Bukan Mencabar Islam Mana Mana Negeri Tidak Boleh Membuat Hukuman Sendiri Kerana Ianya Adalah Kuasa Parlimen


 
Nik Hasyudeen
Ini bermakna Dewan Undangan Negeri tidak boleh membuat peruntukan enakmen kesalahan jenayah sendiri yang melanggar Perlembagaan Persekutuan. Ianya adalah kuasa Parlimen. 





Nik Elin seorang peguam adalah anak kelahiran Kelantan. 


Hakim yang menentang berpendapat Nik Elin dan anaknya itu tidak memiliki locus standi (legal standing) untuk mencabar keabsahan enakmen berkenaan.


Mana-mana negeri tidak boleh membuat hukuman hudud atau apa-apa undang-undang sendiri kerana ianya adalah bidang kuasa Parlimen. 


**************
Pasangan peguam bersama anaknya dari Kelantan hari ini berjaya dalam permohonan mereka mendapatkan pembatalan daripada mahkamah tertinggi negara terhadap 16 peruntukan enakmen kesalahan jenayah negeri terbabit.


Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 membenarkan petisyen Nik Elin Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman.


Keluarga itu mencabar perlembagaan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.


Bagaimanapun, mahkamah tertinggi hanya membenarkan 16 daripada 18 peruntukan yang dimohon mereka.


Antara peruntukan yang dianggap tidak sah ialah mengenai pemusnahan dan mencemarkan tempat ibadat (Seksyen 11), liwat (Seksyen 14), persetubuhan dengan mayat (Seksyen 16), persetubuhan dengan bukan manusia (Seksyen 17), dan gangguan seksual (Seksyen 31).


Kesalahan jenayah syariah lain yang menjadi pertikaian dalam permohonan itu ialah memiliki dokumen palsu dan memberi maklumat palsu (Seksyen 34), mabuk (Seksyen 36), persediaan untuk melakukan maksiat (Seksyen 45), dan penyalahgunaan label halal (Seksyen 42).


Di sebalik menerima 16 permohonan pasangan anak-beranak itu mahkamah bagaimanapun menolak cubaan mereka membatalkan dua lagi peruntukan dalam enakmen sama.


Ia membabitkan penyerahan anak kepada orang bukan Islam atau Muslim yang rosak akhlaknya (Seksyen 13), dan perkataan yang boleh memecahkan keamanan (Seksyen 30).


Menurut Tengku Maimun bahawa badan perundangan Kelantan bertindak melebihi kuasa yang ada dengan menggubal enakmen yang bercanggah dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.


Tengku Maimun sekali lagi mengingatkan apa yang dicabar oleh Nik Elin dan Tengku Yasmin itu bukanlah mengenai kedudukan Islam dan sistem kehakiman syariah di Malaysia.


Sebaliknya jelas Tengku Maimun, yang dipertikaikan ialah keabsahan perlembagaan terhadap 18 peruntukan enakmen Kelantan yang didakwa pempetisyen sebagai melanggar had kuasa negeri terbabit.


"Kuasa parlimen dan dewan undangan negeri dihadkan oleh Perlembagaan Persekutuan, dan mereka tidak boleh membuat sebarang undang-undang yang mereka suka," kata Tengku Maimun yang membacakan keputusan bagi pihak majoriti.


Selain Tengku Maimun, tujuh hakim yang menerima permohonan tersebut ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Amar Abang Iskandar Abang Hashim; Hakim Besar Malaya, Mohamad Zabidin Mohd Diah; dan empat hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Nallini Pathmanathan, Mary Lim Thiam Suan, Harmindar Singh Dhaliwal , Nordin Hassan dan Abu Bakar Jais.


Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli menjadi satu-satunya hakim yang memberikan keputusan sebaliknya.


Antara lain dia berpendapat Nik Elin dan anaknya itu tidak memiliki locus standi untuk mencabar keabsahan enekmen berkenaan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/bukan-mencabar-islam-mana-mana-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Awak Boleh Jalan Ahli Running Man Terkejut Lihat Berat Song Jihyo

Macam Mana Awak Boleh Jalan Ahli Running Man Terkejut Lihat Berat Song Jihyo

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 129 hits
Perasan tak yang Song Ji hyo kelihatan sedikit kurus sekarang ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru Running Man para ahli telah menyambut kepulangan Ji SUk jin yang berehat selama 5 minggu sebelum ini atas masalah kesihatan Untuk episod ka...
Mahkamah Putuskan Kelantan Lampaui Kuasa Bukan Madani Lawan Islam

Mahkamah Putuskan Kelantan Lampaui Kuasa Bukan Madani Lawan Islam

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 182 hits
Pembangkang PN khususnya Pas digesa menamatkan segera tohmahan kononnya Kerajaan Madani menekan undang undang syariah selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul ...
Kalau Hendak Negeri Boleh Ambil Beberapa Hukum Ini Dalam Mahkamah Syariah

Kalau Hendak Negeri Boleh Ambil Beberapa Hukum Ini Dalam Mahkamah Syariah

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 135 hits
Che IbrahimZina Judi minum arak memang Haram di segi syariah Islam Pelakunya adalah satu pelanggaran kepada hukum syarak Tetapi oleh kerana tidak ada mana mana undang undang Persekutuan yang kata salah maka negeri boleh jadikannya sebagai s...
Rampas Kuasa Atau Hilang Lebih Ramai Ahli Parlimen Pn Diberitahu

Rampas Kuasa Atau Hilang Lebih Ramai Ahli Parlimen Pn Diberitahu

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 192 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Lebih ramai Ahli Parlimen Bersatu akan menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim melainkan pembangkang boleh membuktikan mereka mampu menukar kerajaan dalam tempoh terdekat kata sumber rapat dengan seorang pemimpin ...
Mat Sabu Demi Kuasa Pas Boleh Ubah Sekelip Mata Kerjasama Dengan Dap

Mat Sabu Demi Kuasa Pas Boleh Ubah Sekelip Mata Kerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 108 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden Amanah Mohamad Sabu menyifatkan PAS sebagai parti boleh berubah sekelip mata dan tidak mustahil boleh kembali bekerjasama dengan DAP demi mendapat kuasa Mohamad bekas timbalan presiden PAS dari 2011 hingg...
Ini Bukan Soal Mencabar Islam Atau Kedudukan Mahkamah Syariah Saifuddin Nasution

Ini Bukan Soal Mencabar Islam Atau Kedudukan Mahkamah Syariah Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 157 hits
Jelas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail naratif pembatalan itu bagi menentukan had kuasa DUN yang meluluskan undang undang negeri bercanggah dengan had kuasa ada AWANInews SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtub
Wajah Liyana Jasmay Tanpa Solekan Disoal Netizen Macam Mana Suami Dia Boleh Suka

Wajah Liyana Jasmay Tanpa Solekan Disoal Netizen Macam Mana Suami Dia Boleh Suka

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 85 hits
Wajah pelakon Liyana Jasmay tanpa secalit solekan walaupun berstatus selebriti semasa bercuti di sebuah hotel meraih pujian netizen Namun ada dalam kalangan netizen meninggalkan kata kata seakan menyinggung perasaan pelakon beusia 36 tahun ...
Hukuman Dikurangkan Najib Tak Boleh Mohon Parol Pakar

Hukuman Dikurangkan Najib Tak Boleh Mohon Parol Pakar

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 241 hits
Najib tidak layak memohon parol kerana peremitan hukuman sudah diberikan Lembaga Pengampunan Pengurangan hukuman penjara Datuk Seri Najib Razak menghalang bekas Perdana Menteri itu untuk memohon perintah parol bagi menjalani hukuman pemenja...
Macam Mana Mayat Boleh Berbau

Macam Mana Mayat Boleh Berbau

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 96 hits
Sekali speaker masters in forensics la cerita Selalu nampak orang urus mayat guna ni https shope ee 4Knv855RB2
Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Apakah Sebaik Baiknya Manusia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Teresa Kok Terkejut Terima Surat Ugutan Bunuh Dan Dua Butir Peluru

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Ragam Pelik Kucing

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally