditekan di bawah Kerajaan Madani biar pun mereka maklum Perlembagaan menetapkan pemisahan kuasa Mahkamah Syariah dan Sivil.
Bermakna, undang undang yang telah sedia wujud di bawah Mahkamah Sivil tidak sewajarnya turut sama digubal hukuman di bawah Mahkamah Syariah.
The post ‘Mahkamah putuskan Kelantan lampaui kuasa, bukan Madani lawan Islam’ first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/37031?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mahkamah-putuskan-kelantan-lampaui-kuasa-bukan-madani-lawan-islam

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedudukan Mahkamah Syariah Agama Islam Kekal Utuh

Kedudukan Mahkamah Syariah Agama Islam Kekal Utuh

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 282 hits
Jabatan Perdana Menteri memberi jaminan Mahkamah Syariah akan kekal dan terus terjamin selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Hal itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Je...
Keputusan Mahkamah Berhubung Enakmen Syariah Pernah Ada Duluan Kelantan Harus Contohi Negeri Sembilan Shahbudin Husin

Keputusan Mahkamah Berhubung Enakmen Syariah Pernah Ada Duluan Kelantan Harus Contohi Negeri Sembilan Shahbudin Husin

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 328 hits
Kelantan harus mencontohi Negeri Sembilan yang meminda enakmen syariahnya selepas kalah dalam kes terhadap Juzaili Khamis di Mahkamah Rayuan pada 2015 kata G25 Kumpulan bekas penjawat awam kanan itu berkata dalam kes itu mahkamah memutuskan...
Elak Polemik Kedudukan Islam Mahkamah Syariah Tidak Terjejas

Elak Polemik Kedudukan Islam Mahkamah Syariah Tidak Terjejas

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 240 hits
Pertubuhan dakwah Islam terbesar negara Angkatan Belia Islam Malaysia menolak sebarang usaha pihak tidak bertanggungawab untuk mengapi apikan isu kononnya kedudukan agama Islam tertekan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan peti...
Mahkamah Syariah Undang Undang Islam Tidak Akan Terkubur Ketua Hakim Negara

Mahkamah Syariah Undang Undang Islam Tidak Akan Terkubur Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 203 hits
Tun Tengku Maimun Tuan Mat 8211 fotoBERNAMA PUTRAJAYA Kes dua wanita Islam yang mencabar isu perlembagaan bagi membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019 tiada kena mengena dengan keduduka
Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Wanita Untuk Keluar Islam

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Wanita Untuk Keluar Islam

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 280 hits
BERNAMAPutrajaya Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2 1 hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 34 tahun untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang tidak membe...
Mahkamah Persekutuan Batal 16 Peruntukan Enakmen Syariah Kelantan

Mahkamah Persekutuan Batal 16 Peruntukan Enakmen Syariah Kelantan

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 295 hits
Panel Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan membatalkan 16 peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019 hari ini dianggotai sembilan hakim PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah ...
Ini Bukan Soal Mencabar Islam Atau Kedudukan Mahkamah Syariah Saifuddin Nasution

Ini Bukan Soal Mencabar Islam Atau Kedudukan Mahkamah Syariah Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 283 hits
Jelas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail naratif pembatalan itu bagi menentukan had kuasa DUN yang meluluskan undang undang negeri bercanggah dengan had kuasa ada AWANInews SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtub
Keputusan Mahkamah Persekutuan Berhubung Semakan Kehakiman Ke Atas Beberapa Seksyen Dalam Ekjs 2019 Negeri Kelantan

Keputusan Mahkamah Persekutuan Berhubung Semakan Kehakiman Ke Atas Beberapa Seksyen Dalam Ekjs 2019 Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 319 hits
Che IbrahimMungkinkah sejurus selepas tengahari esok sebaik sahaja Panel 9 Hakim Mahkamah Persekutuan membaca keputusannya maka laungan laungan Islam terancam syariat digugat mahkamah syariah dihina undang undang syariah tercabar dan macam ...
Bukan Mencabar Islam Mana Mana Negeri Tidak Boleh Membuat Hukuman Sendiri Kerana Ianya Adalah Kuasa Parlimen

Bukan Mencabar Islam Mana Mana Negeri Tidak Boleh Membuat Hukuman Sendiri Kerana Ianya Adalah Kuasa Parlimen

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 200 hits
Nik HasyudeenIni bermakna Dewan Undangan Negeri tidak boleh membuat peruntukan enakmen kesalahan jenayah sendiri yang melanggar Perlembagaan Persekutuan Ianya adalah kuasa Parlimen Nik Elin seorang peguam adalah anak kelahiran Kelantan Haki...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska Punca Kematian Disiasat

N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan