Elak Polemik Kedudukan Islam Mahkamah Syariah Tidak Terjejas




Pertubuhan dakwah Islam terbesar negara, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menolak sebarang usaha pihak tidak bertanggungawab untuk mengapi apikan isu kononnya kedudukan agama Islam tertekan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen membatalkan beberapa perkara dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) 2019 (‘Enakmen 2019’) kerana bertindan dengan undang undang sivil.
Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, isu berkaitan teknikaliti undang undang itu tidak ada kaitannya dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara, juga Mahkamah Syariah tidak sedikit pun terusik bidang kuasanya berdasarkan kes berkenaan.
“ABIM menyeru umat Islam di negara ini untuk bertenang dan elak dari berpolemik (membesarkan isu) sehingga ia boleh menimbulkan kegusaran ramai.
“ABIM ingin mengingatkan pendirian Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel hakim dalam kes ini yang menjelaskan bahawa kes ini tidak ada kena mengena dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah tetapi khusus membicarakan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN Kelantan) untuk menggubal perundangan yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan petang ini.
Pada masa sama, Ahmad Fahmi juga menyambut baik kenyataan Menteri Agama yang menjelaskan bahawa kerajaan telah pun membentuk Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah menurut Perlembagaan Persekutuan.
Jawatankuasa tersebut akan mengeluarkan syor bagaimana kaedahnya undang undang negeri perlu dibuat agar tidak melanggar Perlembagaan.
“ABIM turut menyambut baik kenyataan YB Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang telah menggariskan langkah-langkah segera yang akan diambil oleh kerajaan untuk menanggapi keputusan kes ini, dan seterusnya meningkatkan usaha memperkasa Mahkamah Syariah.
“ABIM turut menyatakan kesediaan untuk terlibat-sama menjayakan sebarang usaha reformasi hal ehwal pentadbiran agama Islam melalui Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Negara Tun Dato’ Seri Zaki bin Tun Azmi,” katanya lagi.
Pagi tadi, Mahkamah Persekutuan dalam petisyen yang difailkan oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dalam menggubal atau membuat beberapa peruntukan dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) 2019.
Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 membenarkan petisyen Nik Elin Nik Abdul Rashid dan anaknya.
Antara peruntukan yang dianggap tidak sah adalah berkenaan pemusnahan dan mencemarkan tempat ibadat (Seksyen 11), liwat (Seksyen 14), persetubuhan dengan mayat (Seksyen 16), persetubuhan dengan bukan manusia (Seksyen 17), dan gangguan seksual (Seksyen 31).
Kesalahan jenayah syariah lain yang menjadi pertikaian dalam permohonan itu ialah memiliki dokumen palsu dan memberi maklumat palsu (Seksyen 34), mabuk (Seksyen 36), persediaan untuk melakukan maksiat (Seksyen 45), dan penyalahgunaan label halal (Seksyen 42).
The post Elak polemik: Kedudukan Islam, Mahkamah Syariah tidak terjejas first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/37028?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=elak-polemik-kedudukan-islam-mahkamah-syariah-tidak-terjejas

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedudukan Mahkamah Syariah Agama Islam Kekal Utuh

Kedudukan Mahkamah Syariah Agama Islam Kekal Utuh

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 119 hits
Jabatan Perdana Menteri memberi jaminan Mahkamah Syariah akan kekal dan terus terjamin selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Hal itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Je...
Ini Bukan Soal Mencabar Islam Atau Kedudukan Mahkamah Syariah Saifuddin Nasution

Ini Bukan Soal Mencabar Islam Atau Kedudukan Mahkamah Syariah Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 155 hits
Jelas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail naratif pembatalan itu bagi menentukan had kuasa DUN yang meluluskan undang undang negeri bercanggah dengan had kuasa ada AWANInews SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtub
Mahkamah Syariah Undang Undang Islam Tidak Akan Terkubur Ketua Hakim Negara

Mahkamah Syariah Undang Undang Islam Tidak Akan Terkubur Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 95 hits
Tun Tengku Maimun Tuan Mat 8211 fotoBERNAMA PUTRAJAYA Kes dua wanita Islam yang mencabar isu perlembagaan bagi membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019 tiada kena mengena dengan keduduka
Pemuda Amanah Kesal Tindakan Persenda Mahkamah Syariah Buat Laporan Polis

Pemuda Amanah Kesal Tindakan Persenda Mahkamah Syariah Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 113 hits
HarapandailyPemuda AMANAH memandang serius satu video yang sedang berlegar di media media sosial oleh seorang pempengaruh yang dilihat cuba mempersendakan isu enakmen mahkamah syariah yang sedang hangat diperkatakan sekarang Tindakan pempen...
Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Wanita Untuk Keluar Islam

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Wanita Untuk Keluar Islam

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 103 hits
BERNAMAPutrajaya Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2 1 hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 34 tahun untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang tidak membe...
Mahkamah Putuskan Kelantan Lampaui Kuasa Bukan Madani Lawan Islam

Mahkamah Putuskan Kelantan Lampaui Kuasa Bukan Madani Lawan Islam

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 180 hits
Pembangkang PN khususnya Pas digesa menamatkan segera tohmahan kononnya Kerajaan Madani menekan undang undang syariah selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul ...
Undang Undang Islam Hormati Keputusan Mahkamah Kata Tuanku

Undang Undang Islam Hormati Keputusan Mahkamah Kata Tuanku

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 126 hits
Undang undang Islam hormati keputusan mahkamah kata Tuanku ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be dkAo7L bFn4 src in org https www youtube com embed dkAo7L bFn4 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https ww...
Kalau Hendak Negeri Boleh Ambil Beberapa Hukum Ini Dalam Mahkamah Syariah

Kalau Hendak Negeri Boleh Ambil Beberapa Hukum Ini Dalam Mahkamah Syariah

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 132 hits
Che IbrahimZina Judi minum arak memang Haram di segi syariah Islam Pelakunya adalah satu pelanggaran kepada hukum syarak Tetapi oleh kerana tidak ada mana mana undang undang Persekutuan yang kata salah maka negeri boleh jadikannya sebagai s...
Kes Liwat Semua Di Mahkamah Sivil Bukan Mahkamah Syariah

Kes Liwat Semua Di Mahkamah Sivil Bukan Mahkamah Syariah

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 106 hits
Che Ibrahim Selain kes Iki Putra semua kes liwat didakwa di Mahkamah Sivil bukan di mahkamah syariah Iki Putra tidak boleh didakwa semula di bawah Kanun Kesiksaan kerana beliau telah didakwa di Mahkamah Syariah Dia tidak boleh didakwa di du...
Dapat Suami Tak Banyak Cakap Menyesal Kahwin Dulu Tak Ikut Cakap Mak Stres Aku

Penerangan Akaun 3 Kwsp Syarat Dan Cara Keluar Duit Kwsp Akaun 3

How The Kkb By Election Might Itself Trigger Of More By Elections

Dah Jumpa Sebab Kalah Pn Kata Sebab Pengundi Luar

Kakak Maut Adik Kritikal Dalam Kemalangan

E Kyc Syarat Pengeluaran Kwsp Rm250 Ke Atas Bagi Akaun 3

Ht House By 007studio In Ha Tinh Vietnam

Ben Nathan Kebahagiaanmu Chord



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Maklumat Spesifikasi Lebih Lanjut Vivo X100s Terbocor Saat Pelancaran Semakin Hembus

Sindiket Ofu Bhai Tumpas Ubah Suai Maklumat Pasport

Halim Othman Beri Respon Isu Pendedahan Anak Luar Nikah

Didi Astillah Bengang Dengan Aliff Aziz Asyik Nak Point Out Salah Bella Dia Bersama Isteri Orang Anak 3 Tu Apa Pula

Kunci Meningkatkan Produktivitas Dan Kesehatan Burung Juara Kontes

Rendang Udang Mudah Dan Sedap